Bab 30
"Adib, kau okay tak ni?"
Soal Najib bimbang sambil merapati Adib yang terbaring lesu di atas tilam bujangnya. Najib duduk bersila sambil tangannya laju memicit kepala Adib.
"Eh, Jib. Aku okay lah. Jangan bimbang sangat,"
Balas Adib lemah sambil cuba mengukir senyuman ke arah Najib.
Senyuman Adib dipandang dingin oleh Najib kerana dia tahu, Adib tidak mahu mempamerkan kesakitannya. Bukannya dia tidak kenal dengan perwatakan Adib.
Nampak saja seperti lembut hati, namun dia tidak mudah menonjolkan sebarang kelemahan di hadapan rakan lain. Ada satu ego dalam diri Adib yang membuatkannya enggan tampak lemah di hadapan kawan-kawan.
Cukuplah dia diejek dahulu kerana mudah mengalirkan air mata. Walaupun lelaki, Adib berjiwa sensitif. Hatinya mudah tersentuh apabila melihat satu-satu kesusahan yang berlaku di sekelilingnya.
Disebabkan sifatnya itulah,Adib hampir saja terbunuh.
Adib memejamkan mata sambil fikirannya mula melayang jauh meninggalkan Najib yang masih lagi gigih mengurut kepalanya.
***
"Adib, tolong aku, Adib,"
"Eh, kau dah kenapa?"
Adib menjadi pelik apabila melihat rakannya itu seolah-olah sangat cemas.
"Kau kena tolong aku, Dib! Kau saja yang akan tolong aku dalam situasi ni,"
"Tenang dulu, cuba cakap nak aku tolong apa?"
Adib cuba menenangkan rakannya yang nyata tampak sangat panik. Entah apa yang menganggu fikiran rakannya itu.
"Kau kena ikut aku, Dib. Tolong aku, Adib."
Air mata mula bertakung di tubir mata rakannya itu. Suaranya kedengaran sepeeti sangat terdesak. Adib jatuh kasihan melihat kondisi rakannya itu.
"Okay. Okay. Jom."
Pantas Adib bersetuju apabila melihat rakannya itu yang kelihatan amat menyedihkan. Jarang dia melihat lelaki menumpahkan air mata di khalayak ramai. Mungkin ada masalah yang betul-betul besar sedang dihadapi rakannya.
Lagi pula, apa salahnya dia membantu rakannya? Buat baik pasti dibalas baik, bukan?
"T-Terima kasih, Adib!"
Ucap rakannya sambil memeluk erat tubuh Adib.
Tangan Adib digenggam erat dan dibawa menuju ke arah kereta. Mujur saja Adib tidak punya sebarang kelas bagi sesi petang. Jadi, dia tidak kisah apabila dibawa naik kereta. Apalah sangat yang rakannya akan lakukan?
***
Bab 31"Dib? Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
Soal Najib apabila Adib kelihatan seperti termenung jauh.
"Eh, apa kau kata tadi?"
"Ek ena. Berangan pulak budak ni. Aku tanya, lega sikit tak? Nak pakai koyok tak?"
Soal Najib bertalu-talu. Bimbang sungguh dia terhadap Adib yang masih terbaring.
"Oh, aku okay. Sedap sangat kau urut, sampai aku terleka jap,"
Balas Adib sambil menguntum senyum.
Pandangan mereka berdua bertaut.
Lama.
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...