Bab 23

1.5K 25 6
                                    

"Serius Rm99 je trip ni?"

Soal Izzat sambil membuntangkan matanya. Mesej Whatsapp yang diterima daripada Mazlan dibaca berulang kali. Sambil itu, tangannya ditepuk-tepuk pada paha Mazlan, mahukan reaksi daripada sahabatnya itu.

"Aduh, kau nak cakap, takyah ah tangan tu jalan sekali. Sepak kang,"

Balas Mazlan sambil mengalihkan duduknya menjauhi Izzat. Bukan sekali dia ditampar-tampar apabila Izzat teruja. Banyak kali dah.

Berbuih mulut Mazlan menegur Izzat tapi tu lah, susah nak buang tabiat lama budak bertuah ni.

Mazlan hanya mengeluh kasar sambil mengalih tempat duduknya. Susah betul bila dapat kawan tak makan saman ni. Sial.

"Eh, dah ah. Aku nak tido. Layan ko, apapun tara."

Mazlan menarik selimutnya dan terus berselubung. Matanya ditutup dengan penutup mata bercorak harimau bintang. Mazlan tidak boleh lena jika ada walau segaris cahaya yang berada di dalam lingkung pengelihatannya.

***

"Urff,"

Mazlan mengerutkan dahinya apabila sejalur cahaya terang menembusi penutup matanya.

"Setan punya Ijat. Bukak lampu lak pagi-pagi buta ni,"

Rungut Mazlan sambil bingkas bangun dan ingin menutup lampu semula. Anehnya, suis lampu yang berada di sebelah kanannya sewaktu tidur telah hilang.

Mazlan hanya menggapai udara di hadapannya.

"Eh?"

Mazlan membuntangkan matanya apabila mendapati dia terdampar di atas hamparan pasir berdekatan pantai. Situasi yang sama seperti dia bermimpi pada siang tadi.

Mazlan menoleh mencari sebarang kehidupan yang mungkin muncul dan menggugat ketenteramannya. Tiada.

Pantai tersebut sunyi dan sesekali hanya terdengar hempasan ombak.

"Mazlan?"

Huh?

Mazlan berpaling mencari suara yang menyeru namanya. Matanya terpana melihat sesusuk tubuh wanita yang paling indah pernah ditatapnya. Kulit yang putih mulus umpama susu kambing, bulu mata yang melentik dan mata yang amat mendamaikan Mazlan. Siapakah wanita ini?

"Awak Mazlan kan?"

Soal wanita itu sambil memegang lengan Mazlan.

Mazlan terpempan apabila kulitnya bersentuhan dengan wanita tersebut. Suaranya yang gemersik begitu memukau pendengaran Mazlan.

"Mazlan?"

Suara itu kembali menggoncang kesedaran Mazlan yang mula melayang.

"Jom, ikut saya."

Mungkin wanita itu bosan apabila Mazlan hanya berdiri kaku umpama patung batu, dia mengheret Mazlan berjalan ke satu perkampungan asing.

Laksana zaman Melayu lama. Masih ramai orang yang memakai tanjak dan berseluar sahaja. Yang perempuan pula jarang sekali terlihat berada di tempat awam.

"Julia! Gerangan siapa yang kau bawa ini?"

Tiba-tiba, seorang pemuda datang dan menegur Julia. Pandangan matanya tajam menikam Mazlan yang berpakaian asing. Sorotan matanya menjeling pula apabila melihat tangan Julia berpaut pada lengan Mazlan.

"Kau! Walau dari mana pun kau datang, adat sesuatu tempat harus dihormati! Kami di sini tidak membenarkan lelaki dan perempuan bersentuhan secara sebarangan!"

Fuh! Berdesing telinga Mazlan apabila ditegur sedemikian rupa oleh lelaki tersebut.

"Eh, sedara! Elok sikit! Dia yang tarik saya datang sini, okay? Bukannya saya yang mula dulu,"

Balas Mazlan yang mula kurang menyenangi dengan sikap yang ditonjolkan oleh lelaki terbabit.

"Kurang ajar kau!"

Sebuah tumbukan melayang ke arah Mazlan.



P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now