BAB 28

8.7K 298 5
                                    

Errie dan Syafa selamat tiba di Malaysia tepat jam 4 petang. Mereka terus sahaja pulang ke rumah tanpa singgah di mana-mana.

Errie memakir kereta di luar pagar. Syafa hairan.

"Kenapa parking kat sini?" Tanya syafa hairan.

"Kau masuk dulu. Aku nak pergi office kejap."

Hampir syafa ternganga. Gila betul la Errie ni. Tak penat ke? Namun syafa hanya menunjukkan riak tenang. Dia menjongket bahu seraya membuka pintu kereta.

"Ok bai!" Kata syafa setelah mengambil barang-barangnya lalu mengatur langkah kearah pagar. Errie pula sudah memecut laju ke destinasinya.

Syafa hairan. Macam mana pula pagar ni boleh terbuka? Syafa melihat pagar rumah mereka terbuka sedikit. Seingatnya mereka tidak mempunyai pengawal keselamatan mahupun orang gaji. Cuma dia dan Errie sahaja yang ada kunci pagar. Tapi Errie jarang guna kunci sebab dia selalunya guna alat entah apa syafa malas nak ambil tahu.

Syafa menapak masuk ke dalam rumah. Syafa agak terkejut melihat kelibat seseorang di taman mini. Dia seorang perempuan. Syafa mengecilkan mata ingin melihat wajah perempuan tersebut. Syafa menuju ke taman mini.

"Ehem." Syafa berdehem. Perempuan itu memandangnya.
Aik macam kenal je. Otak syafa ligat berfikir.

Pap!

Belum sempat syafa membuka mulut, perempuan tersebut terlebih dahulu menampar pipi syafa. Syafa memegang pipinya kanannya. Nak cari nahas ke perempuan ni? Syafa cuba menahan marah.

"Apa kau buat ni?" Syafa mengawal suaranya namun matanya merenung tajam perempuan di hadapannya sambil otak berusaha mencerna wajah perempuan ini.

Bagaikan ada mentol kat tepi kepala, syafa sudah ingat. Dayana! Perempuan tak cukup kain yang pernah datang kat rumah Datin Hamidah. Mengamuk tak tentu pasal. Sekarang datang pula rumah syafa tiba-tiba pula tampar-tampar. Nak kena sepak ke apa dia ni?

"Kau memang perempuan licik kan? Lepas aku datang rumah hari tu, kau kata kau mengandung. Tapi sebenarnya tak! Lepas tu kau sengaja bawa Errie honeymoon supaya kau dan Errie betul-betul dapat zuriat kan?! Perempuan licik!" Dayana memekik seperti orang gila saja gayanya. Dia marah apabila syafa merampas Errie darinya. Dari kecil dia kenal Errie sehingga la sekarang, dia berusaha menggoda Errie dengan pelbagai cara, namun hampa. Tiba-tiba muncul syafa entah dari mana telah merosakkan segalanya.

"Apa kau merepek ni? Dah la menceroboh lepas tu mengamuk macam orang gila. Kau tak malu ke?"

"Aku tak kisah semua tu!" Syafa menutup telinga. Boleh pekak dengar hari-hari Dayana memekik. Macam orang gila je.

Memang Dayana dah gila. Dia gila bila tahu Errie dah jadi milik orang lain. Dia tak sanggup dan dia akan pastikan Errie menjadi milik dia dengan cara apa sekali pun. Dia sudah tidak kisah. Kalau dulu dia sangat berhati-hati untuk memiliki hati Errie namun sekarang dia tak kisah. Dia akan buat apa saja. Ya! Apa saja!

"Straight to the point. Kau nak apa sebenarnya? Kau cakap je tak payah nak teriak-teriak macam histeria." Syafa masih beriak selamba. Padahal dalam hati dah sumpah seranah perempuan gila depan dia ni.

"Aku nak kau bercerai dengan Errie." Kata Dayana. Suaranya agak tegas. Dia betul-betul serius.
Tiba-tiba hati syafa jadi panas. Rasa macam nak terbakar. Sabar syafa.. sabar...

"Kalau dah tertulis Errie tu bukan jodoh kau, terima je la." Suara syafa sudah naik satu oktaf.

Dayana tersenyum sinis. "Kalau korang tak bercerai. Tak apa. Aku akan cuba sedaya upaya untuk jadi madu kau. Aku akan pastikan Errie jadi milik aku."

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now