-Chapter 38-

26 3 1
                                    

Semasa Kei di dalam tandas itu. Kei tidak perasan akan kehadiran seorang yeoja.

"So, happy la dah ada orang suka?" Kata yeoja itu. Terkejut Kei dibuatnya. Kei memandang ke kanan.

Yeoja yang berpakaian dress setengah kaki. Yang agak ketat sehingga menampakkan tubuhnya yang langsing itu memandangnya dengan pandangan menyampah.

Apa masalah yeoja senget ni? Tetiba datang 'so, happy la dah ada orang suka' aku sensdiri pun tengah fobia! Ada ciri-ciri orang suka ke kalau pergi tandas?

"Awak ni... siapa?" Tanya Kei lembut. Tak mahulah dia nak cari gaduh dengan yeoja tidak dikenali. Lagi-lagi gelanggang pergaduhan mereka di dalam tandas? Tak ada kelas.

Yeoja itu kelihatan mencalitkan lipstik merah pekatnya dibibir nipis miliknya.

Wow! Merahnya. Ermm.. ada ciri-ciri penjahat dalam drama. Okok.. faham..

"Ada kau kisah ke kalau aku ni siapa?" Tanya yeoja itu sinis.

Mata Kei bulat. Yah.. ingat aku kisah ke nak tau kau siapa? Ok tak pe dah kalau orang tak sudi nak bagitahu. Jangan dipaksa.

"Erm.. tak pun.. tak pe lah saya tak kenal cik. Dan cik pun tak kenal saya so.."

"Yah! Cik?! Ingat aku ni yeoja macam kau?! Nama aku Hyoseong!"

Tak nak pula panggil cik. Habis nak aku panggil apa? Nenek? Nyonya? Moyang? Puan?? Eee.. ngancam nya nama.

"Ouh.. Hyoseong" kata Kei malas melayan. Muka penjahat jangan dilayan. Kata eomma orang tak kenal jangan layan.

So, ada ciri-ciri aku nak layan ke?

"Kau tau tak.. Sungyeol tu dah berpunya?" Dahi Kei berkerut.

Soalan apakah itu? Adakah soalan berjenis KBAT atau yang sewaktu dengannya? Ofkos la aku tau! Dah aku pasangannya!

"Kau nak pasangan dia tumbuk kau?"

ok. Kei rasa macam nak tergelak melihat KEPANDAIAN yeoja didepan dia.

Tahukah yeoja itu bahawa PASANGAN yang dimaksudkannya ada dihadapan dia sendiri?! Pernahke dia tengok Bini orang lain menumbuk diri sendiri kerana curang? Rasanya belum lagi...

"Erk... Hyoseong, Awak tahu ke pasangan dia sapa?" Sekadar nak tahu tiada masalah kan?

"Dont ever call me as Hyoseong! Aku bukan kenalan kau dan kawan kau! Dan lagi satu.. mestilah aku tau! Kau ingat aku bodoh macam kau?!"

Lagi bulat mata Kei! Apakah ada lagi manusia sebengong wanita dihadapannya ini? Jawapannya adalah ya. Dan manusia itu berada dihadapannya kini. 1 dalam sejuta. Lai lai lai...

Kau yang kenalkan diri kau sebagai Hyoseong. Dah aku panggil dengan nama kau. Kau marah aku! Habis nak aku panggil kau apa? Unnie? Nenek?!

Mahu saja Kei menumbuk muka cantik yeoja ni. Kalau lah dia boleh bertukar jadi hulk memandang dah lama rasanya dia bertukar! Dalam tandas pun boleh pening. Aduhh dunia dunia.. bikin pusing!

Kei menghela nafas. Cuba disabar dengan sikap yeoja dihadapannya. Dah kalau kenal. Kenapa masih berkata begitu cik nenek oii??

"Ok.. kalau awak tak puas hati dengan saya.. cuba awak cakap straight to the point." Katanya dalam nada lembut.

Hyoseong mencebik.

"Aku nak kau jauh dari Sungyeol. Aku tau kau cuba nak jatuhkan Sungyeol supaya kau dapat rampas dia dari pasangan dia kan?!" jerit Hyoseong.

Kei makin pelik. Tak masalahnya sekarang ni. Kau dah tersilap orang ke cik? Kau cakap apa ni? Aku lah pasangan dia. ke... Sungyeol ada kahwin lain...? Kei menelan liur kelat. Betulke?

"Awak tahu ke saya yang selalu rapat dengan Sungyeol? Awak ada nampak setiap hari saya dengan Sungyeol ke? ke... awak sebenarnya yang nak Sungyeol tu?"

Hyoseong tergamam. Sebenarnya dia sendiri tak kenal dengan Kei. Ini pun dia buat sebab ikut perancangan seseorang.

Apa betul ke apa yang aku cakap dari tadi? Entah! Aku sendiri tak faham apa yang aku kata.

Seingat Hyoseong. Lelaki yang menyuruhnya kata.

Amaran Kei suruh jauh dari Sungyeol. Lepaskan Sungyeol. Jadi, dia ikut je apa yang lelaki itu suruh.

Tapi, dia tak tau pula apa hubungan Kei dengan Sungyeol. Asal dapat duit.

"Kau jangan nak menuduh aku! Aku tau kau sebenarnya yang teringinkan Sungyeol sebab Sungyeol ada harta.. anak orang kaya. Semua tu kan?! Tak sangka perempuan berwajah malaikat macam kau ada hati sebusuk syaitan. Baik kau jauh jelah dari Sungyeol tu! Kalau kau tak nak pasangan dia bunuh kau."

Sekali lagi Kei mengerutkan dahinya. Tetapi kini lebih berlapis dari tadi. Tetapi, mendengar saja ayat Hyoseong membuatkan Kei berang!

"Apa masalah awak sebenarnya ni?! Kalau awak nak dia! Awak ambik jelah dia! Tak payahlah nak babitkan saya! Ok kalau awak dah kata macam tu. Orang yang mempunyai hati syaitan ni nak kata. Ambik lah Sungyeol tu! Saya pun tak teringin dengan Sungyeol! Nak sangat. Ambik lah!" Terus Kei berlalu dari situ. Semakin dia disitu semakin panas hati dia.

Baru je beberapa minit dia datang ke majlis awards ini untuk menemankan Sungyeol tiba-tiba dia terasa mahu pergi meninggalkan majlis ini tanpa pengetahuan Sungyeol.

Dalam sedang keadaannya yang sedang panas ini tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Dia hampir jatuh.

Tetapi sempat disambut oleh lelaki itu. Tangan lelaki itu memeluk erat keliling pinggang Kei.

Kei terkejut apabila melihat geragan itu.

Lama mereka berkelakuan begitu. Macam drama! Dah habis part jahat. Datang pula part romantik. Apa ada sumpahan ke dalam awards ni?! Semuanya kena berdrama!

Kalau dia yang dapat hadiah tu tak apalah juga. Memang dia sanggup berlakon sepanjang dia duduk dalam awrads tu! Tapi, hasilnya tak ada juga.

Teringat Kei sewaktu pertama kali dia mengenali namja itu. Ketika itu mereka berkelakuan begitu juga tetapi bezanya ketika itu mereka di sekolah.

Kei baru tersedar akan keadaan mereka lantas Kei berdehem. Menyuruh namja itu melepaskannya.

"Ouh.. ermm mian.." Kei berdiri. Dia tersenyum. "Erk.. mian juga.. apa Suga buat dekat sini?" Tanya Kei lembut.

Suga tersengih. "Suga temankan kawan Suga. Dia dijemput ke awards ni"

Kei mengerutkan dahi. Fahamlah Suga apa maksud kerutan itu. Lalu dia tergelak kecil.

comelnya.. hmm.. Kei...

"Jhope, V dengan Jungkook."

"Ouh.. ok.." Kei terasa janggal.

"Kei nak pergi mana?" Tanya Suga sekadar nak tau je. Ok.

"Nak balik dah..." Kei jawab acuh tak acuh je.

Suga bukan tidak nampak Kei berkucupan bersama Sungyeol. Bukan di tempat yang tersembunyi malah TERBUKA! membuatkan cemburunya meluap!

"Kenapa nak balik? Majlis belum mula lagi" Kei menghela nafas berat.

"Malaslah" selepas itu dia terus pergi meninggalkan Suga yang terpinga-pinga.

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ

Hai gais! Selamt hari raya n maaf zahir batin dri author. Huhu sorry la bosan. Pada sesapa yg setia mnggu thanks. Luv korg guys! (Emoji love)

confusing love... [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now