"Arghhhhh!!!"
Mazlan menjerit kuat tatkala dibaringkan di atas tilam miliknya. Lebam di perut terasa amat menyeksakan. Seolah ada yang menikam dan menarik pisau ke bawah pusatnya.
Azab pedih sakit itu hanya Tuhan yang tahu. Habis punah rancangannya dengan Izzat dan Khalid untuk berkenduri pada malam ini. Semuanya gara-gara lekukan di atas perutnya.
Anehnya, setelah dia ditemui Khalid dan Adib sebentar tadi, lekukan itu hilang dan berganti dengan lebam. Kegilaan apakah ini?
Mazlan sendiri bingung.
"Kau dah kenapa ni, Lan?"
Soal Izzat setelah rakan serumah yang lain keluar dari bilik mereka.
"Aku tak sure la Ijat. Perut aku ni, lain macam sakit dia,"
"Ko dah buat apa ni?"
"Mana aku tau, sial. Bangun-bangun je dah jadi macam ni. Melepas aku tau,"
Dengus Mazlan sambil memperbetulkan posisinya di atas tilam.
Tangannya diletakkan di atas dahi.
Pelbagai pemikiran mula menganggu mindanya. Bermula dengan mimpi dia dikejar yang berulang kali dilayarkan dalam lenanya.
Dan banyak kali juga dia bangun dengan rasa ngilu di bahagian muka, seolah dicakar hebat.
Cuma, mimpi malam tadi berbeza. Kehadiran Andika dan Julia membuatkan hatinya terusik sedikit. Roman wajah mereka mengingatkannya pada satu cerita lama.
Satu kisah di mana hanya dia dan rakan lain yang tahu.
Dan sebolehnya dia tidak mahu ada makhluk lain yang mengetahuinya. Dia tidak mahu hilang segalanya hanya kerana sebuah rahsia. Tidak sama sekali.
Mazlan hanya merautkan wajahnya sambil mengeluh kasar. Matanya dipejam erat, cuba melupakan segala kekusutan yang melanda diri.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...