Sudah sehari suntuk Sunyeol dan Kris bermalam di restoran itu. Perhatian, restoran itu bukan untuk makan saja tau. Tempat tidur pun ada.. kira macam hotel juga la. Tapi, tidak sangat.
Sungyeol menghembuskan nafas yang berat. Kaki dilunjur ke hadapan naik ke atas meja di hadapan sofa mewah mereka.
Fikirannya tidak henti-henti mengingati tentang kejadian tengah hari tadi. Tangan disilang ke dada. Bibir dimuncungkan.
Pelik la, yeoja tu... yeoja tu macam aku kenal. Pelik juga, kenapa jantung aku mengada-ii nak berdebaq? Bukan kau dah berjanji ke tak nak berdebaq untuk yeoja lagi?! Cukup la dengan Iu kau dilukakan. Takkan kau tak serik?!
"Huh!" Sungyeol menutup matanya. Kepalanya disandar ke belakang. Walaupun sofa itu ketinggiannya paras bawah bahunya sahaja.
Tiba-ii Kris datang menumbuk kecil perut Sungyeol. Terkehadapan Sungyeol dibuatnya. Automatik juga matanya terbuka luas serta kakinya terturun dari meja. Dia menggusut perutnya. Matanya memandang tajam Kris.
Kris tergelak kecil. Cawan yang dipegangnya diletakkan di atas meja.
"Heh.. kau apahal termenung? Ingat Iu" perli Kris bersama sengihan. Terdengar nama Iu disebut Kris. Sungyeol mencebik.
"Kau jangan sebut nama yeoja tu la. Tak pasal-ii gigi kau aku sepak sampai jonggang karang" ugut Sungyeol. Kris memandang Sungyeol tidak series.
"Ouh yeah? Wooo~ takut bro." Kata Kris lalu tergelak kecil.
Semakin lebat bulu mata Sungyeol memandang sengihan Kris.
Eish! Namja ni, kalau nak gigi jonggang beria-ria minta. Dah kena nanti baru terhegeh-hegeh nak cari doktor. Jangan sampai aku ronggakkan terus gigi tu. Ha. Masa tu baru nak. 'Ek,aouk,aek,ouk' merana la kau makan pakai gusi.
Kecil-besar-kecil-besar aje mata Sungyeol memandang 'kebahagiaan' Kris dalam mentertawakannya.
"Seronok gelakkan kembar sendiri. Macam aku buat lawak" sindirnya.
Kris menjelingnya sekilas. Lalu, mencapai cawan yang dibawanya tadi terus ke dalam mulut.
"Sudah la. Aku tahu kau fikir pasal yeoja tadi ann? Tak payah nak tutup la. Tengok dari bulu lobang hidung kau pun tahu." Kris menudingkan jarinya tepat ke dalam lubang hidung Sungyeol. Sungyeol membuat muka jijik.
"Mwoya?! Main kasar nampak"
"Aku tak main kasar, tapi main Kasaq" dengan itu, Kris pun tergelak berdekah-ii di situ. Macam lawaknya tahap kbat.
"Lawak sangat la tuh. Ada kembar gila memang pening kepala. Dah la aku blah. Bye" ujar Sungyeol. Disebabkan ingin pergi meninggalkan Kris fikirannya teringat akan perbuatan Kris. Perlahan-ii dia bangun dan menumbuk perut Kris seraya pergi melarikan diri daripada Kris.
Tersedak Kris dibuatnya. Manakala, Sungyeol tergelak mengejek Kris.
"Padan muka" bisiknya.
[::ⓢⓚⓘⓟ::]
"Annyeonghasaeyo! Jeung-ah! Appa! Kei dah balik!" Jerit Kei lalu terus meletakkan makanan yang diambil di restoran itu. Makanan lebih.
Pelik. Kenapa sunyi? Biasanya bila Kei balik Jeung dan Appanya yang paling riuh. Tanya pasal makanan la, barang la, duit la. Macam-ii, sampai susah Kei ingin menjawab.
Perlahan-ii Kei menjeguk setiap ruang di rumah kecil itu. "Appa?" Bilik juga turut dicarinya. "Jeung-ah.." Kei keliru dan cemas.
Apa ni? Dia orang pergi mana? Kenapa tak ada? Aigoo... appa... Jeung mana ni??
YOU ARE READING
confusing love... [SLOW UPDATE]
FanfictionConfusing Love mengisahkan tentang... jeng-jeng... kim ji yeon dari lovelyz dan Sungyeol infinite yang dikahwinkan secara ZUPPP macam magic. dalam perkahwinan itu, mereka banyak berubah.. tapi, takkan lahkan.. umur baru 18 / 19 dah kahwin. Tu daebak...