Bab 33

648 26 5
                                    

"Cepat la midsem, adoiiii"

Keluh Izzat setelah selesai dengan ujian subjek Reactor Technologynya. Soalan yang mencabar minda bagi mereka yang belajar semata-mata untuk exam sepertinya.

"Wey, tadi tu soalan bapak ah. Dr Andra ni memang tak sayang student la,"

Keluh Mazlan dari belakang.

Terdapat kesan palitan pen dakwat hitam di bibirnya.

"Kot susah pun, toksah la kiss pen tu. Mulut pompuan lagi sedap la,"

Kata Izzat sambil menepuk meja Mazlan.

"Bongok la kau. Mana ada kesan pen,"

Ujar Mazlan sambil kalut menyapu pinggir bibirnya.

"Nak aku bersihkan guna mulut aku?"

Usik Izzat sambil menjilat-jilat bibirnya. Matanya dibawa naik turun melihat raut wajah Mazlan yang kaget.

"Tak lawak la babi. Aku straight kot,"

"Aku bantai ja dua-dua. Mana yang sudi,"

"Nyah kau dari aku, makhluk jijik!"

Halau Mazlan.

Kerusi Izzat ditendang kuat sebelum Mazlan bingkas berdiri dan berjalan keluar. Malas nak melayan kerenah Izzat yang makin hari makin masuk air. Mampus orang bawa mulut kalau tak kenal mereka.

"Ala, lawak ja bro. Angin pulak,"

Kata Izzat sambil berdekah ketawa. Reaksi muka Mazlan yang macam ayam berak kapur tu amat mencuit hatinya.

"Dah dah la tu. Jom pi lab. Satgi lambat mampos."

Tepuk Khalid dari belakang. Izwan hanya berjalan sambil menunduk di belakang Khalid.

"Wan, cepat ah! Satgi lambat kita kena tolak markah woiii,"

Gesa Mazlan sambil memautkan lengannya di leher milik Izwan.

"Kau ni Lan. Kacau ah,"

Ujar Izwan sambil tersenyum.

"Ni la Wan yang aku kenal. Senang senyum. Bukan mengelamun manjang,"

Tutur Izzat.

Mereka semua hanya menghamburkan ketawa sambil berjalan.

"Izzat,"

Tiba-tiba satu suara halus mencelah kegembiraan mereka.

Kepala mereka berempat beralih ke belakang mencari empunya suara yang menyeru.

"Eh Timah. Kenapa?"

Laju Izzat meninggalkan rakan-rakannya dan menghampiri Fatimah.

"Dia mula dah..."

Kata Mazlan sambil buat muka meluat. Baru saja mereka hendak kembali mesra, namun semuanya terhenti gara-gara kehadiran seorang perempuan.

"Biasa la bro. Kalau kawan kau jenis layan perempuan daripada kawan apa boleh buat,"

Balas Khalid sinis sambil menepuk bahu Mazlan.

Izwan hanya mengeluh melihat perangai Izzat yang tidak langsung berubah semenjak mereka tingkatan 1.

"Bro, kami jalan dulu la. Kau jangan lambat pulak,"

Tutur Izwan apabila Izzat tiada tanda mahu berenggang daripada Fatimah. Apa punya kawan ni.

Izzat hanya mengangkat tangannya tanda suruh beredar tanpa memalingkan kepalanya.

"Layan la awek tu. Nanti susah suruh dia tolong eh,"

Sindir Mazlan sepanjang mereka berjalan menuju ke makmal. Bukan sekali dua Izzat meninggalkan mereka kerana seorang perempuan. Banyak kali dah.

Mazlan sudah tidak mampu untuk menasihati sikap Izzat tersebut. Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri. Buang masa dan tenaga saja nasihat pada yang tidak mahu menerima.

"Kau bukan tak paham perangai dia. Bear with it,"

Pujuk Izwan sambil meletakkan begnya di dalam almari besi di luar makmal. Topi putih disarung di kepala dan manual mesin dibawa bersama.

Mazlan melangkah berat dengan boot hitam keras miliknya lalu menarik sebuah kerusi dan duduk di hadapn mesin mereka.

Eksperimen pada hari ini terasa panas dan hambat secara total. Mungkin penangan keletihan tadi. Atau mungkin kerana Mazlan makan hati dengan perangai Izzat sebentar tadi.

Mungkin.

"Bro"

Mazlan menoleh pantas apabila bahunya ditepuk mesra dari belakang.

"Idris. Dah kenapa ni?"

Soal Mazlan pelik. Wajah Idris jelas terpancar riak gembira. Ada projek baru kah?

"Lah kau ni. Pehal masam? Countdown la bro. Lagi empat hari kot nak pi Langkawi,"

Sengih Idris masih lagi tak lekang fari mukanya.

Sedar tak sedar, sebulan telah berlalu sejak peristiwa pelik menimpa mereka semua.

Setelah Mazlan pulih dari sakit perutnya, langsung tiada sebarang gangguan yang berlaku. Semuanya normal sahaja.

Adib dengan agamanya.

Najib dengan muziknya.

Azam dengan studynya.

Izwan dengan sifat pemalunya.

Khalid masih lagi Khalid. Sukar menahan marah yang terkumpul di dadanya.

Izzat dan Fatimah dah selalu berjumpa. Ada ura-ura mengatakan mereka berdua sah bercouple namun tidak pula Izzat menceritakan apa-apa.

Mazlan pula...

Entah. Sejak dia bertemu Andika dan Julia, wajah Suzy sering saja muncul dalam benaknya. Padahal, dia yang tinggalkan Suzy dahulu.

'Suzy...'

Mazlan sekadar termenung tanpa mendengar sebutir pun bicara yang terluah dari mulut Idris.

"Wey!"

Kepala Mazlan ditepuk kuat dari belakang.

"Vavunnnn. Kan aku dah kata jangan main kepala!!!"

"Vavun tu apa?"

Soal Khalid sambil tersenyum. Khalid tahu ada sesuatu yang bersarang dalam benak Mazlan sekarang namun mereka mesti menyelesaikan lab mereka dahulu.

"Jom bro. Cepat buat cepat balik,"

Gesa Izwan sambil mengibar-ngibarkan lab manualnya.

Mazlan hanya tersenyum dan bingkas bangun.

Izzat mendekati mereka betul-betul 3 minit sebelum sesi lab bermula.

Mazlan, Khalid dan Izwan hanya berbalas pandangan. Malas mahu bertekak dengan Izzat atas kelewatannya.

"Budak-budak ni marah aku ke?"

Soal Izzat sendirian sambil menyelesaikan eksperimen mereka.

Idris hanya memerhatikan ketegangan mereka dari jauh.

"Susah budak-budak ni,"

Keluh Idris sambil memperbetulkan letak topinya. Ada benda yang dia mesti selesaikan selepas lab itu berakhir.

P/S : Jemput baca Identiti by Buku Fixi gais. Komen apa yang kurang both untuk Cermin dan Identiti =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now