"Woi, Lan! Bangunlah! Satgi lambat nak pi lecture!"
Kedengaran suara rakan serumah Mazlan, Izwan berteriak dari luar bilik. Mazlan yang masih terpisat-pisat di atas katil bingkas bangun.
Ah! Persetankan mimpi tu semua. Mimpi hanya mainan tidur.
Mazlan terus berlari masuk ke dalam tandas. Pili shower dipulas laju sambil tangan kirinya memicit botol sabun Lifebuoy berwarna merah. Mazlan amat suka bau Lifebuoy merah ini, terasa segar dan harum lain macam katanya. Tangan kanan pula sibuk memberus gigi pada kadaran 10 saat bagi setiap sudut giginya.
Selesai saja mandi, Mazlan mengelap badan sambil menyepak bangun rakan sebiliknya, Izzat yang masih berlingkar malas dalam selubung selimutnya.
"Bangunlah, barua! Takkan hang nak ponteng lagi kot hari ni?"
"Babi! Aku takdak kelas sampai pukul dua la setan! Pi sana! Toksah jadi celaka sangat kacau aku tidoq!"
"Hang tak habaq. Mana aku tau"
Free kena sembur. Jilake punya kawan.
Mazlan menyarungkan kasut Converse high-cut hitamnya. Sambil mulutnya bersiul irama lagu Potret, dia menghidupkan enjin kereta merahnya.
"Woi, para penumpang! Cepatlah! Satgi takdak parking la babi! Dah la pagi ni kelas Dr Andra!"
"Sat! Sat! Nak ikat tie sat!"
"Eh, jap ah! Aku nak cari name tag jap!"
"Ah, tarak! Menumpang buat cara menumpang la wei! Lambat aku tinggal! Jalanlah pi dewan kuliah!"
Mazlan mendengus kasar. Bukan sekali dua mereka buat taik macam ni. Kalau bukan kerana kawan, dah lama Mazlan tekan minyak tinggal mereka. Biar mereka tahu langit tinggi ke rendah.
Sambil tangan mengetuk-ngetuk stereng kereta, matanya dilirikkan ke arah cermin pandang belakang. Rambutnya yang masih lagi basah disapu krim sambil keningnya terangkat-angkat. Kepalanya ditelengkan ke kiri dan ke kanan, ingin memastikan penampilannya sempurna di mata orang ramai.
Selesai saja dia melurutkan krim rambut, baru muncul Izwan dan Azam yang kalut masuk ke dalam kereta. Pintu kereta dihempas kuat membuatkan Mazlan bengang.
"Tutup elok-elok la woi! Ni bukan besi buruk!"
"Hah, sorry la. Benda kecil pun nak kecoh. Jom ah gi kelas"
Enggan melarutkan ketidakpuasan hatinya, Mazlan memecut laju menuju ke arah universiti yang terletak tujuh kilometer dari rumahnya. Sengaja Mazlan keluar awal sedikit dari rumah, tahu perangai rakan serumah lain yang tidak akan bersiap pada kadaran segera selagi Mazlan tidak mengugut untuk meninggalkan mereka.
...
"Wait, boys!"
Ah, ni yang mengundang carut! Bukannya mereka sengaja mahu datang lambat ke kelas! Dah tahu students ramai, apasal tak tambah parking dalam kampus? Jenuh Mazlan merampus dalam kereta tadi sebab tak jumpa tempat kosong nak park kereta.
Dah selamat dah kawan-kawannya makan maki Mazlan. Masing-masing dah cukup besar nak tahu fi'il Dr Andra yang pantang students datang lewat ke kelasnya. Celakanya hari ni!
"Yes, sir?"
Mimik muka cuba dimaniskan namun gagal. Kelat sahaja muka ya menahan amarah dalam hati. Entah Dr Andra perasan atau tidak perubahan di wajahnya.
"I've told you countless time already! You can only late for 15 minutes! It's almost 20 minutes already. You know what you have to face, right?"
"But, Dr! I only late for about 17 minutes! Two minutes only! Can you consider it, please?"
"Mazlan, your friends can come here early, why can't you do the same? Now you choose whether to get out from my class or just sit without any attendance you have to sign,"
Mazlan mengeluh. Bukan kehendaknya untuk datang lambat. Semuanya berpunca dari sikap rakannya yang lain. Benda sebegini membuatkan Mazlan bengang dengan ahli rumahnya.
Kereta yang dia miliki atas belas ihsan ayahnya untuk memudahkan urusan hariannya. Jika sampai tahap begini dia masih harus bersabar, maaflah! Mazlan mesti mencari jalan untuk datang awal ataupun lebih mudah dia berpindah rumah sahaja!
Kehadiran ke kelas lagi penting berbanding kawan-kawannya. Jika dia di'bar' untuk final exam, ada kawan yang boleh tolong?
Mazlan mendengus dan terus duduk di barisan bertentangan dengan Dr Andra. Biarlah dia tidak perlu tandatangan pun, ilmu yang bakal diajar mustahil akan diulang nanti. Mazlan juga yang bakal rugi!
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...