Bab 35

586 25 9
                                    

"Weh, aku dah bayar duit trip tu,"

Sapa Azam kepada Mazlan.

Mazlan hanya memanggungkan kepalanya tanpa melihat Azam, khusyuk memerhatikan skrin laptopnya yang terpampang cerita Hotel Transyllvania 2.

"Uishh. Kau pentingkan kartun daripada aku, Lan?"

Usik Azam sambil duduk di tepi Mazlan. Jalan cerita kartun keluarga orang putih jarang sekali mengecewakan. Sarat dengan pelbagai nilai murni serta pengajaran.
Bukannya Azam mahu memperlekehkan kualiti kerja anak bangsa, namun, kebanyakkan hasil kerja mereka tidak memuaskan.

Mungkin kerana masyarakat di Malaysia masih lagi memandang remeh tentang industri kartun di sini. Sebab itulah, penghasilannya tidak dapat dibuat dengan lebih kemas. Akibat kekurangan bajet barangkali?

"Sibuk ah kau. Biarlah aku nak layan kartun pun, best what,"

Balas Mazlan malas. Dia tidak kisah jika dilabelkan sebagai anti sosial sekalipun apabila melayan kartun.

Padanya, sesebuah kartun itu melambangkan hasil susah payah kerja sepasukan manusia yang menghabiskan masa dan tenaga untuk siapkan animasi yang memukau mata.

Memang la tak nampak pada mata kasar kita sebab penghasilan animasi berbeza dengan filem.

Apapun, Mazlan gemar menonton kartun apabila dia terasa malas nak berada dalam dakapan realiti. Kartun yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak inilah yang berupaya memberi semangat untuk Mazlan kekal positif.

Besarkan impak kartun sebenarnya?

"Eh, comelnya Dennisovich"

Tegur Azam sambil ralit memerhatikan tayangan kartun di laptop putih kesayangan Mazlan.

Mazlan hanya tersengih apabila melihat Dennisovich dilontar turun dari atas menara tinggi oleh datuknya. Gila kentang!

"Eyy, apasal diam sangat ni,"

Tegur Izzat sambil berjalan santai masuk ke dalam bilik. Badannya dilap dengan tuala sambil tangannya pantas mencari boxer untuk disarungkan pada hari itu.

"Pelik. Aku pasti aku ada letak boxer kuning aku atas ni,"

Gumam Izzat sambil menggaru-garu keningnya.

Mata Izzat melilau ke serata bilik, bimbang dia tersalah letak boxer belangnya. Izzat menunduk ke bawah almari, khuatir boxernya terjatuh dari palang besi.

Tiba-tiba matanya tertancap kukuh pada sesuatu objek yang tersarung kemas di atas tubuh Mazlan.

"Lan,"

"Apa?"

"Tu macam boxer aku ja,"

"Ish, sibuk ah. Macam takdak boxer lain nak pakai,"

"Lahanat!!! Bagi balik la woi,"

Kata Izzat sambil merebut kembali boxernya dari Mazlan.

"Eyyy. Toksah buat gay dengan aku la woi! Ni pehal nak londeh boxer aku n?!"

"Tak kira! Nak balik boxer aku!"

"Sana la!"

"Bagi dulu!"

"Sana dulu!!!"

Pergelutan berlaku di antara Mazlan dan Izzat. Azam hanya ternganga melihat telatah rakan serumahnya.

Hanya kerana sehelai boxer mereka bergomol macam awek kena sailang. Sungguh memalukan.

"Haa, mari mari. Kita letak undi sapa yang menang,"

Entah dari mana muncul Khalid dan Izwan ke dalam bilik tersebut.

Kata-kata dari Khalid tidak mampu untuk meredakan pergelutan di antara Izzat dan Mazlan yang masih gigih mempertahankan harta masing-masing.

Mazlan dengan usaha untuk tidak membenarkan Izzat membogelkannya secara paksa.

Izzat dengan kegigihannya mendapatkan kembali boxernya. Habis terselak tualanya ketika bergelut dengan Mazlan. Rakan lain hanya melihat dari tepi sambil berpeluk tubuh.

Malas mahu masuk campur dengan pergaduhan kecil antara Mazlan dan Izzat.

"Apa dah jadi ni?"

Tiba-tiba, muncul kelibat Adib di tengah kerancakan gusti mereka.

"Biasalah Dib. Bromance,"

Balas Izwan sambil mengunyah Mister Potato. Bungkusan jajan tersebut dihulurkan kepada Azam dan Khalid yang hanya berdiri di tepi pintu.

"Astaghfirullah hal azim. Eh, dah la tu, Ijat, Lan. Stop sat,"

Celah Adib sambil meleraikan pergelutan mereka.

"Dia ni ha, ambek boxer aku tak habaq!"

"Mana ada! Hang yang letak kat kawasan aku, kira aku punya la!"

Tingkah Mazlan tidak mahu mengalah walaupun terang-terangan dia yang bersalah.

"Ha, ye la. Ye la. Lan, bukak dulu boxer tu. Aku punya pun ada kalau hang nak,"

Pujuk Adib lembut.

Mazlan hanya menjeling Izzat sebelum mengambil boxer hitamnya di dalam lipatan almari pakaian. Mazlan berjalan mendekati Izzat dan menarik tualanya.

"Kuang hajo punya orang!!!"

Jerit Izzat apabila tualanya dilarikan Mazlan ke dalam tandas. Nasib baik Izzat punya tuala tambahan di kepala. Memadai untuk menutup apa yang patut demi menyelamatkan maruahnya.

"Pergh, Ijat! Keras kau,"

Komen Khalid sambil ketawa berdekah-dekah bersama Izwan. Adib hanya membuntangkan matanya sambil menggeleng perlahan.

"Dah la. Aku nak masuk bilik. Hilang ilmu aku tengok benda tu,"

Kata Azam sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Langkawi~~ Langkawi~~ Langkawi~~"

Nyanyi Mazlan gembira dari dalam tandas.

Sungguh Mazlan tidak sabar untuk ke Langkawi pada hujung minggu ini!

P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now