BAB 1

28.5K 630 5
                                    

"Hah, yang kau ni bila nak kahwin? Umur dah 30 belum lagi kahwin-kahwin." Kata Datin Hamidah. Menyindir. Bukan dia tidak tahu anaknya ini belum mempunyai calon. Namun jika dia hanya berdiam diri, sampai bila-bila pun tidak merasa la dia punya cucu. Dia mengeluh.

"Ish mama ni, tak habis-habis pasal kahwin" Rungut anak sulungnya, Errie.

Kini giliran Datuk Irsyad pula bersuara. "Betul kata mama kamu tu Rie, bila lagi kamu nak kahwin kalau bukan sekarang? Umur dah tua dah."

Errie mengeluh. "Bukan tak nak kahwin ma, abah tapi..." terhenti seketika percakapannya. Malu untuk meneruskan ayatnya yang terhenti itu.

"Tapi?" Serentak Datin Hamidah dan Datuk Irsyad bertanya.

"Takda calon.." kata Errie sambil tersenyum macam kerang busuk.

"La.. Errie.. Errie.. kamu ni takkan takda langsung?" Tanya mamanya separuh geram. Dia memgeluh melihat gelengan anaknya yang tersenyum-senyum itu. Haish umur dah 30 tapi gaya macam budak-budak. Getus hatinya.

"Ah kalau macam tu kamu kahwin je dengan dengan staf perempuan kat tempat kerja kamu tu. Kan ramai tu. Pilih je."

Errie menelan liur. Biar betul abah ni? Gila apa. Bukan kedua orang tuanya tidak tahu yang dia memang tidak pernah mempunyai teman wanita. Bahkan bergaul dengan wanita pun jarang. Itupun urusan kerja. Kalau harapkan dia nak beramah mesra dengan perempuan.. puih jangan haraplah.

Datin Hamidah hanya menggeleng-geleng kepala. Tertanya-tanya juga dia mengapa anaknya yang satu ini tidak pernah berminat untuk bergaul dengan wanita. Takkan anak aku ni gay? Minta dijauhkan! Cepat-cepat Datin Hamidah menggeleng. Tidak mahu memikirkan tentang itu lagi. Tapi kalau difikirkan balik, betul juga. Si Errie ni kawan dia semuanya lelaki. Cepat-cepat dia bersuara.

"Mama nak kamu kahwin juga! Tak kira siapa asalkan perempuan.!" Kata Datin Hamidah tegas.

"Astagfirullah.. kamu ingat anak kita ni apa? Memang la nak kahwin perempuan tak kan nak kahwin lelaki kut." Laju Datuk Irsyad menjawab. Terkejut juga dia dengan kata-kata isterinya.

"Uish Nauzubillah! Mama ni agak-agak la. Mama ingat Errie ni gay ke?" Tergeleng-geleng Errie. Geli pula dia kena cakap macam tu. Terkejut juga dia.

"Dah tu kahwin!"

Errie mengeluh kasar. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Teringat dia dengan kata-kata mamanya.

Mama ingat aku ni gay ke apa? Adakah patut kena cakap macam tu?

Dia tersedar dari lamunannya tatkala mendengar suara azan berkumandang. Segera dia mengambil wudhu dan menunaikan solat. Setelah itu dia bersiap-siap untuk keluar. Makin lama dia di rumah ini makin kusut fikirannya.

Errie hanya berpakaian simple. Hanya mengenakan T-shirt hitam dan seluar track suit. Namun cukup menunjukkan ke'handsome'man dan ke'macho'an lelaki itu. Perghh.. dengan rambutnnya yang sedikit pendek itu dipacakkan beserta lesung pipitnya yang dalam.... perfect!

Tapi tulah.. handsome,comel,macho tapi sorang wanita pun takda! Bikin malu saja.

Belum sempat Errie membolos masuk ke dalam kereta, ibunya yang kebetulan berada di taman mininya pantas bertanya setelah melihat Errie ingin keluar.

"Hah nak kemana tu?"

"Cari bini." Kata Errie. Malas melayan mamanya itu.

"Menyindir nampak" kata ibunya perlahan apabila melihat kereta anaknya sudah keluar dari perkarangan rumah. Dia menyambung kerjanya semula.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now