Bab 14

731 35 5
                                    

"Uffff!!!"

Najib terhenyak di satu dimensi asing. Sekelilingnya hanyalah pasir tandus. Tiada kelibat kaktus ataupun oasis berdekatannya. Tersesat di Gurun Saharakah dia?

Pasir yang melekat di pinggir bibir dikesat laju sebelum kakinya mengorak langkah. Entah kenapa, dia tidak pasti. Seakan ada satu kuasa yang menariknya menuju ke arah sebuah tempat yang Najib sendiri tidak tahu.

Ada apa di tanah tandus ini?

Sedang Najib masih lagi merantau mencari klu di mana dia tercampak, kedengaran satu sorakan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Teruja hendak berjumpa dengan hidupan selain dia, Najib laju berlari anak menuju ke arah punca bunyi.

Aneh.

Terasa jauh sudah dia berlari namun jarak di antara dia dan suara tersebut masih lagi tidak berubah. Najib seokah seekor hamster gemuk yang berlari di dalam sebuah roda. Lahu manapum dia bergerak, dia tidak mampu ke mana.

Najib mengeluh sebelum mengambil duduk di bawah sebatang pokok yang merimbun di tepi jalan. Najib mengesat pelih yang berjurai di dahinya sebelum berbaring santai, ingin menghilangkan penat yang mula bersarang pada diri.

Walaupun cuaca panas terik dan dia keletihan, tidak pula Najib berasa dahaga. Aneh.

Baru saja Najib mahu terlelap, tiba-tiba ada satu suara yang menyapanya.

"Apa yang kau buat di sini?"

Loghatnya kedengaran asing. Seperti suara orang Arab yang cuba berbahasa Melayu. Nada suara itu seperti tidak menyenangi kehadiran Najib di bawah pokok tersebut. Kaget dengan kemunculan yang secara tiba-tiba, Najib bingkas bangun dari baringnya.

"Err... Maaf kalau saya menganggu. Saya nak tumpang berteduh je di sini,"

Ujar Najib tergagap-gagap sambil cuba berlagak tenang. Wajah lelaki tua di hadapannya dipandang tepat menusuk anak mata.

Pandangan mereka bertentang. Najib berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu saja jika lelaki tersebut bertindak mengusirnya secara kasar.

"Bangsat. Kau tak sepatutnya ada di sini,"

Bunga-bunga bahasa untuk menghalau Najib mula kedengaran. Faham dengan maksud yang cuba disampaikan, Najib bingkas bangun untuk meninggalkan tempat tersebut.

Langkahnya terhenti apabila sebatang tongkat terpacak kukuh di hadapannya.

'Apa hal orang tua ni,'

Getus hati Najib. Kepalanya dipalingkan ke arah orang tua tadi.

Pap!

Pipinya pedih apabila satu tangan menamparnya keras. Ini sudah lebih!

"Woi! Apasal kau tampar aku, gila?"

Marah Najib yang mula hilang sabar. Ini tidak boleh dibiarkan. Pantang betul Najib apabila ada makhluk yang bermain dengan wajahnya. Ibu bapa dia pun tak tampar muka tau?

Orang tua tadi tenang berdiri di hadapan Najib yang diamuk rasa marah.

"Kau buta,"

Balas orang tua tadi ringkas. Senyumannya dilemparkan kepada Najib yang menyerupai singa lapar.

Tidak ada riak takut pun yang terpancar di wajah yang dimamah usia itu.

Baru saja Najib mahu membalas tamparan tadi, satu libasan kuat mengenai belakang tubuhnya.

"ADUH!!!"

Najib melaung keras sebelum tercampak ke arah batang pokok tempatnya beristirahat sebentar tadi.

"Apa... Apa yang kau buat, si tua?"

"Kau masih lagi buta Muhammad Najib."

Najib terketar-ketar menahan sakit yang mula menusuk seluruh tubuhnya. Kepala Najib mulai berdenyut hebat. Figura tua teraebut kelihatan berbalam-balam di hujung matanya.

"Ingat Muhammad Najib, balasan daripada Tuhan tetap akan menimpa kau dan rakan-rakan kau. Cepat atau lambat, itu semua urusan Tuhan,"

Tutur lelaki tua tersebut sebelum pandangan Najib kelam.

Apa yang telah Najib dan rakan lakukan?

P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now