"Doktor, jangan main-main!"
"Saya tak akan pernah main-main jika itu berkaitan dengan hidup mati pesakit saya!"
Balas doktor tersebut tegas.
Tugas seorang doktor bukan hanya untuk duduk di dalam hospital, diagnos pesakit dan makan gaji bila cukup bulan! Tidak sama sekali!
Siapa yang sanggup hidupnya tidak teratur dan perlu utamakan pesakit walaupun sedang bercuti? Siapa yang sanggup on call tengah-tengah malam? Siapa?
Kadang-kadang masyarakat seolah-olah menutup mata terhadap susah payah kehidupan doktor dan penjawat awam yang lain. Tapi tidak apabila mereka berbuat salah. Nobody is perfect.
Wajah doktor tersebut mula merah, tanda kesabarannya berada di takat yamg tertinggi. Belum sempat dia membuka mulut, ada satu suara lain yang menyampuk.
"Tak. Bukan tu maksud dia doktor. Maaf mengganggu,"
Pintas Azam sambil menarik pantas tangan Mazlan.
"Kau dah kenapa, Zam? Biar aku cakap dengan doktor tu!"
Mazlan meronta-ronta minta dilepaskan dari pegangan Azam.
"Tenang Lan. Tenang. Izzat tak mati lagi!"
Ucap Azam sambil memegang kejap bahu Mazlan. Adib yang turut berada di sisi Mazlan hanya mengusap bahu Mazlan.
"Sabar Lan! Dah ditakdirkan Izzat akan koma! Jangan kau cuba timbulkan kekecoham kat sini!"
Ujar Adib sambil merenung tepat ke dalam anak mata milik Mazlan.
"Tapi... Tapi... Ijat dah janji nak pi Langkawi sama-sama. Dia dah janji dengan aku. Dia dah janji,"
Balas Mazlan sambil menahan sebak. Air matanya bertakung kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang Izzat disahkan koma oleh doktor sebentar tadi. Had 48 jam telah berlalu dan Izzat tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bangkit dari lenanya.
"Kenapa semua benda ni terjadi,"
Mazlan terduduk kaku di atas kerusi hospital. Tangannya dilekapkan pada dahi dan terus dirautkan ke atas kepaalnya. Segala benda yang berlaku dirasakan terlalu tidak masuk akal. Ya, semuanya bermula dari gangguan yang dilihat mereka di rumah sewa beberapa bulan yang lalu sehinggalah Izzat terdampar di hospital sekarang.
Mazlan dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah ada yang merancang semua ini untuk berlaku. Tapi siapa? Dan untuk apa orang itu mengenakan mereka?
Tanpa mereka sedari, ada sesusuk tubuh memerhati dari sudut yang agak tersorok dari situ.
"Aku kena cepat. Dah ada yang perasan nampaknya,"
Ujar lelaki itu sebelum menghilangkan diri. Ada senyuman kecil yang terukir di bibirnya.
Game start!
***
"Dah dah la tu, Lan. Kita nak ke Langkawi dah pun. Cheer up!"
Ujar Idris sambil merangkul bahu temannya. Dia dikhabarkan mengenai kejadian yang menimpa Izzat dan dia sedaya upaya cuba menghiburkan Mazlan. Namun, mana sama nilai seorang sahabat dengan sahabat lain. Izzar merupakan teman Mazlan yang paling rapat dari kecil lagi.
"Emm. Okay. Jom ah, gerak."
Balas Mazlan, nyata cuba untuk menjaga hati Idris.
Idris membalas ajakan Mazlan dan menggamit rakan-rakan lain untuk memasuki kereta.
Mereka akan bertolak dari rumah menuju ke KLIA2 sebelum menaiki pesawat untuk ke Langkawi pada malam nanti. Kaum perempuan yang turut menyertai ekspedisi kali ini telahpun bertolak pagi tadi. Kononnya mahu survey tempat dahulu, mudah untuk merancang perjalanan mereka di Langkawi selama 3 hari 2 malam nanti.
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...