"Weh, kau tengok ni,"
Tunjuk Najib kepada Adib.
Telefon berpindah tangan dan Adib melihat paparan yang ingin ditunjukkan oleh Najib.
"Dah kenapa ni? Apa tujuan kau tunjuk kat aku?"
Soal Adib bingung. Skrin telefon milik Najib menayangkan sebuah artikel yang menghentam seorang kanak-kanak yang ditemui mengandungkan anak luar nikah pada usia yang muda.
Apa motif Najib sebenarnya?
"Kau tengoklah budak ni. Kecik-kecik dah pandai buat anak. Bodoh betul. Tak fikir masa depan agaknya."
Ujar Najib selamba. Adib hanya mendiamkan diri, memberi peluang kepada Najib untuk menghuraikan hujahnya. Adib perlu mendengar dahulu apa yang Najib mahu perkatakan mengenai perkara ini. Pandangan setiap orang berbeza, sebab itulah manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang sangat unik.
"Tu la budak-budak zaman sekarang. Nak ketiak la, nak cium la. Tak guna akal langsung. Bulu kat badan pun tak tumbuh lagi tapi gatalnya, merenyam,"
Bebel Najib lagi.
"Ni mesti salah mak bapak dia ni. Biar anak meliar. Tak reti jaga anak lain kali, tak payah buat anak. Bongok! Yang budak ni pun satu, dah apahal gatal sangat nak merasa benda tu semua? Aduhhh."
Tambah Najib lagi sambil menggelengkan kepalanya. Mulutnya yang berceloteh panjang tidak menunjukkan sebarang tanda mahu berhenti mengomen berkenaan artikel tersebut dalam masa yang terdekat. Adib hanya mengeluh sambil mengembungkan pipinya. Kening Adib sedikit terangkat mendengar hujah dari pihak Najib.
'Sabar Adib, sabar. Dengar dulu apa yang Najib nak kata,'
Bisik Adib di dalam hati. Walaupun Adib sedikit sebanyak bersetuju dengan kata-kata Najib, namun, apakah wajar hanya menunding jari sedemikian? Setiap manusia buat salah, dan dari situ, manusia belajar untuk menjadi lebih baik. Tapi Najib ni...
"Eh, diam je Dib? Susah sangat ke untuk kau hadam apa aku cakap ni?"
Soal Najib apabila Adib hanya mendiamkan diri.
Adib hanya mengeluh kasar sebelum mengambil nafas panjang.
"Kau dah sudah ke cakap?"
Soal Adib ringkas. Anggukan daripada Najib merupakan signal kepada Adib untuk meneruskan kata-katanya.
"Macam ni, aku faham point kau. Budak ni bersalah sebab dia mengandung. Parents dia pun bersalah sebab biar je budak ni sosial sangat, betul?"
"Haa. Betul betul. Tambah lagi dengan pembacaan novel entah apa-apa tu, seks la, arak la. Tak melambangkan jati diri dan agama langsung. Rosak pemikiran budak-budak tau, humph! Sebab tu la aku tulis cerpen ringan-ringan je, tak la merosakkan pemikiran budak-budak, betul tak?"
Balas Najib sambil mencebikkan bibirnya. Padanya, jika ada bimbingan dari ibu bapa dan didikan agama yang cukup, sudah tentu perkara sebegini tidak akan berlaku. Tak ke?
"Kau ni, suka judge orang kan?"
"Pehal kau kata macam tu pulak? Apa kaitan aku dengan artikel budak ni?"
"Ye la. Kau kata budak tu liar, gatal merenyam nak buat seks sampai mengandung, kau pasti ke dia rela buat? Kalau dia kena rogol macam mana?"
"Ala, takdenya. Tu, baca. Dia ada pakwe umur dua kali ganda dia kot. Ni mesti gatal ni. Takdenya kena rogol bagai,"
"Macam mana kau tahu dia gatal? Kau kenal dia ke?"
"Aku tengok muka pun tahu la, Dib. Ni muka sememeh macam anak beruk, sapa nak? Hahahaha. Sebab tu la dia sanggup je nak bagi semua tu, sebab dia tak laku!"
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...