"Jom basuh kereta malam ni,"
Ajak Mazlan tiba-tiba di tengah keasyikan mereka melayan cerita di tv.
"Aku on ja. Kereta tu pun dah berdebu aku tengok,"
Sahut Izwan sambil tangannya mengambil seketul cucur udang sambil dicicah dengan kuah kacang.
Mulutnya pantas mengunyah dengan nikmat rasa cucur udang yang hangat diangkat dari kuali. Kerangupan dan kemanisan udang terserlah ke seluruh bibirnya.
"Emmm, dap."
Kata Izwan lagi. Perutnya yang tadi berkeroncong hebat seolah berpuas hati kerana disajikan dengan cucur udang.
"Oh, aku lagi la okay. Pening kot buat test tadi,"
Sambut Khalid pula sambil mencicip sedikit teh panasnya. Matanya masih lagi tertancap kukuh pada skrin televisyen.
"Aku pun boleh je. Kan Adib?"
Sambut Najib sambil mencuit Adib.
Adib hanya menganggukkan kepalanya. Adib sangat jarang bersuara atau bercakap kerana katanya, lebih baik berdiam diri dari bercakap benda yang lagha.
"Aku tolong lap je kot, hehe. Dah ramai sangat nak basuh,"
Kata Azam sambil tersengih. Tangannya menggaru-garu hidungnya sambil bercakap.
"Kalau macam tu, lepas Isyak jap lagi kita start, boleh?"
Putus Mazlan tegas.
"BOLEH~"
Sambut semua rakan serumahnya. Ledakan ketawa menguasai rumah mereka yang tidak pernah sunyi jika berkumpul bersama. Sehinggakan mereka ditegur oleh jiran selang tiga buah rumah dari mereka kerana terlalu bising. Boleh bayang meriah macam mana mereka ni?
"Eh, mana Ijat? Diam je dari tadi,"
Tiba-tiba Azam bersuara. Kelibat Izzar tidak dapat dikesan di tengah-tengah ruang tamu rumah mereka.
"Ada tu ha. Dok sental boxer yang Lan pakai tadi,"
Balas Izwan sambil menunjukkan ke arah pintu tandas yang tertutup rapat. Kedengaran bunyi sentalan yang kuat dari dalam tandas. Marah sungguh Izzat terhadap Mazlan yang memakai boxernya.
"Hahaha. Kau perangai macam celaka la Lan, boleh kau balun boxer dia,"
Kata Khalid sambil menepuk-nepuk paha Mazlan.
"Nasib dia ah. Sapa suruh letak kat kawasan aku,"
"Macam tu pun boleh,"
"Boleh. Kawasan jajahan aku tadak sapa boleh masuk,"
"Menang kat hang la Lan. Ambek ambek,"
Balas Khalid sambil mencebik, malas meneruskan perbalahan kecil mereka.
Mazlan hanya tersengih sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
"Hahaha, macam budak-budak sial, perangai,"
Balas Izwan sambil ketawa panjang.
Adib hanya tersenyum melihat rakan-rakannya bergurau bersama-sama. Sudah lama mereka tidak berkumpul sekali seperti ini.
Masing-masing sibuk dengan kuliah, lambakan assignment serta mini project yang harus diselesaikan sekaligus. Tidak lupa juga dengan hambatan test yang berderet saban hari.
Percutian mereka ke Langkawi amat dinantikannya. Bolehlah melepaskan tekanan sedikit setelah berhempas pulas memerah keringat dan otak bagi meneruskan hidup sebagai seorang pelajar.
"So, kita bertolak 25 haribulan kan? Flight malam ke?"
Soal Najib tiba-tiba.
Mazlan hanya mengoyakkan senyuman manisnya sambil mengangguk.
Ahh, tak sabarnya nak ke Langkawi!
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...