Bab 25

823 30 8
                                    

"Mazlan Johari! Bangun! Nak lena sampai bila ni!!!!"

Kejut Izzat sambil menggoyang-goyangkan tubuh Mazlan.

Mazlan mengerutkan dahinya apabila diganggu oleh Izzat.

"Ishh. Kacau ah. Tepi, nak lena,"

Balas Mazlan sambil menolak Izzat ke tepi. Tubuhnya dimiringkan ke arah kanan sebelum dengkuran halus kedengaran semula.

Izzat hanya mampu menjulingkan matanya ke atas sambil mendengus geram.

Jika dibiarkan, nanti Mazlan yang akan menyalahkannya apabila terlewat ke kelas. Dasar kawan tak sedar diri.

"Bangun la bengong! Satgi hang yang bising aku tak kejuttttt,"

Izzat sengaja menekan suaranya sambil menolak - nolak tubuh Mazlan sekali lagi. Biarlah Mazlan tarik muka sekalipun, asalkan sahabatnya tidak terlewat untuk ke kelas hari ini.

"Adehhh. Diam la Jat. Aku nak tido,"

"Bangun la kerbau!"

Izzat menepuk kuat perut Mazlan.

"ADOIIIII!!!!"

Mazlan langsung terjaga apabila perutnya ditepuk oleh Izzat.

"Weh, kenapa ni?"

"Apa ko buat Ijat?"

"Eyy, korang menyundal ke apa Subuh-subuh ni?"

"Aiyooo, awat hingaq sangat ni?"

"Awat Lan?"

Semua ahli rumah mereka berkerumun di bilik Izzat dan Mazlan setelah mendengar jeritan nyaring Mazlan. Pelbagai spekulasi terluah dari lima mulut berlainan sebaik saja menjejakkan kaki di bilik tersebut.

Mazlan yang masih lagi mengerekotkan badannya sambil memegang abdomen. Izzat hanya menjongketkan keningnya sambil mengangkat bahunya.

"Entah, dia ni, mintak a hard fuck. Aku bagi ahhh,"

Balas Izzat bersahaja sambil bertinggung di sebelah Mazlan.

"Bangun ah, Lan. Kang aku kena fitnah rogol hang,"

"Diam ah, baruaaaa"

Balas Mazlan dengan suara yang tertahan-tahan.

"Kau dah kenapa bro?"

Soal Azam cemas apabila melihat Mazlan masih lagi mengerekot di atas tilam. Selalunya, Mazlan akan bangkit dan menampar kepala Izzat apabila Izzat buat lawak lucah di depan Adib.

Hairan.

"Pe-perut aku. Sakit gila!!!"

"Kau terkena buasir ke?"

"Bengong la, Jib"

Balas Mazlan lemah sambil cuba tersenyum.

"Selak la baju tu, mai kami semua tengok apa yang sakitnya,"

"Ishhhh. Insecure aku dengan kau, Khalid,"

Mazlan cuba berseloroh namun hanya disambut oleh riak kaku rakan serumahnya.

"Eyy, nak buat lawak pun tak boleh,"

Kata Mazlan apabila wajah rakan-rakannya macam Amran Fans.

Mazlan perlahan-lahan menyelak perutnya.

Mereka berenam terlopong memandang perut Mazlan.

"What the heck"

"Ini serius,"

"Mesti bantu dia"

"Ijat, apa hang buat,"

"Babi la. Bukan aku buat"

"Kau buat apa ni, Lan?"

Mazlan hairan melihat reaksi daripada rakan serumahnya. Apabila matanya melorot ke bawah untuk melihat kondisi perutnya. Mazlan hanya mampu meneguk air liurnya sambil membuntangkan matanya.

Pandangan mereka semua bersatu. Satu persoalan yang sama menerjah minda mereka pada saat itu.

Kenapa dengan six pack Mazlan?


P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now