Bab 45

649 25 11
                                    

"Lan, bangun Lan,"

"Huh?"

Mazlan terkulat-kulat bingkas bangun dari baringnya. Entah bila dia terlelap tidak pula diketahuinya. Kelihatan wajah Adib yang kelihatan bimbang. Kenapakah?

"Bangun la weh, Lan! Kau ni, tidur pulak,"

Bebel Azam sambil cuba membangkitkan Mazlan setelah cubaan dari Adib dirasakan terlalu lembut. Tubuh Mazlan digoyang dan digoncang hebat bagi memastikan kesedaran Mazlan kembali dengan pantas.

"Woi, woi! Dah ah! Aku dah bangun la ni!"

Marah Mazlan kerana diperlakukan sebegitu. Ingat dia teddy bear ke apa nak gomol macam tu?

"Ish la kau ni, nampak sangat bohong! Basuh muka la wey! Ijat kat dalam wad tu kau dah lupa ke apa?"

Bagai terkena sambaran elektrik, badan Mazlan automatik terkejang apabila nama Izzat disebut. Apa dah jadi dengan Izzat sepanjang Mazlan tertidur sebentar tadi?

"Kenapa dengan Ijat? Dia dah jaga?"

Soal Mazlan laju. Ada nada teruja terkandung dalam suaranya. Terselit sedikit harapan bagi melihat sekujur wajah Izzat yang tidak kaku dan hanya bergantung hidup pada mesin.

"Tadi dia macam gerak-gerak sikit. Tapi doktor kata tu benda biasa. Walaupun dia koma, aktiviti otak dia masih berjalan."

Terang Izwan yang berteleku di sebelah Azam.

Mazlan hanya terdiam sambil mengeluh.

'Lamanya kau nak tidur, Ijat. Bangunlah. Kata nak have fun kat Langkawi,'

Getus hati Mazlan. Sebuah senyuman pantas dikoyakkan ke arah rakan-rakannya sebelum Mazlan bangkit dan berjalan menuju ke arah tempat mengambil wuduk. Wajahnya dibasuh dan ditampar berulang kali demi mengembalikan kesegaran ke dalam dirinya.

"Jom pi jumpak Ijat!"

Ujar Mazlan sambil berpaling melihat rakan-rakannya.

Mereka semua hanya tersenyum seraya menganggukkan kepala.

A friend in need is a friend indeed.

***

"Kau sebenarnya siapa, budak?"

Terpacul kata-kata tersebut dari bibir Izzat apabila dilihatnya budak tersebut masih lagi sedia menanti diri Izzat. Soalan daripada Izzat hanya dibiar berlalu sepi oleh Najwa. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Biarlah. Lagi pula, Najwa tidak akan mampu untuk menemani Izzat kembali selepas ini. Dunia mereka sebenarnya berbeza. Najwa hanya mampu untuk trigger satu event demi mencari kekuatan baru untuk memperkuat jentera serangannya. Najwa tidak lagi boleh berlembut jika masa depan tanah airnya dipertaruhkan pada saat-saat seperti ini.

Apa yang Najwa mampu lakukan? Hanya tunggu dan lihat, siapakah di antara rakan bertujuh ini yang paling layak untuk dibawa kembali bersama. Chad dan Iskandar sudah semestinya menanti Najwa di dunia sana.

Tindakan yang diambil Najwa boleh dikatakan agak gila. Mati-mati Chad menghalangnya daripada datang ke sini kerana peluang untuk Najwa berjaya kurang daripada 40%.

Otak Najwa mengimbau kembali perbualannya dengan Chad beberapa hari yang lepas.

***

"Kau gila Najwa! Kau pun tahu benda macam ni hanya akan membuatkan kau mati!"

Chad mencekak kolar baju Najwa. Najwa yang sedikit rendah daripada Chad terangkat ke atas. Tangan Najwa memegang erat pergelangan tangan milik Chad. Cuba untuk tidak membiarkan Chad mencederakan Najwa secara tidak sengaja. Orang yang marah sama saja seperti orang yang kurang waras. Minda mereka tidak stabil dan tak akan sesekali mampu berfikir dengan tenang. Namapun marah.

IDENTITI:2Where stories live. Discover now