"Eh, kenapa ikut jalan ni?"
"Kenapa? Inikan jalan pergi rumah kita." Jawab Errie selamba. Pedulilah syafa nak jerit-jerit minta pulang pergi rumah dia. Tak kisah! Sekarang ni syafa kena tinggal semula di rumah mereka.
"Tak nak! Hantar aku balik." Syafa merengus geram.
"Aik.. Nak hantar balik la ni." Jawab Errie sambil mata fokus menghadap jalan raya.
"Aku nak balik rumah aku. Bukan rumah kau. Hisy!" Syafa menjeling Errie tajam. Nak buat lawak ke apa mamat ni? Pijak karang..
"Awak ingat tak pertanyaan mama tadi? Dia nak cucu..." Kata Errie sambil tersengih nakal.
Woo woo.. nak cari gaduh ke mamat ni? Habis meremang bulu mendengar kata-kata Errie tu. Sebab tu ke Errie bawa syafa balik rumah? Syafa menggeleng-geleng. No.. no..
"Kau jangan nak menggatal, eh."
"What? Salah ke? Halal kut."
Woah.. ni lagi la macam nak terjun dari kereta sekarang juga. Muka Errie punyalah main selamba cakap macam serius pula nak buat.
"Kau cubalah kalau kau berani. Kau nampak tak kaki aku ni?" Syafa mengugut Errie.
"Kaki kau? Aku tak pernah nampak lagi."
Ayat Errie macam nak makan kaki. Merah pipi syafa mendengar ayat yang keluar dari mulut Errie. Jahanam punya laki. Faham sangat dengan maksud Errie tu. Menusuk kalbu jo!
Errie menahan senyum. Dia berlagak cool ketika memandu. Jangan tunjuk kalut sangat. Biar syafa aje yang ketakutan. Kaki syafa? Ingat tak pernah nampak ke.. putih gila. Sabar wahai hati, sabar....
Mereka sudah tiba di perkarangan rumah. Ini yang menakutkan ni. Syafa telan liur. Errie pula sudah keluar dari perut kereta manakala syafa masih berada di dalam kereta. Adoi.. kalau boleh nak je syafa tidur dalam kereta.
"Apa tunggu lagi. Jomlah." Laung Errie dari dalam kereta.
Apa tunggu lagi. Jomlah.
Haih.. seram sejuk syafa dengar ayat tu. Perlahan-lahan Syafa keluar dari perut kereta.
Ketika Errie pergi ke dapur, laju syafa memanjat anak tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Fuh~ Selamat..
Syafa menghempas tubuh di katil. Baru beberapa hari tidak tidur di katil ini, rasa macam bertahun pula. Bilik Errie di sebelah, so, selamat la dia di sini. Walaupun kadang-kadang syafa takut mahu tidur berseorangan sehingga sanggup tidur di sofa di bilik Errie. Tapi sekarang ni, syafa lagi takut dengan orang sebelah.
Tok! Tok! Tok!
"Syafa.." Panggil Errie dari luar.
Terkejut syafa dibuatnya. Aduh.. Mamat ni tak habis-habis. Rasa marah pada Errie bertukar rasa menyampah pulak.
"Apa?" Jerit syafa dari dalam. Tak nak la buka pintu nanti berlaku benda yang tak diinginkan. Huhu
"Buka la dulu." Laung Errie dari luar. Haih..
"Cakap je la."
"Buka dulu baru saya cakap."
Syafa merengus. Terpaksa la dia membuka pintu untuk Errie. Gerun tu gerun juga la tapi muka cool tu mesti ada.
"Nak apa?" Tanya syafa ketika membuka pintu. Suara sengaja dikasarkan. Haih.. Mana hilangnya rasa marah pada Errie ni? Aduhai.. Semuanya menjadi pelbagai rasa. Menyampah ada, takut ada. Geli pun ada.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...