Kereta diparkir berdekatan dengan sebuah vending machine yang terletak bersebelahan dengan wad kecemasan. Setelah kereta Wira aeroback telah dikunci, Najib, Izwan dan Azam bergegas menuju ke depan wad kecemasan. Lampu merah kelihatan menyala di atas plag yang tertampal di atas pintu masuk ICU.
Azam hanya berteleku duduk di atas kerusi yang disediakan di luar wad. Dia hanya mampu tersenyum lemah apabila mengenangkan rutin hidupnya pada minggu ini banyak dihabiskan di dalam persekitaran hospital sahaja. Baru beberapa hari Izzat terlantar di hospital dan kali ini, tiba pula giliran Khalid.
Apakah yang sedang berlaku sekarang?
Azam meruap mukanya penuh persoalan. Matanya meliar memerhati sekeliling hospital. Lazimya, hospital dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik pada waktu malam. Setakat ini, Azam masih lagi bersyukur kerana tidak dipertemukan dengan mana-mana makhluk dari alam lagi satu.
Tiba-tiba, secawan kopi panas disuakan di depan matanya. Azam mendongak dan melihat Mazlan tersenyum lemah sambil tangannya menghulurkan secawan kopi yang dibeli dari mesin air berdekatan.
"Thanks, Lan."
Ucap Azam sambil mencicip perlahan kopi masuk ke dalam mulutnya. Rasa kopi mulai menjajah tunas rasanya dan menghidupkan semula mata Azam yang hampir saja terpejam rapat sebentar tadi. Otaknya kembali berfungsi dengan cerdas penangan dos kafein yang mendominasi tubuh pada saat itu.
'Siapa yang cuba menganggu hidup kami semua sekarang? Apakah dendam kesumat yang tertanam dalam dirinya?'
Detik hati Mazlan apabila Khalid disahkan perlu menghadapi waktu kritikal selama 48 jam. Sama seperti apa yang menimpa diri Izzat tiga hari yang lalu.
Sedang Mazlan leka berfikir menganalisis kejadian yang menimpa mereka, ada sepasang mata yang memandang ke arah kumpulan mereka dengan dendam yang amat membara.
Dah tiba masanya untuk kau semua membayar balik atas dosa yang telah dilakukan dahulu!
Laung pemilik mata tersebut dengan lantang dalam hati.
Mazlan dapat merasakan aura negatif yang sangat kuat terhasil berdekatan dengannya. Pantas Mazan bangun dan memandang sekelilingnya. Matanya liar memerhati dan mencari sumber aura negatif sebentar tadi.
Suasana dirasakan tenang semula. Tiada lagi aura hitam tersebut berlegaran sekitar mereka. Semuanya terasa seperti normal. Mazlan mengerutkan dahinya dan duduk bersandar semula. Perlakuannya diperhatikan oleh Adib sambil terjongket keningnya memandang Mazlan.
Menyedari perlakuannya diperhatikan oleh Adib, Mazlan hanya menggelengkan kepalanya. Tanda tidak mahu mengulas lanjut perbuatannya sebentar tadi. Adib hanya mengangkat bahu, tanda tidak kisah apabila Mazlan enggan menceritakan sebab dia tiba-tiba saja berdiri dari duduknya.
'Perasaan aku ja kot,'
Bisik hati Mazlan, cuba mengusir jauh rasa kurang senang yang tiba-tiba saja bertandang dalam hatinya. Debaran di dadanya kembali bergetar hebat, saling tak tumpah seperti sebelum ini! Mazlan dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka, namun apa? Hidungnya digaru perlahan sambil otak mula ligat berfikir beberapa kemungkinan yang bakal menimpa rombongan mereka pada kali ini.
Apakah perasaan sial ini?
Dengus Mazlan sambil menyapu ke belakang rambutnya yang berminyak.
Ada pelbagai persoalan yang menjajah mindanya tatkala ini dan segalanya kelihatan tiada penghujungnya buat masa ini. Mazlan hanya mampu mengeluh mengenangkan percutian mereka yang sedikit tercemar dengan kejadian yang menimpa.
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...