"Cerita kat aku apa dah jadi sebenarnya ni?" Adam bertanya serius.
"Tak ada apa-apa." Kata syafa sambil menguis-kuis nasi dipiringnya.
"Tak ada apa-apa? Habis yang aku nampak laki kau kat restoran tadi tu apa?" Adam meletakkan sudu dan memandang syafa. Dia inginkan kepastian. Syafa hanya menunduk dan berdiam diri. Malas mahu mengulas lebih lanjut. Tahu sangat dengan sikap Adam tu. Adam mengeluh apabila syafa masih juga tidak bersuara.
"Kan aku dah cakap kalau kau ada masalah cakap dengan aku. Kenapa Errie dengan perempuan lain tadi?" Tanya Adam pula. Tadi dia melihat ada seorang perempuan seksi nak mampus duduk dengan Errie. Mata yang memandang pun 'seksa' tengok cara pemakaian Dayana.
Syafa menjongket bahu. Kemudian, dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Setelah itu dia menguis-kuis lagi nasi di piring.
"Syafa, kalau kau tak cerita macam mana aku nak tahu masalah kau."
"Kalau aku cerita nanti masalah akan jadi lebih besar. Lebih baik aku diam. Dah la, malas nak cakap pasal ni. Yang berlalu tu biarlah berlalu." Kata syafa seraya berdiri. "Kenyang." Kata syafa lalu berjalan meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga.
Main jalan je si syafa ni. Setelah membuat pembayaran, Adam berjalan laju mengejar syafa.
"Syafa."
"Adam, past is past okay. Aku tak suka nak cerita benda yang tak penting macam ni."
"Tak penting kau kata bila tengok suami dengan perempuan lain." Adam semakin hairan sikap syafa. Adam menarik syafa ke tempat duduk yang kebetulan disediakan di situ.
"Aku tak kisah pun. Bukannya aku suka dia pun" Kata Syafa malas. Tak tahulah kata-kata itu lahir dari hati ataupun sekadar merawat hati yang luka.
"Kau cerita kat aku. Aku dengar." Kini Adam berkata lembut. Syafa mengeluh lagi. Kalau dia cerita pasti Adam mengamuk besar. Lagi satu, syafa sengaja tidak mahu menceritakan kepada Adam, takut nanti Adam akan rasa bersalah. Tapi disebabkan Adam mendesak, terpaksalah juga dia memberitahu hal sebenarnya.
"Errie dah tahu." Syafa memulakan cerita. Dia menunduk sambil bermain bermain dengan jarinya.
"Tahu apa?" Adam masih belum dapat menangkap maksud kata-kata Syafa. Syafa menggigit bibir bawah. Haih... air mata ni buat masalah lagi. Syafa memandang Adam dengan mata yang berkaca-kaca. Tidak mampu Syafa meneruskan penceritaannya. Sungguh hina dan jijik untuk diceritakan.
Adam tercengang melihat syafa yang ingin menangis. Sudah lama dia tidak melihat syafa menangis. Semakin Adam melihat mata syafa yang berkaca-kaca menahan tangis, semakin dia memahami maksud kata-kata syafa.
Seketika kemudian mata Adam membulat.
"Kau biar betul, Syafa?" Adam terkesima. Rahsia yang dijaga bertahun-tahun boleh terbongkar. Angkara siapa?
"Macam mana....."
"Sherry." Jawab syafa pendek. Air mata sudah pun jatuh ke pipi.
*********************
Imbas kembali....
"Lepaslah!" Syafa berusaha menolak lelaki tersebut. Namun, hampa.
Kelihatan lelaki tersebut sedang membuka tali pinggangnya. Syafa sudah tidak terdaya lagi untuk menolak. Cuma mulutnya sahaja tidak henti-henti meminta tolong. Kini, dia hanya mampu berdoa sahaja.
"Tolonglah jangan buat macam ni." Air mata sudah berjuraian jatuh ke pipi.
Lelaki tersebut berhenti membuka tali pinggangnya. Dia memandang syafa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...