"Weh kita nak makan apa ni? Nasi? Western? Beger?"
Soal Mazlan sambil mata ligat memerhati kenderaan di atas jalan.
"Tadi Azam pesan kat aku beli burger. Kau lapar gila ke lapar separa mati ke lapar kebulur?"
Kata Izzat sambil menyoal Mazlan. Tahu perut Mazlan yang mudah kelaparan, makanan yang tepat harus dipilih bagi meminimakan pengeluaran wang.
Nak hidup kena guna banyak duit mak oi! Bukan senang nak survive dalam keadaan ekonomi tak menentu ni. Nasib rakyat marhaen sepertinya seolah tiada nilai bagi golongan aristokrat nun di atas sana.
"Ohh, aku punya lapar ni kalau ratah daging boleh habis satu badan kot,"
Kata Mazlan sambil tersengih nakal. Ada benda lain yang sedang menari dalam mindanya.
"Whoa. Kita ni nak makan ke nak ke ehem ehem?"
"Aduh, sial lah. Jangan buat tak senonoh kau kat sini Khalid! Kau teringin gi sendiri!"
Marah Adib kasar. Dia memang tidak berkenan dengan gurauan keterlaluan Khalid walaupun faham benar dengan perangai rakan-rakannya.
Selagi mereka tidak bawa balik perempuan ke rumah, itu sudah menjadi satu kesyukuran buat Adib. Nak buat aktiviti tambahan, sila ke hotel atau motel berdekatan. Bukan semasa Adib ada bersama mereka.
'Aiseh, lupa lak pak lebai ni ikut sekali,'
Getus hati Mazlan. Baru niat dalam hati nak meratah ayam segar. Hahaha! Nanti-nantilah. Hantar dulu mereka balik baru enjoy kot?
Hati Mazlan mula berkira-kira masa yang bakal dihabiskan nanti. Atau dia perlu tunggu hujung minggu saja? Harga lain tapi ayam mantap!
"Woi, jaga! Kereta tu wey!"
Pekikan dari Izzat menghalang fantasi Mazlan dari berleluasa. Kereta dikawal kemas sebelum berhenti di hadapan restoran masakan Thai bernama Umi.
"Gila la Lan! Nak mati muda sorang-sorang ah!"
"Ah. Celaka wei! Kalau mati tadi memang aku sumpah hang tak tenang la!"
"Ni mesti kau fikir kotor ni, sebab tu la sikit lagi Allah nak cabut nyawa,"
Bertalu-talu api kemarahan disembur pada Mazlan oleh tiga rakannya. Mazlan tersengih tidak menafikan kecuaian yang dilakukannya.
Jika tidak, wassalam.
Daging ke mana ayam ke mana.
"Sorry lah. Lain kali aku drive elok-elok,"
Mazlan membuat mimik muka lagak anak kucing, konon mahu meraih simpati.
Enggan melarutkan perbalahan, mereka menapak ke kedai sebelum masing-masing order makanan dambaan hati.
"Kak, nasi goreng USA satu, air teh o ais,"
Mazlan yang paling laju menyenaraikan pesan.
"Saya nak char kue teow satu, oren sunquick satu,"
"Sama macam dia,"
Izzat dan Adib tiada masalah untuk memesan benda yang sama. Adib seakan hilang selera kerana hampir saja ajal menjemputnya tadi.
"Eh, Khalid! Order ah. Cangak apa lagi,"
"Oh, err nasi goreng pattaya satu?teh ais satu,"
Balas Khalid kalut. Fokus Khalid lebih terarah pada perempuan yang duduk di belakang Mazlan. Seingatnya tadi, mereka memilih meja yang agak jauh dari pelanggan lain. Dari mana perempuan itu datang?
"Weh, aku nak gi beli beger kat gerai mak cik depan sana. Sapa nak ikut?"
"Meh la aku jalan sekali. Kau tu muka jambu, jap lagi ada la yang kena flirt kalau jalan sorang,"
Balas Mazlan sambil tersengih, sengaja mahu mengusik Izzat. Sebenarnya Mazlan ingin membeli beger ayam double spesial kegemarannya.
"Ey, lehnet. Diam ah. Orang tengok kau mesti jilat bibir, maklumlah badan sado. Sedap nak ehem ehem,"
"Ish ish. Walaupun aku berbadang katang, aku ni straight tau? Atau, kau nak try balik japgi?"
Soal Mazlan sambil membuat double jerk ke arah Izzat.
Izzat membuat mimik muka nak termuntah dengan hanya membayangkan dia dan Mazlan berasmara bersama. Koyak!
"Eii, Jat. Fatimah nak letak mana?"
Usik Khalid tiba-tiba. Dia cuba mengalihkan fokusnya dari terus memandang perempuan di belakang Mazlan.
"Ada apa sebut nama saya?"
Tiba-tiba satu suara halus mencelah perbualan anak muda berempat tersebut. Semua lipat maut melihat Fatimah yang sedang berdiri di sebelah meja. Uish, datang tanpa diundang!
"Ehh, err Timah! Long time no see,"
Izzat kalut cuba menyembunyikan resah yang bertandang secara mendadak. Baru saja dia mengimpikan Fatimah, tuan punya nama dah muncul di depan mata. Adakah ini cinta?
"Ek eleh. Bukan baru jumpak ke kat kelas Dr Andra siang tadi. Yang korang datang lambat tu,"
Diam. Izzat bungkam hendak membalas kata-kata Fatimah. Malu kerana Fatimah melihat dirinya dimarah pagi tadi.
"Eh, aku dengan Ijat nak gi beli burger ni. Nak ikut?"
"Oh, takpe Lan. Aku dengan geng baru habis makan,"
"Eh, perempuan pun makan luar? Asal tak masak je kat rumah?"
Soalan maut ditembak oleh Adib kepada Fatimah. Hanya jelingan diterima sebagai jawapan. Terdiam Adib sambil terkebil-kebil melihat Fatimah melenggok pergi.
"Mak ai. Garangnya,"
"Tu la kau. Perempuan pantang tau kalau tanya bab masak ni,"
"Mana aku nak tahu. Main jeling pulak. Puii,"
"Dah la. Aku dengan Ijat nak gerak ni. Takde nak pesan kan?"
Khalid hanya menggeleng sementara Adib mengawang tangannya.
Mazlan menarik Izzat bangun dan berjalan menuju ke arah gerai beger yang terkenal seantero kampus.
"Ai Jat. Dah jadi patung ke jumpa Fatimah?"
"Siot ah kau!"
Balas Izzat sambil mukanya mula merah. Mazlan hanya ketawa kuat melihat gelagat Izzat macam beruk dapat pisang.
"Lain kali, dia rapat kau ngap. Baru namanya jantan,"
"Diam ah,"
Izzat hanya mengerutkan pelipis matanya sambil duduk di meja bulat bersebelahan dengan gerai beger. Mindanya mula berfantasi mengenai Fatimah kembali. Mazlan dibiarkan membebel seorang diri.
"Cantik langit malam ni,"
Kata Izzat yang membuatkan Mazlan tercengang bersendirian.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...