BAB 43

581 23 10
                                    

"Kau... Apa yang kau buat ni?"

Kolar baju yang ditarik oleh budak tersebut menjerut nafas Izzat.

"Jangan banyak tanya! Cepat la tolong!"

Balas budak tersebut bengis. Izzat ditolak ke tanah dan dia terus terbatuk-batuk akibat kekurangan nafas.

Kuat benar daya cengkaman budak tersebut. Makan apakah?

"Kenapa aku nak kena tolong kau?"

Soal Izzat pelik apabila budak di hadapannya masih lagi bertungkus lumus mengorek tanah menggunakan tangan kosongnya. Nafas budak tersebut mula mencungap. Palitan tanah yang melekat di dadanya langsung tidak dihiraukan.

"Bro, kau tolong ah. Pehal dok kat tepi macam mem besar? Ingat aku kuli kau?"

Marah budak tersebut apabila Izzat masih lagi terpaku di tepi pohon tersebut. Rambut Izzat disisir menggunakan jarinya sebelum satu nafas panjang dihela.

"Bukan... Aku... Cuma ada trust-issues. Aku susah nak percaya orang lain, bro."

Ujar Izzat sambil tersenyum kelat.

Mengapa budak ini datang?

Kenapa Izzat perlu diselamatkan?

Apakah yang budak ini cuba hindarkan daripada Izzat?

Siapakah budak ini?

Pelbagai persoalan muncul dalam otak Izzat. Segalanya berpunca dari satu kisah silam di mana Izzat mula menyimpan prasangka terhadap orang sekelilingnya.

***

"Kau orang nak tahu tak. Ijat tu ada masalah trust issues,"

Gumam Mazlan apabila mereka membentuk bulatan dalam surau di hospital tersebut. Adib yang baru sahaja mengambil wuduk duduk bersila di antara Najib dan Azam. Izwan dan Khalid hanya diam, menanti kata-kata Mazlan yang seterusnya.

"Simpan dulu cerita tu, Lan. Mari kita baca Yasin dulu. Permudahkan urusan Ijat kat dalam tu."

Tegur Adib secara lembut. Mazlan sebenarnya seorang lelaki berjiwa sensitif. Dirinya mudah bersimpati pada insan lain tanpa mempedulikan kepentingam dirinya.

Jika dibiarkan, Mazlan pasti akan berterusan menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpa Izzat. Adib melemparkan pandangan kepada satu per satu rakan serumahnya sebelum bacaan Al-Fatihah dimulai dan disambung dengan bacaan Yasin.

***

"Najwa, kau nak ke mana tu?"

Soal Izzat sambil membawa sebungkus keropok di tangan kanannya. Mazlan hanya mengekor dua rakannya di hadapan sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

"Alah, jalan-jalan la wei. Bukan selalu kita dapat main sama-sama,"

Balas Najwa sambil terus meredah semak di belakang rumah mereka.

"Bukan. Mak aku kata, jangan main belakang semak. Takut ada ular. Nanti kalau mak aku tahu, aku kena pukul,"

Tutur Izzat jujur sambil terkial-kial menepis nyamuk yamg menghurungnya.

"Kau jangan risau! Biar aku yang lindung kau dari bahaya. Mak kau ke apa ke, asalkan ada aku, kau akan selamat, Ijat!"

Ujar Najwa sambil mendabik dadanya penuh rasa bangga.

"Wah! Kau memang berani ah! Suka aku kawan dengan kau,"

Balas Izzat sambil tersengih.

"Wey, Najwa. Mana dia tempat rahsia kau tu? Kata nak tunjuk kat kami?"

IDENTITI:2Where stories live. Discover now