Bab 29

681 31 7
                                    

"Iwan, aku nak tengok tv. Nak tengok tak?"

Soal Khalid setelah bosan membelek telefon bimbitnya. Berulang kali dia membuka dan menutup Twitter, Facebook, Instagram, Vine dan segala aplikasi sosial lain.

"Aku... Takut..."

Berulang kali Izwan menuturkan perkataan tersebut. Khalid hanya menggelengkan kepala melihat Izwan yang seolah disampuk dan dihantui dosa silam.

"Dah dah la tu, Wan. Benda yang lepas tu biarlah. Bukan kita tahu pun nak jadi macam tu,"

"Tapi... Kalau kita tak buat, benda tak jadi,"

"Selagi orang tak tahu, selagi tu hang tak payah buat cuak. Hang buat bodo dah la!"

Khalid mula bengang dengan sikap yang dipamerkan oleh Izwan.

"Hang tau dak, kalau takdak angin, masakan pokok bergoyang,"

"Hang toksah dok ajaq aku peribahasa bagai ni! Aku tau apa betoi apa salah!"

Khalid mengepalkan penumbuknya dan diacukan ke arah Izwan.

"Woi! Jangan gaduh!"

Izzat mencelah masuk sebelum Khalid sempat mencekak kolar baju Izwan.

"Pahai gaduh ni! Tak elok untuk jantung dan kesihatan!"

Tegur Izzat yang hanya bertuala. Bunyi bising dari bilik Izwan dan Khalid menarik perhatiannya setelah dihalau keluar oleh Mazlan sebentar tadi.

"Dia ni, punca! Dok ulang pasai benda tu la!"

"Woo... Woo... Diam sikit pasai benda tu, bro."

Ucap Izzat sambil cuba menenangkan Khalid. Orang yang marah sukar untuk mengawal kata-kata. Sering kali apa yang diucapkan merupakan benda di luar sedar.

Dan, selalu mereka akan menyesal setelah bertenang pada beberapa ketika kemudian.

Khalid menarik nafas panjang. Pandangannya dihalakan ke arah Izwan sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.

"Kau, Iwan. Apa dah jadi ni? Asal kau takut sangat ni?"

Izzat cuba menggunakan pendekatan yang lebih lembut. Mungkin dengan cara ini, Izwan akan lebih terbuka dalam menerangkan masalah yang dihadapinya.

"Izzat! Kau kena tahu, setiap benda ada balasannya!"

Izwan tiba-tiba menerkam Izzat dan memegang erat bahu Izzat.

"Aduh! Tenang Wan! Apa kau buat ni!"

Izwan menolak Izzat jatuh dan menindihnya.

"Ingat Ijat! Setiap benda ada balasannya!!!"

Izwan melaung keras sebelum mencungap ke tepi dan duduk memeluk tubuh di sudut biliknya.

Izzat bingkas bangun dan menarik tualanya yang terlucut sebentar tadui dan berlari keluar dari bilik tersebut.

Biarlah! Nanti mungkin Izwan akan pulih sendiri.

"Woi, Lan! Berak batu ka apa? Cepat la aku nak sambung mandi!"

Laung Izzat sambil mengetuk kuat pintu tandas.

Diam.

Tiada balasan daripada Mazlan dari dalam tandas.

"Lan?"

Izzat menyeru nama Mazlan sekali lagi. Rasa bimbang mula bersarang dalam hatinya. Apa sudah berlaku pada Mazlan?

Terjatuhkah dia di dalam tandas?

Kenapa dia diam sahaja?

"Lan! Kau tak jawab memang aku tendang pintu ni, woi!"

Laung Izzat sambil bersedia untuk menendang pintu.

Tiba-tiba, pintu terkuak luas.

Muncul Mazlan sambil tersengih di depan Izzat.

"Relaks sudah. Orang berak memang lama."

"Bongokkkkk!!!"

Balas Izzat sebelum masuk dan menghempas pintu di hadapan Mazlan.

P/s : Jemput baca IDENTITI keluaran buku Fixi ya. Komen apa yang kurang kawan2. Najwa akan cuba perbaiki pada masa akan datang. Enjoy.

IDENTITI:2Where stories live. Discover now