"Weh, aku rasa kan, benda tu dah tak boleh simpan la,"
Ucap Mazlan sambil berbaring di atas tilamnya. Izzat hanya menjongketkan keningnya sambil berpusing ke arah Mazlan.
"Kau pehal doh?"
Balas Izzat sambil mengerutkan wajahnya. Sudahlah dengan perangai baran Khalid dia kena hadap sebentar tadi. Izwan pun tak membantu. Dah apa hal dengan Mazlan?
"Aku rasa kan, ada orang yang bocorkan rahsia kita berempat la,"
Kata Mazlan sambil mengherotkan bibirnya. Mata Mazlan berputar menilik dinding putih biliknya yang mula menunjukkan kesan retakan.
"Haih... Tak habis-habis lagi kau kan."
Balas Izzat sambil mempamerkan riak wajah yang bosan.
Ya, dia dah bosan kena hidup dalam bayang-bayang dosa silam mereka.
Bukan, itu bukannya salah mereka. Orang kelima yang mengetahui rahsia mereka yang mula memecah belahkan keamanan mereka pada saat ini.
Mazlan tidak tahu, ada orang kelima yang sudah tahu mengenai perkara itu.
Cumanya, Izzat sendiri pun tak pasti, siapa dalam kalangan mereka berempat yang memberitahu orang kelima? Yang pasti, bukan dia dan Mazlan.
Dada Izzat berdebar hanya memikirkan mengenai segala hal tersebut.
Momo.
Mereka.
Ada kisah yang Mazlan tidak tahu.
Tapi, ada sebab Mazlan tidak boleh tahu.
"Kau... Ada simpan apa-apa ke dari aku?"
Tiba-tiba Mazlan mengutarakan soalan yang paling cuba untuk dielakkan oleh Izzat.
Rengkungnya terasa kasar dan kesat. Izzat menarik nafas panjang sebelum mengoyakkan senyuman ke arah Mazlan.
"Kau ni, ke situ pulak. Kau tu, ada apa-apa nak bagi tau aku ke?"
Reverse psychology.
Nice played Izzat.
"Aku pasti ada orang lain yang tahu. Kau tahu, aku ada mimpi pasal budak kecik tu,"
Kata Mazlan bersungguh tanpa mengetahui roman wajah Izzat yang berubah dengan sangat ketara.
Mazlan pada ketika itu leka melayari fragmen memori dalam mindanya. Mengenai saat dia ditarik, saat tangan itu menyentuh lembut. Semuanya seakan samar sekarang.
'Ah, sudah. Apa yang Mazlan sudah tahu sekarang?'
Detik hati Izzat dengan cemas.
'Control Izzat, kau jangan tunjuk sangat pasal benda tu.'
Monolog Izzat sebelum pantas menukar topik.
"Eh, apa cerita trip ke Langkawi ni? Tiket flight dah tempah belum?"
"A'ah la. Nasib baik kau ingatkan. Aku fikir la kan, baik kita amek yang promotion ni, jimat fulus beb,"
Balas Mazlan bersungguh sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang tertera laman web Air Asia.
"Fuuu, Rm10 per flight? Ni gila jimat bro,"
Balas Izzat sambil tersengih. Nak bercuti pun kena jaga poket jugak. Kalau tak, tengok je segala coklat yang ada depan mata nanti.
"Kan. So, jadi la kita amek yang ni,"
"Eh, dah konfem ke sapa yang gi ni? Nanti tempah nak kena isi details,"
"Ha'ah la. Adey. Ni masalah Lan. Tanya la Idris, sapa lagi nak gi selain kita lapan orang,"
"Ughhh. Sapa je nak gi. Malas ah ramai-ramai,"
Balas Mazlan sambil mencebikkan bibirnya.
Selang sesaat kemudia, dia tersenyum simpul sambil mengurut-urut dagunya.
"Bro, aku ada cadangan baik punya. Nak dengar?"
Tanya Mazlan sambil tersengih.
Izzat hanya memandang kosong ke arah Mazlan.
'Dah mai dah cadangan luar alam dia tu,'
Getus hati Izzat.
Namun, demi menjaga keharmonian persahabatan mereka, Izzat hanya menangkat kepalanya tanda mahu tahu kepada Mazlan.
"Apa kata kita ajak geng Fatimah ikut sekali? 8 lelaki 8 perempuan kot,"
Kata Mazlan sambil tersenyum oenu makna.
"Sial la kau ni. Sempat kan nak fikir benda tu. Tadi kata semak ramai-ramai,"
Perli Izzat kepada Mazlan. Namun, ada baiknya cadangan Mazlan tersebut. Untung-untung bolehlah Izzat merasa keanjalan Fatimah lagi. Bijak-bijak.
"Ek ena. Kata aku. Kau tu, sengih lain dah aki tengok, ada la tu pikir bukan-bukan,"
Tempelak Mazlan sambil membaling bantalnya ke arah Izzat. Ketawa mereka berdua terburai apabila masing-masing memahami maksud yang cuba disampaikan.
"Nice bro. Aku tanya Timah jap lagi. Dia tak tolak kot lepas puas kena lenjan dengan aku,"
Kata Izzat sambil menjilat-jilat bibirnya. Mazlan hanya tersenyum walaupun ada benda lain yang sedang menganggu fikirannya.
"Suzy..."
Tutur Mazlan perlahan. Pelipis matanya diurut perlahan. Celoteh dari Izzat hanya kedengaran di hujung telinga saja. Ada perkara lain yang perlu dia uruskan sebaik saja dia sampai di Langkawi nanti.
"Suzy, tunggu I balik,"
Gumam Mazlan sambil matanya mula bertakung air mata.
P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)
YOU ARE READING
IDENTITI:2
Mystery / ThrillerIdentiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. ...