Bab 16

1.2K 30 0
                                    

"Kau ni melampau ah,"

"Mana tau dia nak jadi macam ni,"

"Sekarang apa kita nak buat?"

"Jangan bising ah sial. Kau jugak yang sedap merasa tadi kan?"

Dua suara yang bertingkah tersebut menarik perhatian Adib. Dia melangkah mendekati punca suara tersebut.

Mazlan? Izzat?

Apa yang sedang mereka lakukan? Mengapa mereka bertengkar.

Belum sempat Adib melangkah, ada satu suara menyapanya dari belakang.

"Adib..."

"Huh?"

Kaget disapa tiba-tiba, Adib oantas menoleh ke belakang.

Kosong.

Tiada sebarang makhluk yang berdiri di belakangnya. Siapa pula yang memanggil tadi?

Sedang mata Adib melilau mencari kelibat yang menyerunya, tiba-tiba ada objek lembut yang memeluknya dari belakang. Suara serak basah tersebut menyapanya kembali, kali ini kedengaran lebih menggoda.

"Adib..."

Helaan nafas di cuping telinga menaikkan bulu roma Adib. Terasa ada objek lembut dua ketul yang menekan bahagian belakangnya. Pelukan yang tadinya biasa-biasa saja bertukar erat. Desahan manja gadis itu juga semakin kuat.

"Marilah, Adib. Dah lama kau tahan kan? Marilah, sekali saja."

Pujuk rayu perempuan tersebut sedikit sebanyak menggugat pendirian Adib.

Mulut mungil perempuan tersebut muka menjalar ke bahagian leher Adib diiringi deruan nafas yang begitu harum. Dari leher, mulutya mula menjilat wajah Adib dengan gaya yang begitu erotik.

'Beraninya perempuan ni!'

Bisik hati Adib. Walaupun dia sedikit gembira dan teruja apabila diperlakukan begitu, namun dia bimbang sekiranya perbuatannya diperhatikan oleh Mazlan dan Izzat.

"Jangan risau. Kita buat ringan-ringan je. Jom,"

Pujuk rayu perempuan tersebut membutakan hati Adib yang berkeras menyuruh dia menghentikan segala perbuatan tersebut. Selama ini, dia berusaha menentang keras perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh rakan serumahnya.

Dia tidak tahu apa yang seronoknya melakukan percambahan nyawa dan populasi manusia di dunia. Sungguh Adib tidak tahu. Peluang yang terhidang di hadapannya sukar untuk ditolak.

Apatah lagi, perempuan di depannya kini mempunyai body yang nyata mampu membuat hidup lelaki berantakan sekiranya dilepaskan.

Tangan Adib dituntun ke bahagian semak samun berdekatan pinggir hutan. Melihat Adib yang masih teragak-agak, perempuan tersebut mengangkat kepalanya dan merenung ke dalam mata Adib. Dengan perlahan, bibirnya dicantumkan dengan bibir milik Adib.

Kaget dengan tindakan yang dilakukan oleh perempuan tersebut,Adib mula menolak ciuman yang diberikan. Namun, kedegilan perempuan tersebut yang enggan melepaskan bibir Adib membuatkan dia mula hanyut.

Tangan Adib dibawa ke bahagian buah dada perempuan tesebut yang tersembul indah di hadapannya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan, Adib hanya meletak sahaja tangannya di atas dada empuk tersebut.

Lembut seperti puding. Anjal tetapi lembut. Tidak pernah Adib memegang sesuatu yang indah seperti ini.

Letak tangan yang tadinya kaku mula menjalankan fungsinya. Tangan Adib muka meramas dada tersebut. Tidak puas dengan hanya memegang bahagian luar, tangannya diselukkan ke dalam baju perempuan tersebut.

Tujahan lidah di dalam bibir mula menguasai mereka. Sang gadis mulai lemah dalam dakapan sang teruna.
Ciuman bertukar menjadi gigitan. Si gadis memulakan langkah dengan menggihit kuat batang leher sang teruna.

Terangsang dengan tindakan si gadis, Adib mula melurutkan baju yang dipakai gadis di hadapannya sama juga dengan si gadis. Seluar Adib dilondehkan.

Rumput dijadikan tilam. Bulan menjadi saksi bagaimana Adib memulakan langkah dalam menyatukan tubuh mereka.

"Ahhh... Ahh... Ahh..."

Rengekan manja gadis tersebut menguasai ruang hutan yang sepi. Adib yang seakan lemas dalam dunianya kini melampiaskan nafsu yang telah lama ditahan.

Ahh, adakah ini nikmat yang dirasai oleh rakannya selama ini? Sangat mendamaikan.

Gadis tersebut mula menjerit kecil apabila Adib melakukan penetrasi yang lebih dalam.

"Ahh... Bukan nak ringan-ringan je ke tadi?"

Soal gadis yang masih tersenyum melihat janggut Adib yang ciput di atasnya.

Adib hanya membiarkan soalan itu berlalu. Biarlah, bukan senang ada gadis yang datang dan menawar diri seperti ini. Adib terus hanyut dalam keseronokan yang baru ditemuinya.

"Adib?"

Tegur satu suara. Fokus Adib terganggu apabila suara tersebut menyapa telinganya. Marah dengan panggilan yang menganggu masa nikmatnya, Adib bingkas bangun dan berpaling melihat gerangan yang memanggil.

Eh?

Ada seorang lagi 'Adib' yang berdiri di depannya. Adib membulatkan mata tanda tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Apa yang kau buat ni, Adib?"

Soal suara tersebut seakan sangat kecewa melihat 'dirinya' yang berdiri tanpa seurat benangpun di badan. Kelihatan ada seorang gadis yang termengah-mengah terbaring di atas rumput lantaran menerima kejaguhan Adib sebentar tadi.

"Kenapa kau boleh jadi macam ni, Adib?"

Suara tersebut mulai meninggi.

"Adib! Kau tahu benda ni dosa besar, Adib!"

Suara tersebut bergema di dalam benaknya.

"Kau tahu mana baik buruk, Adib!"

Suara tersebut bergaung dalam mindanya.

"Jangan tertipu, Adib! Kelak kau akan menyesal sendiri!"

Seiring dengan amaran yang diberi, kedengaran satu suara nyaring di belakangnya. Perempuan tadi bingkas bangun sambil lantang menjerit ke arah Adib.

"Kau dah mulakan, jangan berhenti sebelum habiskan!"

Marah perempuan tersebut sambik menarik Adib kembali.

"Adib! Ingat! Jangan tertipu untuk kali kedua!"

Jeritan bingit bergaul amaran yang memekakkan pendengaran membuatkan Adib terduduk dan menekupkan telinganya.

"PERGI! PERGI! JANGAN GANGGU AKU LAGI!"

Seraya itu, suasana kembali sepi. Adib terduduk di perdu pokok sambil merautkan kepalanya. Tanpa dia sedari, Adib terlena keletihan.


P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now