Bab 19

787 28 8
                                    

"Wan, nak makan?"

Sapa Khalid sambil membuka bajunya. Baju pagoda putih dicapai dari rak dan disarung pada tubuhnya. Sebiji burger ayam dihulurkan kepada Izwan yang masih lagi berbaring di atas tilam dengan mata yang terkebil-kebil merenung putaran kipas.

Khalid hanya mampu mengeluh apabila Izwan langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Bungkusan burger diletakkan di atas meja jepun milik Izwan sebelum Khalid berbaring sambil membelek telefonnya.

"Khalid..."

Kedengaran suara Izwan memanggil Khalid dalam keadaan menggeletar.

"Awat, Wan?"

Balas Khalid sambil meletakkan telefonnya ke tepi. Panggilan daripada rakan di sebelahnya lebih penting daripada membelek timeline.

"Aku... Takut... Khalid..."

Balas Izwan sambil tersedu-sedu. Dari getaran suaranya, Khalid pasti Izwan tidak berpura-pura mahupun cuba mengenakannya. Ketakutan yang terkandung dalam suara itu kedengaran sangat authentic.

"Hang awat ni, Wan? Hang takut apa?"

"Aku... Rasa... Ada... Ada yang dah tau apa yang kita buat dulu..."

"Nonsense la, Iwan! Benda ni antara kita 4 orang ja! Takdak orang lain yang tau, melainkan..."

"Melainkan apa?"

Izwan bingung memerhatikan Khalid yang mematikan ayatnya. Mata Khalid seakan merenung sesuatu benda yang tidak dapat ditafsirkan demgan tekaan semata.

"Melainkan ada antara kita yang cerita kat orang lain,"

Serius Khalid menuturkan apa yang menganggu mindanya. Masalahnya, siapa pula yang membocorkan rahsia mereka berempat?


P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now