BAB 39

579 28 4
                                    

"Hahahaha. Hahahahha. Hahahahaha."

Azam melepaskan tawanya di dalam bilik milik Izwan dan juga Khalid. Mereka hanya mengangkat kening sambil memandang sepi ke arah Azam yang masih lagi tidak menunjukkan tanda mahu berhenti ketawa. Dah kenapa dengan Azam ni?

"Kau dah habis gelak ke, Zam?"

Soal Khalid yang mula bosan melihat Azam yang sedang ketawa berguling di atas tilam miliknya. Ketawa Azam yang masih lagi bersisa membuatkan Izwan membaling bantal peluknya ke arah Azam.

"Barua la weh, habaq kaih la, awat hang dok gelak sakan ni?"

Izwan pun mula hilang sabar apabila Azam masih lagi meledakkan tawanya. Terkena laughing gas kah rakannya yang seorang itu? Khalid dan Izwan masing-masing menggaru kepala mereka yang tidak gatal.

"Macam ni weh, tadi aku ada dengar benda paling lawak dalam sejarah hidup aku,"

"Padia? Habaq la kaih,"

"Ish, sabaq la Khalid. Satgi dia gelak balik, susah. Bagi dia cakap bagi habeh dulu,"

"Haa. Betoi cakap Wan tu, Lid. Macam ni, tadi, Ajib kena syarahan dengan pak ostad kita tu. Aku dengaq panjang sungguh dia cakap, kalah khutbah woo,"

Balas Azam sambil mengesat air matanya yang berlinangan bahana ketawa terlalu banyak. Hilang ilmunya bertaburan di atas lantai rumah.

"Apa yang lawaknya? Aku tak paham,"

Soal Khalid sambil menggaru-garu belakangnya yang ditumbuhi jerawat. Tangan kanannya ditarik ke depan untuk melihat bitnik-bintik putih yang digarunya tadi. Garulah berapa banyak kalipun, bitnik-bintik itu tetap akan tumbuh di belakangnya. Terkena ketumbuhan kulatkah Khalid?

"Kau kena dengar sendiri weh, aku paling tak tahan bila Adib peril padat si Najib tu ha. Sibuk nak jadi Tuhan, jatuhkan hukum atas orang lain, adoi la..."

Tutur Azam setelah ketawanya mulai reda. Kelihatan Izwan dan Khalid masih lagi menadah telinga, menanti dia menghabiskan benda yang ternyata menggeletek hatinya sehingga bergulingan di atas teritori milik Khalid.

"Macam ni la, long short story, Adib sound Ajib pasal ilmu agama menda ntah, lepas tu Ajib kalah hujah sebab kantoi dia pi gulai anak orang. Adib tu, boleh kena angkat jadi ulama ulung dah ni. Habis la korang, lepas ni nak meliar kena kurung pak syeikh kita tu dulu,"

Terang Azam dengan panjang lebar. Izwan dan Khalid hanya berpandangan sesama sendiri sambil melorekkan senyuman penuh makna. Baru saja mereka berbincang cara paling efektif bagi menghabiskan wang elaun mereka sebentar tadi.

Memandangkan komrad mereka baru saja di'basuh', tak hendak mereka menempah ceramah agama percuma daripada pak syeikh rumah mereka.

"Haa... Senyum ada makna la tu, jangan kata aku tak inform okay, kalau korang kantoi nanti,"

Kata Azam sambil berlalu kembali ke biliknya.

"Amacam kita ni, Wan?"

"Tanya aku pulak. Hang tu yang rancang dulu kan?"

"Amboi, cuci tangan noo. Takpa, dapat nanti, aku makan sorang,"

"Dak aih. Lawak ja. Pandai la kita goreng ostad tu. Macam tak besa,"

"Jangan bagi alasan qiamulail tu lagi noo. Kot dia pi check macam hari tu, jenuh kita nak kena soal siasat,"

"Beres la Lid,"

Balas Izwan sambil mengurut-urut dagu licinnya. Macam mana mereka mahu melepasi pengawasan pak ostad yang seorang tu agaknya?

So gais, Identiti by BukuFixi dah pun melabuhkan tirainya. Jangan risau, Cermin punya pelayaran jauhhhh lagi. Doakan Mazlan dan kawan2 terus kuat hadapi ujian ya :D

IDENTITI:2Where stories live. Discover now