Terdapat satu kesan lekukan terhasil di atas perut Mazlan. Tak boleh bayangkan macam mana kesan lekuk yang mampu membuatkan ketujuh-tujuh jejaka ini terdiam?
Okay. Pernah tengok cerita seram Thailand bertajuk Colic? Lebih kurang macam tu la kesan lekukan yang terhasil di atas ketulan keras perut Mazlan.
"Start kereta. Jom pi hospital,"
Ujar Izzat sebelum Mazlan hanya memandang mereka dengan wajah yang pucat.
***
"Shit! Kenapa time-time ni jugak dia nak meragam!"
"Eh, kau diam ah! Kau jugak yang ajak ke hospital tadi,"
"Mana nak tau kita boleh stranded kat sini, sial!"
"Apa pun, kita kena cari Lan,"
"Call Adib dengan Jib. Ajak Azam sekali mai sini. Apa-apa hal yang jadi, kita ada back up,"
Khalid dan Izwan hanya mengangguk patuh. Masing-masing seolah buntu apabila kereta yang dinaiki terbabas ke bahu jalan apabila mereka cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang yang melintas.
Sedang mereka pening-pening lalat di atas kereta, Mazlan tiba-tiba saja memekik kuat sebelum berlari meredah kepekatan malam.
Baru saja Izzat mahu mengejar, kelibat Mazlan langsung hilang dari pandangan.
Hairan. Ke manakah Mazlan menghilangkan diri? Apa yang telah merasuk diri Mazlan pada saat ini?
***
"Celaka! Julia! Apa yang sedang kau rencanakan?"
Bentak Andika apabila melihat Mazlan yang sedang terbaring di hadapannya.
Terkejutnya bukan kepalang apabila Mazlan tiba-tiba saja rebah di hadapan muka pintu rumahnya.
Bagaimana Mazlan boleh menjejakinya? Bukankah ada tembok pemisah yang amat payah ditembusi walau setinggi mana pun ilmu yang dimiliki?
"Aku terpaksa, Andika. Pemuda ini tahu jawapan kepada semua persoalan kita selama ini,"
Bidas Julia geram. Sudah lama dia bersabar demi membongkar sebuah persoalan yang selama ini dianggapnya hanya mainan perasaan. Bukan mudah baginya membuat keputusan sebegini.
"Cara kau dah salah. Kelak, akan ada rakan-rakannya yang tampil demi menuntut dia,"
"Aku mahukan rahsia yang tersemat rapi dalam dadanya,"
"Bukan begini caranya,"
"Tidak! Aku tahu apa kelemahan terbesar kaum seperti ini! Sedikit godaan dan hasutan, pasti mereka akan melutut di hadapan aku!"
"Kawal diri kau, Julia!"
Bentakan daripada Andika ternyata mendiamkan Julia. Matanya mula bergenang dan wajahnya merah.
Andika menarik nafas panjang sebelum memeluk erat Julia.
"Kau usah bimbang. Aku akan bantu kau selesaikan masalah ini,"
"Kau.. Kau tidak pernah peduli selama ini!"
"Aku peduli! Aku kan suami mu!"
"Kotakan segala kata yang kau taburkan."
"Akan ku lakukan sayang. Mari, pulangkan Mazlan ke tempatnya. Pulihkan semula luka yang aku beri semalam,"
Dahi Mawar dikucup penuh kasih. Nafas hangat Andika mula menerjah masuk ke dalam rongga pernafasan Julia apabila nafas mereka bersatu di bawah sinaran rembulan. Bibir milik Andika terus ghairah mengucup dan menjilat wajah mulus milik Julia.
Sudah lama dia tidak dibelai manja oleh lelaki terbabit. Sejak peristiwa hitam yang pernah berlaku dulu, Andika seolah menjadi dingin terhadapnya, sehinggalah Mazlan memunculkan diri bersama Julia.
Andika seolah baru tersedar dari mimpi dan mula melimpahi Julia dengan kasih sayangnya kembali.
"Julia, tahukah engkau bahwa aku sangat mencintaimu,"
Ucap Andika di antara nafas yang diambilnya sambil menjamah wajah Julia.
Pipi gebu tersebut tidak puas hanya dicium dan digomol-gomol. Andika mahukan sesuatu yang bersifat lebih agresif namun mampu memuaskan kehendaknya yang memuncak sekarang.
Bibir milik Julia ditarik menghadap wajahnya dan mereka bercumbuan penuh ghairah, seolah tidak mahu melepaskan bibir dari pasangan mereka.
"Ayuh, kita sambung di rumah saja semua ini, sayang"
Ajak Andika sambil memeluk erat pinggang Julia.
"Ayuh, kakanda,"
Balas Julia penuh manja.
Mereka berdua sempat bermadu asmara seketika sebelum menghantar Mazlan pergi dengan satu hembusan cinta mereka.
***
Khalid mengecilkan anak matanya, cuba untuk fokus dengan objek yang terbaring tidak jauh di hadapannya. Kelihatan sekujur tubuh yang tidak bermaya terlentang di atas tanah berlumpur.
"Weh! Aku dah jumpak Lan!!"
Laung Khalid. Dia segera menerpa dan memangku kepala Mazlan. Pipi Mazlan ditepuk-tepuk sebelum sahabatnya itu membuka mata perlahan-lahan.
"Kau okay, Lan?"
"K-Khalid,"
"Ya?"
Soal Khalid penuh bimbang apabila mendengar suara Mazlan yang penuh rasa ketakutan.
"Aku nak balik, Khalid."
"Hah? Kita kena bawak kau ke hospital, ambik ubat,"
"AKU NAK BALIK!!!"
Jerkah Mazlan sambil mencekik leher milik Khalid.
"Lan! Mengucap Lan! Mengucap!"
Khalid terkapar-kapar cuba mengumpul kudrat bagi mempertahankan dirinya. Nafasnya hampir terputus apabila genggaman Mazlan tiba-tiba saja terlucut dari lehernya.
"Uhuk!! Uhuk!!"
Khalid terbatuk-batuk sambil mengurut lehernya yang berbekas merah. Kelihatan Mazlan yang terlentang akibat seketul batu yang dihentakkan di kepalanya tadi.
"Azan, Khalid!"
Laung satu suara yang amat familiar dari jauh.
"A-aku..."
"Jangan takut! Azan cepat!"
Adib menggesa Khalid untuk melaungkan azan. Mazlan yang masih lagi pening-pening lalat terkapar di atas tanah sebaik saja laungan azan berkumandang.
Mazlan rebah di tanah sebelum disambut pantas oleh Khalid.
"Khalid. Kita kena cepat. Rahsia kita hampir pecah,"
Gumam Mazlan sebelum matanya terpejam.
Khalid hanya terpaku mendengar kata-kata Mazlan. Adakah ini balasan atas perbuatan mereka?
Tekaknya seolah tertelan satu benda yang amat kesat dan berpasir. Khalid hanya mampu menahan nafasnya sambil cuba mengawal riak wajah, tidak mahu Adib menghidu sebarang perubahan ketara melalui roman mukanya.
Mazlan yang keletihan terus terkulai layu dalam rangkulan Khalid.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...