Bab 6

849 42 6
                                    

"Weh Ijat. Aku ada plan baik punya,"

Kata Mazlan sambil tersengih sebaik saja selesai solat Maghrib. Izzat yang tadinya diam merenung skrin Galaxy Grand 2 nya berpaling melihat Mazlan, rakan sebiliknya.

Apa lagi yang otak Mazlan fikirkan? Rakannya itu kadang kala selalu utarakan idea bernas luar alam. Benda yang kadang dipandang remeh kalau Mazlan yang rancang, selalu jadi luar biasa aneh.

Pernah sekali mereka semua terdampar di atas Pulau Perhentian gara-gara idea Mazlan yang kononnya mahu menjelajah pulau tanpa sebarang bantuan. Hampir saja malaikat maut datang menjemput mereka yang hampir mati terhidrasi di pasir pantai. Nasib baik ada seorang lebai membantu mereka di pondoknya tidak jauh dari pantai.

Anehnya, lebai tersebut tidak pula memunculkan diri ketika mereka mahu meninggalkan pulau. Jika bertemu, boleh juga mereka membalas budinya. Ini tidak, lebai tersebut hilang secara total. Mungkinkah itu bantuan dari Allah untuk mereka? Entah.

"Apa lagi Lan? Kau nak jejak pulau mana pulak ni?"

"Eh, kau macam tak sudi je dengar idea aku,"

Mazlan mencebikkan bibirnya. Baru saja dia hendak berkongsi idea bercutinya dengan Izzat namun reaksi daripada Izzat seolah-olah malas melayannya. Kecil hati Mazlan dengan Izzat.

"Lah. Apa benda la kau ni Lan. Ceritalah kat aku. Ni tiba-tiba nak merajuk, macam perempuan,"

"Cermat sikit mulut kau, Jat. Aku lenyek dengan spender koko ni baru tau,"

"Ey, pengotor gila anjing kau. Cepatlah cerita, aku nak berak ni,"

"Sapa yang pengotor kat sini? Jijik ah kau ni, gi berak dulu. Nanti aku cerita,"

Izzat hanya tersengih mendengar jawapan Mazlan. Dia tahu Mazlan punya rajuk tak tahan lama. Kena gayanya, rajuk boleh bertukar menjadi tawa.

Izzat berjalan terkepit-kepit menuju ke arah pintu tandas. Gelodak dalam perutnya sukar untuk ditahan lagi. Lambat sesaat, satu rumah akan berpesta meraikan hasil yang terburai. Tidak. Itu tidak boleh berlaku.

Sebaik saja pintu bilik air dikuak, Izzat melondehkan seluar trek hitam berjalur kuning jenama Cheetahnya. Seluar disangkut dengan cermat di cangkuk balik pintu sebelum Izzat duduk mencangkung di mangkuk jamban.

Dalam proses melunaskan hajatnya, Izzat berfantasi dia sedang gembira bersama dengan wanita pujaannya, Fatimah. Awek kelas sebelah tersebut berjaya menambat hati sado Izzat dengan genggaman tangannya yang lembut semasa jungle trekking dulu.

Bibirnya yang merah merekah tersebut juga telah diratah oleh Izzat pada malam tersebut. Sayangnya, mereka hanya terhenti di situ saja. Fatimah seolah-olah baru tersedar dari lena apabila tangan Izzat menjalar nakal meraba punggungnya.

Dalam keadaan separa sedar, Izzat terejakulasi dalam proses meleoaskan hajatnya. Izzat hanya tersedar apabila kakinya lenguh mencangkung dan bulu romanya menegang.

Pantas Izzat memicit sabun Lifebuoy merah kepunyaan Mazlan sebelum membasuh apa yang patut. Baju ditanggalkan dan Izzat berbogel sepenuhnya sebelum pili shower diputar.

"Lan! Tolong ambek towel aku! Nak mandi ahh,"

"Ek ena. Ambek la sendiri. Apa guna kaki Tuhan bagi,"

"Ish, tolong la wei. Apa guna Tuhan cipta pahala kalau bukan untuk hang tolong aku!"

"Ada saja nak menjawab! Nah!"

Mazlan mendengus kasar sambik menyuakan tuala ungu kepunyaan Izzat. Tanpa mengucapkan terima kasih, Izzat menghempas pintu laju. Takut Mazlan memicit piala agungnya. Selalu mereka akan lawan memicit sekiranya ada yang berbogel dalam rumah. Tak hendak Izzat menahan senak tersebut. Boleh mati woo! Dia nak juga bagi cucu pada ibunya pada masa mendatang.

Izzat hanya tersengih di hadapan cermin di dalam tandas. Ini semua idea Mazlan kononnya senang mereka nak mencukur bulu di bahagian muka mereka.

"Hensem jugak aku ni,"

Kata Izzat sambil menelek wajahnya di cermin. Kulitnya berwarna sawo matang, agak cerah bagi kaum lelaki. Walaupun tak dapat masuk dalam kategori dark, tapi Izzat pasti yang dia tall dan handsome. Tubuh maskulinnya dijaga rapi daripada menjadi buncit tak bermaya.

Tak hendak Izzat menjadi buncit! Jatuh sahamnya depan Fatimah nanti. Ah, Fatimah!

Menyebut nama Fatimah saja membuatkan Izzat bahagia. Kalau berjumpa pula, Izzat hanya akan mencuri pandang wajah ayu itu. Dia tidak berani mahu menegur Fatimah kerana perempuan itu sentiasa berjalan dengan rakan-rakannya yang lain.

Perempuan. Mana mungkin mahu berjalan sendirian. Paling kurang pun akan ada seorang teman jika mahu berjalan. Izzat hanya mampu menjadi pecinta dari jauh. Ada jodoh, Izzat akan menggenggam tangan ayah kepada Fatimah satu hari nanti.

Angan-angan Izzat mati apabila dia melihat pantulan cerminnya. Izzat pasti yang dia tidak lagi tersenyum namun pantulan tersebut seolah-olah menyeringai ke arahnya. Adakah dia bermimpi?

Pipinya ditepuk-tepuk berulang kali demi memastikan matanya tidak berfantasi semata. Bayangan tersebut masih lagi tersenyum di sana. Seolah berasa lucu melihat Izzat yang tercengang kaku di hadapannya.

Tidak menunggu lama, Izzat membalut tubuhnya dengan tuala sebelum bergegas kelyar dari tandas. Bayangan yang tadinya tersengih beransur hilang dari cermin.

Izzat hanya diam sambil mengelap badannya. Mimpikah dia sebentar tadi?

"Kau kenapa Jat?"

"Ah?"

Seolah-olah baru tersedar dari mimpi, Izzat tercengang mendengar soalan Mazlan.

"Aku tanya,kau dah kenapa?"

Perlukah dia menceritakan hal tadi kepada Mazlan? Tidak. Rakannya tidak perlu tahu tentang perkara itu. Biarlah. Mungkin Izzat terlalu letih berfantasi tentang Fatimah agaknya.

"Tarapapa. Aku stim ingat Fatimah la,"

"Cheh. Nak dengar tak rancangan aku ni?"

Izzat hanya diam menyarungkan T-shirt Bossini merahnya sebelum duduk di sebelah Mazlan.

"Cuba cerita apa yang kau eksaited sangat ni,"

Mazlan tersenyum. Tahu Izzat pasti akan bersetuju dengan cadangannya.

"Macam ni..."

P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now