"Kau tau.. hari tu aku pergi satu kedai ni tau... lepastu..." kata-kata Seulgi terhenti apabila mendapati restoran itu sudah pun dikerumuni orang ramai. Riuh rendah jadinya. Kei dan Seulgi tergamam.
Malah, Jimin juga turut tergamam. Ha! Ini Jimin namanya. Orangnya pendek sedikit, kacak? Hmm.. boleh la.. orang kaya. Serupa macam Seulgi situasinya. Namun, bezanya bukan disebabkan aku. Tetapi, disebabkan Stress yang melampau. Dia kacak, putih. Muka serius aje. Tak pernah senyum. Ada la. Tapi, sekali-sekala dengan orang yang dia dah biasa aje. Macam aku dan Seulgi! Dia pun boleh la terkenal dekat sini. Selalu dirapati yeoja cantik. Tapi, malangnya tiada perasaan. Poyo aje lebih.
"Oh..." Seulgi bersuara
"My..." Kei pula menyambung.
"Restaurant..." dan.. Jimin pula yang mengambil alih ayat terakhir.
"Waeyo Jimin-ah?" Tanya Seulgi, memandang Jimin. Kei juga turut memandangnya.
Dengan muka yang penuh tanda tanya. Jimin hanya menaikkan bahu seketika. Tanda tidak tahu.
Kei dan Seulgi merengus. "Kenapa ramai ni ye?"
"Jom la tanya boss" cadang Seulgi. Kei memandang Seulgi. "Jom!"
"Kau nak ikut tak Jimin?" Pertanyaan Seulgi menyentakkan Jimin dari terpegun.
"Ha?! Pergi mana?"
"Tanya bos" balas Kei.
"tak nak la. Korang pergi la"
"Ok" serentak mereka menjawab lalu, pergi merempuh khalayak ramai yang berhimpun di dalam restoran ini.
"Uish.. susah.... nyaa" susah Seulgi ingin menggeluarkan ayat.
Oksigen juga hampir-hampir sahaja hilang.
"Argh! Mian... tumpang" kata Seulgi. Tangannya menggenggam pergelangan Kei. Kei hanya menturuti. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu. Diari yang tadinya dipegang kuat oleh Kei. Kini, terjatuh ke atas lantai. Dia tidak perasan akan ketiadaan buku itu.
Setelah dia berada jauh. Buku itupun dipijak semua.
Dan.. akhirnya mereka pun sampai di hadapan bos mereka yang tidak henti-henti menenangkan keadaan.
Belum pun Seulgi membuka suara. Bosnya membuka ayat terlebih dahulu.
"Ha! Bagus kamu dua dah datang. Tolong saya tenangkan keadaan ini. Sampailah ada lelaki datang ya. Dengan bodyguard dia. Tolong ya!" Cemas aje nada suara Bos mereka. Seperti tiada pilihan. "Tap.. tapi bos..."
"Tolong ya" pintanya. Tanpa menunggu jawapan mereka, bos mereka laju meninggalkan keadaan yang riuh itu. Walaupun, muka mereka sudah terpancar wajah keliru dan cemas. Namun, tetap juga mereka turuti amanah yang baru dilepaskan oleh bos mereka.
Tangan Kei dan Seulgi dilapangkan lalu, disambungkan dua-ii.
"Yah! Jangan la tolak-tolak! Aku tumbuk karang!" Ganas Seulgi berkata pada seorang yeoja yang tidak sengaja menolaknya.
"Apahal nak marah aku pula?! Aku tertolak kan! Pabo!" Balas gadis itu pula. Kei tahu keadaan akan menjadi lebih sukar dikawal jika Seulgi bergaduh. Lalu, Kei pun menghalang mereka dari bertengkar.
"Erk! Mianhae-mianhae cik. Kawan saya dia tak suka ditolak, tak apa-ii kami faham. Maafkan kawan saya atas kekasaran dia.." ujar Kei lembut.
Kei memandang tajam pada Seulgi menyuruhnya meminta maaf. Pada mulanya Seulgi berbuat-ii seperti tidak tahu akan maksudnya. Tetapi, akibat lengannya menjadi mangsa cubitan Kei. Terpaksa jugalah dia akur tanpa kerelaan diri dari hati.
YOU ARE READING
confusing love... [SLOW UPDATE]
FanfictionConfusing Love mengisahkan tentang... jeng-jeng... kim ji yeon dari lovelyz dan Sungyeol infinite yang dikahwinkan secara ZUPPP macam magic. dalam perkahwinan itu, mereka banyak berubah.. tapi, takkan lahkan.. umur baru 18 / 19 dah kahwin. Tu daebak...