"Adib, bangun,"
Kejut satu suara sambil menampar-nampar wajah Adib. Mata Adib dibuka perlahan sebelum matanya dikecilkan apabila silau menerjah mata.
"Kau pehal weh, tiba-tiba tumbang depan pintu?"
Soal Mazlan bimbang. Baru saja dia mahu keluar ke keretanya, Adib memandang Mazlan sambil memegang telefonnya. Tanpa sebarang amaran, Adib rebah di muka pintu.
Kalut Mazlan dan Khalid memapahnya masuk ke dalam rumah. Izzat yang tadinya mengunci pagar berlari masuk apabila kecoh serumah melihat Adib yang pitam.
"Erghh... Weh, aku kat mana ni?"
Soal Adib lemah. Terakhir dia ingat hanya wajah Mazlan yang menghiasi matanya. Kemudian dia terlihat dirinya pula yang datang memberi amaran. Kini, apa pula?
"Kau lah. Tetiba jatuh depan pintu. Cuak aku weh,"
Balas Mazlan sambil membantu Adib untuk bersandar.
"Aku... Rasanya ada benda yang aku buat salah ni. Sebab tu jadi macam ni,"
Tutur Adib perlahan. Mazlan dan Khalid hanya berbalas pandangan. Jelingan daripada Mazlan dibalas dengan gelengan oleh Khalid.
Tidak mahu membuatkan Adib lebih runsing, masing-masing memilih untuk berdiam diri saja. Wajah Asib ditenung dalam, cuba mencari makaud yang cuba disampaikan.
"Err, mana Ijat, Lan?"
Soal Adib tiba-tiba sambil mendongakkan kepalanya. Mazlan mengangkat kening kirinya sebelum menunjuk ke arah belakang Adib.
"Tu ha, budak tu. Cari apa benda ntah dari tadi. Tak jumpak-jumpak,"
Bebel Mazlan sambil menunding ke arah Izzat. Sorotan mata Adib beralih kepada Izzat yang masih tertunduk-tunduk di atas tanah.
"Huh. Kau, tadi ada call aku ke Lan?"
"Eh?"
"Ada tak?"
"A'ah la. Bila kau sebut pasal call, aku tak jumpa lak telefon aku. Dari tadi lagi aku cuba cari, takde jugak,"
"Oh,"
Adib hanya terdiam. Dalam hati dah menyumpah seranah siapa-siapa saja yang menelefonnya tadi dan membuatkan Adib pitam. Tak macho langsung.
"Jat! Masuk ah! Cari pe lagi tu?"
Laung Khalid dari muka pintu. Izzat tidak mempedulikan panggilan daripada Khalid dan meneruskan pencariannya. Terdengar keluh kesah Izzat dari laman ke muka pintu.
"Khalid, hang pi la tolong dia. Nampam darurat sangat tu,"
Gesa Mazlan. Tanpa banyak berbicara, Khalid bergegas menyarungkan selipar dan berlari anak ke arah Izzat.
"Bro, apa kau cari?"
Tepuk Khalid dari belakang. Izzat hanya membiarkan Khalid di belakangnya. Seolah-olah benda yang dicari-cari amat berharga buat dirinya.
Bengang kerana tidak dipedulikan, Khalid merentap kasar kolar baju milik Izzat.
"Woi! Aku cakap dengan hang ni!"
"Kau pasti aku Izzat?"
Balas Izzat sambil tersenyum. Khalid cuma bingung memandang mata Izzat. Jantungnya seakan mahu berhenti berdenyut.
"Ijat?"
"Kau tanya apa aku cari kan? Anak mata aku hilang la. Tolong carikan. Gelap, aku tak nampak,"
Balas Izzat sambik memandang Khalid dengan mata putihnya.
"Arghhhhh!!!"
Laung Khalid sebelum tergopoh-gapah melepaskan cengkaman dan berlari ke arah pintu rumah. Mazlan dan Adib hanya kehairanan melihat perilaku Khalid.
"Apehal weh?"
"Han-hantu!"
"Huh?"
"Tu bukan Ijat! Tu hantu!"
Balas Khalid sambil berselindung di belakang Adib. Di luar rumah, kelihatan Izzat berjalan perlahan menuju ke arah muka pintu.
Matanya masih lagi putih seperti tadi. Khalid semakin menggeletar apabila melihat Izzat melangkah masuk ke dalam rumah. Anehnya, tidak pula Adib dan Mazlan ketakutan sepertinya. Adakah Mazlan dan Adib telah pengsan terlebih dahulu?
Pap!
Kedengaran satu tamparan kuat memecahkan kegusaran Khalid. Mazlan berdiri tegak di hadapan Izzat. Riak wajahnya sukar untuk ditafsirkan.
"Bodohlah ko ni Jat. Nak buat lawak pun ada batas beb,"
Kata Mazlan sambil tangannya dikibas-kibas cuba menghilangkan rasa kebas yang bertandang.
"Adoi! Sakit la celaka!"
Kata Izzat sambik mengusap pipinya yang mulai merah. Terlihat bekas tapak tangan Mazlan mula membentuk di pipinya.
"Sapa suruh kau buat lawak hambar kau. Nasib baik aku tak tendang tadi,"
Balas Mazlan dingin. Izzat hanya tersengih sambil menarik topeng di wajahnya.
"Sorry ah, Khalid. High sikit malam ni,"
Sengih Izzat.
"Lahanat punya kawan,"
Balas Khalid. Mereka hanya ketawa bersama-sama di muka pintu sambil memegang dua plastik burger yang mulai sejuk.
Angin sejuk yang bertiup tiba-tiba langsung tidak dipedulikan.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...