"Izzat"
"Izzat"
"Izzat"
Suara yang menyeru nama Izzat kedengaran bergema. Izzat sendiri tidak mengecam suara itu. Mazlankah? Adibkah? Atau rakan-rakan lain?
Atau mungkin Fatimah?
"Bangun, Izzat!"
Gesa suara tersebut yang kedengaran agak terdesak. Tubuh Izzat digoncang-goncang kuat, tanpa pemilik suara tersebut serius mahu mengejutkan Izzat dari lenanya.
"Hmmm. Siapa tu?"
Balas Izzat malas sambil menepis tangan yang menganggu lenanya. Matanya masih lagi terpejam rapat dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu dibuka hatta 1 mm sekalipun.
"Roarrrrrrrrrrrrrrr!!!!"
Bunyi ngauman yang menggegarkan alam berjaya membangkitkan Izzat bangun. Nafasnya turun naik apabila tanah di sekitarnya bergegar hebat. Mimpi apakah ini?
Matanya mula melilau mencari kelibat insan yang mengejutkannya. Mata Izzat tertancap kukuh pada satu tubuh yang masih lagi mempamerkan riak yang amat gusar di sebelah pembaringannya. Siapakah dia?
Rambut hadapan lelaki tersebut kelihatan kusut-masai namun agak sesuai dengan bentuk wajahnya yang mempunyai lekuk dagu yang elok. Hoody yang dipakai berona merah tertera perkataan 'Don't mess with trouble'.
Pandangan mereka bertaut sesaat sebelum mulut lelaki tersebut dibuka.
"Kau kena tolong aku! Kalau tak, kau juga akan mati!"
Huh?
Izzat yang masih lagi bingung dengan pernyataan tersebut ditarik bangun lalu mereka pantas membuka langkah meninggalkan tempat tersebut.
Bunyi ngauman yang menggegarkan alam kembali bergema setelah beberapa minit mereka berlari. Izzat yang masih lagi tidak mengetahui punca dia harus berlari meninggalkan pondok buruk tadi hanya menurut langkah budak lelaki yang tidak pula diketahui namanya itu. Biarlah! Apa yang penting, nyawa mereka mesti diselamatkan dahulu! Persetankan perkara lain dahulu.
"Hufff... Hufff.. Kau nak... Bawak aku... Ke mana ni?"
Soal Izzat yang mula menncungap setelah hampir 30 minit mereka memecut laju membelah hutan tebal. Budak lelaki tersebut hanya membisu dan membiarkan soalan Izzat tergantung tanpa ada tanda mahupun usaha untuk menjawab. Matanya kelihatan meliar seakan mencari sesuatu yang hanya dia yang tahu.
Langkah kaki mereka terhenti di bawah sebatang pohon yang agak tinggi dan besar. Budak lelaki tersebut hanya mengerutkan dahi sebelum tangannya mula mengorek dan membersihkan longgokan daun yang berselerakan di banir pokok tersebut.
"Tolong aku boleh?"
Soalnya sambil menyeka peluh. Nafasnya kelihatan turun naik, tanda dia juga agak keletihan dengan larian mereka. Jarinya yang kini diselaputi tanah dikuis-kuis sebelum meneruskan lagi aktiviti mengoreknya.
"Woi! Kau pehal? First, kau bawak aku lari and kau tanak jawab soalan aku! Sekarang ni, kau nak aku korek tanah tu pulak? Kau dah kenapa ni, bro?"
Protes Izzat yang berasa agak bengang dengan perangai yang dipamerkan budak di hadapannya. Sudahlah mahu meminta tolong daripadanya, namun langsung tidak beradab. Inikah remaja masa kini?
"Kau tak payah banyak songehlah! Aku buat benda ni sebab nak tolong kau jugak! Cepatlah!"
Balas budak tersebut dengan nada yang kedengaran sangat kurang sabar. Terselit juga sedikit getaran di suaranya. Seolah-olah dia cuba untuk bersembunyi dari sesuatu, tetapi apa?
Izzat hanya menarik nafas panjang sebelum tangannya juga ligat mengorek tanah.
Setelah agak lama mereka mengorek, tiba-tiba ngauman tersebut kembali bergema di ruangan hutan.
Budak tersebut nyata amat kaget mendegar ngauman tersebut dan tangannya mengorek dengan kadaran yang lebih pantas.
"Cepat! Cepat! Mana dia pintu masuk ke situ?"
Suaranya nyata kedengaran amat terdesak. Mungkin kerana bunyi ngauman tersebut yang kian mendekati mereka.
Derapan tapak kaki yang kedengaran membuatkan Izzat meneguk air liurnya dengan payah. Sudah sampaikah ajalnya? Belum sempat dia mahu menarik nafas, tiba-tiba kolar bajunya ditarik dan suasana sekitarnya bertukar kelam.
***
"Doktor kena selamatkan dia jugak! Walau dengan apa cara sekalipun!"
Mazlan mendesak doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Nafas berat dihela oleh lelaki yang berusia lewat 40-an tersebut.
"Maaf, dik. Kami dah cuba sedaya upaya kami untuk selamatkan kawan adik. Buat masa sekarang, luka-lukanya berjaya kami rawat, cumanya..."
Kata-kata doktor tersebut terhenti seketika. Beliau kelihatan teragak-agak untuk menyampaikan berita tersebut kepada anak-nak muda di hadapannya.
"Tapi apa doktor? Cakaplah! Kami bukannya budak kecil, doktor!"
Desak Mazlan lagi. Baginya, Izzat merupakan sahabat yang penting, tiada galang gantinya.
"Cumanya, kita kena bergantung pada rakan awak tu untuk sedar. Dalam tempoh 48 jam ini, jika dia tidak sedar, berkemungkinan dia akan koma dalam tempoh yang agak lama,"
Tutur doktor tersebut dengan raut wajah yang amat serius. Satu per satu wajah di hadapannya ditenung dalam. Berharap agar mereka tidak menimbulkan sebarang kekecohan di dalam kawasan hospital.
"Ta-tapi! Dia toreh perut dia doktor! Apa kaitan perut dengan koma?"
Kedengaran suara Azam yang mencelah masuk perbualan tersebut.
"Maaf, nak. Kawan awak ada mengalami hentakan yang agak kuat di belakang kepalanya. Berlaku pendarahan dalaman di bahagian dalamnya. Saya berharap awak semua berdoa banyak-banyak agar kawan awak akan dapat diselamatkan. Bukan sedikit luka dia,"
Kata-kata yang terungkap dari mulut doktor tersebut disambut dengan anggukan oleh Azam.
"Kau kena selamat, Izzat."
Doa Azam di dalam hati sambil hujung ekor matanya merenung pintu bilik yang menempatkan Izzat. Izzat yang masih lagi terbaring di atas katil dengan alat bantuan pernafasan disambungkan padanya masih tidak punya idea terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Bangunlah, Ijat"
Doa Mazlan sambil meraut kasar wajahnya sambil bersandar di dinding.
"Ingat, dia boleh dengar apa yang awak semua kata. Doakan dia untuk terus selamat. Doakan senjata utama orang mukmin?"
Nasihat doktor tersebut sambil mencengkam bahu Mazlan.
Azam hanya tersenyum lemah ke arah doktor tersenyum sambil berjalan ke arah Mazlan. Tangan Mazlan diraih ke atas dan dibawa untuk bertaut dengan tangan rakan lain.
"Aku tahu kita banyak buat salah. Kitakan manusia. Jom doakan Ijat. He need this."
Kata Azam sambil mengenggam erat tangan rakan-rakannya.
Kuat ya, Izzat!
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...