-Chapter 39-

45 3 1
                                    

Mr. Lee melihat dokumen-dokumen yang terletak cantik di sebelah kiri mejanya. Mata memandang dokumen itu tetapi otaknya entah kenapa teringatkan Sungyeol.

"Arghh!!" Dia mencampakkan dokumen yang baru dibukanya. Dipegang kepala yang berdenyut.

Sejak Iu sudah berkahwin dengan Hongbin dan tidak memperdulikan lagi Sungyeol. Dia jadi tidak keruan. Entah kenapa dia begitu.

Mungkin impiannya sudah hancur? Dan mungkin juga dia rasa sedih kerana keluarga Iu tidak mahu lagi bersemuka dengannya.

Tiba-tiba otaknya teringat Kei. Ya Kei! Yeoja itulah yang mengubah segala-galanya! Yeoja itulah yang memusnahkan kehidupannya juga anaknya! Yeoja itulah yang mematikan hubungan rapat antara keluarganya dan juga Iu! Ya! Dia mesti bunuh yeoja itu dan mengahwinkan Sungyeol dengan Iu!

Niatnya tekad! Bermadu dengan Hongbin pun dia tidak kisah. Asalkan keluarganya kembali rapat bersama keluarga Iu!

Tangan digenggam. Senyuman sinis terbentuk di wajah tua milik Mr. Lee.

"Tunggu la kau Kei..." bisiknya.

♧♧♧♧Skip♧♧♧♧

"Jeung!"

"Unnie!!!!" Pantas Jeung memeluk tubuh kecil Kei. Begitu juga Kei.

Erat sekali pelukan itu! Bukan apa. Sejak unnienya itu berkahwin kaki Kei bukannya selalu pijak lantai rumahnya sendiri! Nak kata ada kala jengking mengepit kaki unnienya jika masuk ke rumah sendiri tidak adalah pula.

Gedik! Itu adalah ayat yang sesuai untuk Kei bagi Jeung.

Setelah lama mereka dalam keadaan berpelukan. Jeung melepaskan pelukan itu. Dipandang unnienya. Lama.

Dia dapat rasa sesuatu melalu mata itu. Cinta? Tidak. Sedih? Jeung diam.

"Unnie ok?" Tanya Jeung bersimpati. Kut-kut anak kucing sebelah rumah mereka cakar kaki Kei ke. Tu yang terhegeh-hegeh datang rumah mereka. Sebab nak minta ubat. Buat action je orang bersedih dekat sini.

"Wae? Jeung nampak unnie tak ok ke?" Tanya Kei kembali. Jeung mencebik. "Bukan nampak. Tapi Macam! Gwenchanayo?"

Jeung menolak rambut depan Kei yang menutupi mata kanan Kei ke celah-celah telinga kanannya.

"Gwenchanayo! Apalah Jeung ni. Dah-dah kita berborak cerita lain ok. Unnie rindu sangat ni dekat Jeung! Mana appa?" Teringat Kei pada appanya.

Biasanya appanya bising bila dia balik. Tetapi kini, sunyi semacam je.

Jeung memandang ke arah dalam bilik kedua rumah kecil itu. "Sleeping beuty"

Kei tergelak. "Pandai la Jeung punya sleeping beauty!" Kei memukul lengan Jeung. Jeung menjerit kesakitan.

"Unnie!! Perangai tak ubah-ubah!" Muncung itik Jeung mula kelihatan. Buat rindu Kei bertambah kuat! Dicubit pipi Jeung yang tembam.

"Alololoo.. kesian adik Kei ni. Ok.. mian ok.." dipeluk Jeung. "Tak nak! Gi la sana!" Jeung menolak Kei. Tetapi makin ditolak makin kuat pelukan Kei.

Buatkan Jeung lemas. "Unniee!! Okok Jeung maafkan!"

Kei tergelak lagi. Bahagianya rasa jika kita masih bersama. kata Kei dalam hati.

♧♧♧Skip♧♧♧

ⓑⓔⓡⓢⓐⓜⓑⓤⓝⓖ

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

confusing love... [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now