-Chapter 5-

70 13 5
                                    

"Jadi isteri cover aku" dengan suara yang disengajakan slow. Membuatkan Kei kurang dengar. "Ha?!" Terbeliak matanya.

Aku dengar sesuatu yang pelik tadi. Apa dia?!

Sungyeol mengeluh "jadi wife cover aku" ulang Sungyeol kali ini nadanya agak kuat sedikit.

Kei terkaku. Aku dekat mana sekarang ni? Siapa aku?

"Wi..wife cover.. a..awak?" Tergagap-gagap Kei bertanya. Sungyeol mengeluh perempuan ni faham tidak dengan ayat aku?

"Eh ani... jadi wife cover beruk"perli Sungyeol kasar. Sebelum mengeluh.

Kei tergelak. "Hahahaha!! Awak suruh kita jadi wife cover beruk. Awak tak sedar yang beruk tu diri awak sendiri! Hahaha!! Ok stop.." Sungyeol hampir terkejut akan kelakuan Kei sebentar tadi. Biar betul yeoja ni. Gelak tak ingat dunia nampak. Hei! Japp! Dia kata aku beruk?!!!

"Kita nak tanya awak." Selangkah Kei mendekati Sungyeol bersama muka yang disengajakan series. Jari telunjuk tepat pada muka Sungyeol. Sungyeol kebingungan. Kaki Sungyeol selangkah mengundur.

" Macam mana awak tahu nama kita?" Selangkah lagi Kei mendekati Sungyeol. Dan selangkah juga Sungyeol mengundur dengan muka yang blur "yah.. mwo..mwoya?"

" Macam mana awak tahu umur kita?" Selangkah lagi Kei mendekati Sungyeol serentak juga Sungyeol mengundur. Hilang terus wajah coolnya apabila diperlaku Kei sebegitu. Hati tidak sedap.

"Dan...." akhirnya Sungyeol terduduk di satu kerusi yang terletak di taman itu. "Yah..yah.." Sungyeol menjadi cuak apabila melihat Kei semakin mendekatinya.. peluh mula merenek pada dahi Sungyeol apabila melihat Kei seperti dirasuk sesuatu.

"macam mana..." semakin dekat dengan Sungyeol.. " awak boleh kenal family kita?" Akhirnya, Kei berhenti dari melangkah di depan Sungyeol.. Sungyeol agak sedikit lega. Sehingga dia tidak perasan yang mulutnya melepaskan satu keluhan lega.

" Cakap!" Kei membongkok dan... wajah mereka hanya seinci. Jari telunjuk Kei tepat pada hidung Sungyeol. Terkejut Sungyeol dibuatnya. debaran yang sudah kembali normal sebentar tadi menjadi gila sekali lagi.

"Yah! Mwo..mwoya?" Mata mereka bersatu. Kei masih tidak berganjak. "Jawab soalan kita dulu.." bisik Kei seraya mencucuk-ii hidung Sungyeol bersama jari tekunjuknya.

"Sa..saya..." ah! Waeyo dengan aku?! Apahal kuat sangat degupan jantung ni?!!

Mata Sungyeol menjadi tidak keruan untuk memandang anak mata milik Kei. Ah! Kena lawan.

"A..aku.. yah!!! Mwoya?!!" Tanpa dia sedari akibat ingin melawan degupan jantung itu. Automatik tangan Sungyeol menolak tubuh kecil Kei. Membuatkan Kei terjatuh ke tanah.

"Aigoo~~" Kei mengeran kesakitan. Sungyeol terkejut akan tindakannya. Namun, tetap juga dia berlagak cool di depan Kei.

Sungyeol terduduk di hadapan Kei yang separuh berdiri itu sambil tersenyum. "Heh.. kau nak sangat aku jawab soalan kau kan?" Kei menjelingnya.

Walaupun bontotnya sakit dan tapak tangannya seperti terluka akibat geseran. Tetap juga ditahannya. Sungyeol tersenyum sinis. "Nama kau.. kau ingat lagi buku diari kau yang kau cari di restoran itu? Kau ingat? ada nama kau dekat buku itu. Fikir biar logik sikit" sempat Sungyeol memerlinya dengan wajah yang seperti tiada perasaan simpati atau bersalah atas perbuatannya terhadap Kei itu tadi.

Kei hanya menjadi pendengar.

"Umur? Sah! Sah! La aku tanya dekat adik kau. Yi Jeung.." Sungyeol memandang tepat pada anak mata Kei. Dia dapat merasakan satu kesedihan yang jelas terpacar di dalam situ. Tetapi, dibiarkan sahaja dengan mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Sungyeol berdiri membelakangi Kei yang terduduk. Kei hanya memerhati.

"Aku kenal keluarga kau.. sebab.. your oppa" ayat terakhir Sungyeol membuatkan Kei tersentak. Oppa? Macam mana?

"Macam mana... macam mana..." Kei ingin menanyakan soalan itu. Namun, peliknya soalan itu seperti sudah terlekat di kerongkongnya. Air matanya sahaja yang mengalir jatuh membasahi pipi mugil itu.

Oppa...

Sungyeol menjadi tidak enak. Dia berasa bersalah. Tanpa teragak-ii Sungyeol menghulurkan tangannya pada Kei menyuruh Kei menyambutnya. Namun, Kei tetap dengan perasaannya.

Sedih Sungyeol melihat permata yang berguguran jatuh dari mata Kei. Lalu, dengan perlahan tanpa Kei sedar. Satu tangan mengelap lembut air mata itu. Kei tersentak. Matanya memandang mata Sungyeol.

"Boleh kau..?"

"Kita cover awak..." perlahan Kei membuka ayat itu. Bagaikan tidak percaya. Sungyeol terjerit kecil. "Ha?"

"Tapi, dengan janji.. awak tolong kita" bertambah laa blur Sungyeol jadinya.

' Sejauh mana kita berlari,
Pasti akan ada nasib yang menimpa kita.. '

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ

confusing love... [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now