"Eeeeeee, dah la. Jangan kacau aku!"
Izzat menggumam perlahan dalam lenanya. Mazlan yang sedari tadi mendengar lagu beralih melihat Izzat yang kelihatan gelisah dalam lenanya.
"Tak... Aku tak buat, aku tak buat!"
Kegelisahan Izzat semakin membara. Kakinya terangkat-angkat, kelihatan mahu menendang sesuatu yang menganggu lenanya.
Mazlan hanya memandang sepi rakannya. Sempat pula kamera telefon bimbitnya dihalakan ke arah Izzat. Mesti seronok nak mengusik Izzat nanti.
"Hehehe. Tengok sorang ke tu?"
Teguran dari belakang membatukan Mazlan.
Mustahil.
Izzat masih lagi terlena di hadapannya. Suara siapakah yang menegurnya dari belakang?
Mazlan menoleh perlahan ke arah pintu biliknya.
"Ijat?"
Terserlah figura berupa Izzat di hadapan pintu biliknya. Suasana tiba-tiba bertukar hening, tiada langsung sebarang bunyi cengkerik yang menyanyi pada malam ini.
Hanya bunyi putaran kipas dan seretan kaki tersebut yang melangkah kian dekat.
Sreeetttt... Sreettt... Sreeeetttt...
Gedebuk!
"Sakit la setan!"
Laung Izzat apabila Mazlan secara tidak sengaja menindihnya yang sedang tidur.
Hilang langsung kelibat 'Izzat' yang berjalan sebentar tadi. Adakah Mazlan sedang bermimpi?
Tangannya pantas menarik satu tumbuhan berwarna hitam yang tumbuh merimbun di betis Izzat.
Pap!
"Babiiiiiii! Awat hang cabut bulu akuuuuu,"
Izzat mencarut apabila Mazlan bertindak ganas dengan mencabut buku romanya. Pedihnya hanya Tuhan yang tahu.
"Sakit ke?"
"Ya la bongok! Awat hang tak pernahh cabut bulu ka?"
"Mana pernah, Nabi tak bagi oo kita cabut bulu,"
"Hang belajaq mana? Tu bukan untuk pompuan ja ka?"
"Banyak tanya pulak aih! Pi la tanya uztaz bilik belakang tu!"
Izzat terdiam.
"Apa yang hang buat dengan kamera tu? Tengah video call Aina ka?"
"Mana ada la ngeng. Dah la. Hang tu, mengigau pa sampai kaki terangkat atas angin? Ka hang mimpi main bola?"
"Mana ada aku mengigau. Aku la manusia yang lena paling jinak atas muka bumi ni tau,"
"Taik hang. Ni aku ada rakam hang la pungkoq!"
"Babun la hang ni. Mana dia?"
Izzat segera menempel ke arah Mazlan, mahu melihat hasil rakaman milik Mazlan yang kononnya mengatakan dia mengigau.
Butang 'Home' ditekan. Mazlan pantas melarikan jarinya di atas skrin dan memilih aplikasi 'Video'. Pelbagai aksi yang dirakam kelihatan bergerak-gerak di ruangan galeri.
Mazlan skroll galerinya dan memainkan vidoe yang baru saja dirakam sebentar tadi.
"Eetttttt..... Skreeeetttt....."
Bunyi video tersebut bergema dalam ruangan bilik mereka. Izzat hanya mengerenyetkan matanya, tidak suka dengan sebarang bunyi berbentuk geseran yang nyata mengilukan telinganya.
"Wo-woi. Tu bukan aku la."
Mazlan hanya meneguk air liurnya yang terasa berat melepasi kerongkongnya. Ini bukan video yang dirakam sebentar tadi!
P/s : Najwa dalam proses mencari-cari rupa jejaka2 dalam novel ni yang fit dengan dunia sekarang. So far, baru jumpa individu yang sesuai utk watak Izzat dengan Azam. Yang lain? Masih mencari. Macam Identiti? Jemput komen ya gais.
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...