BAB 54

129 8 0
                                    

Woah! Berdebu sudah this web novel. Maaf semua. Terima kasih kepada yang concern pasal cerita ni yang tak diupdate sejak bila entah. I think its time to update a little before going back into my own cave. Enjoy!

***

"Weehuuuu!"

Kecebur!

Lompatan balik kuang dilakukan oleh Azam. Habis basah bot yang mereka naiki disimbah air percikan daripada lompatan Azam.

"Sial. Bagi la aku pakai dulu gogel ni, jantan!"

Jerit salah seorang perempuan yang menyertai rombongan. Wajahnya yang tadinya teruja melihat selakan baju Azam ketika melompat kini dibasahi air laut. Habis tertanggal segala make-upnya ketika itu. Fatimah menghulurkan sehelai kain kepada Gina. Pantas Gina menyambut huluran tersebut dan mengesat air yang menitik pada wajahnya. Pandangannya dilarikan kepada Azam yang sedang gembira ketika berada dalam air. Lagak Azam seolah-olah seekor makhluk laut yang sudah lama terpisah dari habitat asalnya.

"Sorry la, Gina. Kau ni garang sangat la!"

Laung Azam sebelum meneruskan renangannya bersama-sama ikan. Kehijauan warna air di persekitaran mereka membuatkan diri ingin sebati dengan alam.

"Woi woi! Tak ajak!"

Jerit Izwan sambil melompat dari tepi bot. Teroleng-oleng bot dibuatnya apabila dihenjak oleh Izwan.

"Eyy, tak sabar betul budak tuah ni."

Gumam Mazlan sambil tersengih. Senyuman dikoyakkan oleh Adib apabila melihat Mazlan seolah-olah sudah boleh bersuka-ria dengan rakan-rakan, sama seperti dulu. Kejadian yang menimpa Najib pada sebentar tadi sudah boleh dilupakan oleh Mazlan pada hemat Adib apabila dia melihat rakannya itu teruja berenang dan mengejar ikan.

"Adib, jom!"

Tangan Adib ditarik oleh Idris sebelum sempat Adib memberi respon.

Kedebush!

Bunyi kocakan air kembali bergema. Mereka semua kelihatan sangat gembira apabila punya peluang untuk bermandi-manda. Bagi kaum perempuan pula, mereka turun ke dalam air dengan gaya yang lebih ayu.

Mereka memanjat pada sisi bot sebelum menggelongsor turun dari bot. Tiada pula aksi melompat seperti lelaki. Diikutkan hati, memang Gina mahu melompat back flip masuk ke dalam air namun apabila difikirkan semula, dia tidak sanggup melakukan aksi tersebut dengan kehadiran Adib dan lelaki-lelaki lain.

Gila nak biar lelaki-lelaki tu tengok benda di sebalik baju?

Dengus Gina dalam hati.

Mereka menjaga pergaulan di hadapan Adib kerana masing-masing sudah sedia maklum dengan sikap Adib, pantang jika ikhtilat (pergaulan di antara lelaki dan perempuan) tidak dijaga.

Jadinya, mereka terpaksa menyembunyikan tanduk buat sementara dan menjadi separa malaikat.

Aneh, kan? Tetapi itulah realitinya. Kebanyakan manusia gemar membuat onar di belakang dan menayangkan bahagian mereka yang suci di hadapan.

Bisik Gina lagi. Sedang dia leka membuat breast-stroke bersama Fatimah, tiba-tiba satu suara kedengaran memecahkan keseronokan mereka semua.

"Woi! Woi! Tu awat ada set snorkel jatuh tu?"

Laung Izwan sambil mencari-cari insan mana yang menjatuhkan set snorkeling mereka.

Ahh, jenuh pula nak menggantikan jumlah bayaran bagi set itu nanti.

Marah Izwan dalam hati.

"Kau dah kenapa ni, Azam?"

Soal Mazlan apabila melihat Azam seakan gelabah setelah sekian lama berada di dalam air.

IDENTITI:2Where stories live. Discover now