"Aduh! Aku kat mana ni?"
Soal Mazlan sambil mengurut kepalanya yang baru saja terhentak di atas sekeping tilam yang empuk. Kehadiran rakan lain yang turut terpinga-pinga bersamanya membuatkan Mazlan sedikit lega kerana masih ada wajah yang dikenalinya.
"Kita dah selamat ke?"
Soal Izzat sambil mengusap bahunya yang sedikit terkehel. Apabila matanya melihat Azam dan Idris, terus Izzat melompat bangun dan mecekak kolar baju mereka berdua.
"Argh! Apa yang kau fikirkan, Ijat?" soal Azam yang masih lagi pening lalat.
"Kau dah hampir nak bunuh kami semua, boleh kau tanya lagi apa yang aku fikirkan?"
Soal Izzat dengan garang. Baru saja tumbukannya mahu dilepaskan, tangannya digenggam kuat oleh seorang budak lelaki yang punya raut wajah serius.
"Siapa kau? Jangan kacau aku! Ini urusan aku dengan dia!"
Bentak Izzat marah ke arah budak lelaki tersebut. Dia mengeluh seketika lalu melepaskan cengkamannya pada Izzat.
"Is? Kau nak biar je ke dua budak ni bergaduh?"
Soal Najwa tiba-tiba dari belakangnya. Iskandar hanya mengangkat bahunya seraya berlalu dari tempat tersebut. Kedengaran mulutnya mengomel mengenai bilangan orang yang Najwa bawa pulang dari misinya memperkuat jentera serangan mereka.
"Najwa, kau dah gila ke? Aku ingatkan kau bawak sorang je?"
Soal Chad dengan penuh amarah apabila mengetahui kepulangan Najwa dengan beberapa orang lelaki lain yang kelihatannya langsung tidak punya asas bertarung.
"Rileks. Mereka ini yang akan selamatkan Tanah Melayu dari cengkaman Sir Harrison dan Sheryl, tahu?"
Jawab Najwa perlahan. Mereka semua terdiam dan menanti arahan yang bakal dikeluarkan dari bibir Najwa.
~TAMAT~
P/S : JUMPA DI IDENTITI:3!
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...