Bab 3

1K 61 1
                                    

"Weh, aku ada benda nak cakap sikit"

Kembalinya Mazlan ke rumah pada petang itu, dia terus memanggil kesemua ahli rumahnya. Tujuannya hanya satu, dia perlu tegas dalam hal mereka yang sering lambat. Mazlan benci dengan sikap orang yang mengambil mudah akan perkara lain.

Dia akui bahawa ahli rumahnya bijak-bijak belaka. Namun, jika mereka tidak mampu berdisiplin, pergi mampus dengan bijak mereka itu. Pandai menyusahkan orang adalah.

"Awat Lan? Apa yang hang nak bincangkan?"

Soal Izzat yang terpinga-pinga melihat wajah Mazlan yang keruh. Jarang sekali Mazlan akan memasamkan muka jika tiada benda serius yang menganggunya. Mazlan bukan orang yang begitu.

Izwan hanya mendiamkan diri. Tahu apa yang bermain dalam otak Mazlan sekarang. Bukannya dia sengaja bangun lewat setiap hari. Ada saja bayangan hitam yang mengetuk tingkap biliknya saban hari tatkala dia mahu melelapkan mata.

Hasilnya, dia hanya mampu melelapkan mata pada jam 4 pagi. Rakan sebiliknya Khalid, juga mengalami benda yang sama.

Mereka berdua enggan menceritakan apa yang berlaku demi keamanan rumah mereka. Tak jantanlah kalau setakat bayangan dan ketukan di tingkap sahaja mampu menganggu hidup mereka.

"Macam ni lah. Pagi tadi aku lagi sekali kena sound dengan Dr Andra. Please la weh. Dah banyak kali kot aku kena sound. Aku fed up lah nak kena hadap muka dia, merayu-rayu nak bagi aku sign attendance. Nak kena marah dengan classmates lagi. Korang nak macam mana lagi ni?"

"Sorry la weh. Bukan sengaja nak bangun lambat,"

"Betul tu. Takkanlah benda simple ni pun kau tak boleh nak considerate sikit?"

"Kepala butoh hang aku tak considerate! Bulan ni saja dah berapa kali aku lambat pi kelas sebab hangpa! Kalau hangpa tak boleh ikut cara aku, fine! Carilah transport sendiri! Aku dah tak larat nak kena maki dengan lecturer sebab hangpa!"

Mazlan pantas meninggalkan housematenya yang lain. Dirinya seakan telah bertukar personaliti. Dulu, amat payah untuk melihat Mazlan memaki hamun rakan-rakannya. Walaupun sering dimarahi lecturer, semuanya hanya menjadi debu di pinggir telinganya kerana markah peperiksaan Mazlan jarang sekali mengecewakan.

Apa yang telah terjadi pada Mazlan?

...

"Doh, korang buat apa ni?"

"Siallah. Bukan sengaja aku bangun lewat!"

"Chill ah, bro. Lan is not himself right now. Korang pun kenal dia kan?"

"Ye lah tu. Tahulah dia mampu bawa kereta, kami ni tumpang je,"

"Tapi, tak payahlah nak maki kawan. Babi gila perangai,"

"Tapi, ada betul kata dia, kenapa korang lambat? Be sensible la. Adat menumpang, paham sendiri. Ikut law dia,"

Diam.

"Ke korang dua ada sembunyikan sesuatu?"

Adib hanya memerhatikan Izzat menyoal Izwan dan Khalid. Dapat dilihat bahawa mereka berdua resah sambil bertukar pandang.

Seolah-olah ada benda yang menganggu pemikiran mereka namun langsung tidak mampu diluahkan. Apa yang cuba mereka sembunyikan?

"Dah ah. Apapun, nanti korang gi mintak maaf dengan Lan. Aku nak sambung buat asainmen aku ni. Layan korang, alamat repeat paper la aku sem ni,"

Najib hanya diam memerhatikan gelagat lima orang rakannya. Dia pantas mengundur diri sambil memasang semula headphone di kepala. Benda remeh saja rupanya. Apalah yang rakan-rakannya fikirkan. Macam budak-budak!

P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now