BAB 43

9.8K 297 6
                                    

Nak raya dah. Yeay! Syafa dan Errie tiba di kampung halaman Errie. Datin Hamidah dan Datuk Irsyad sudah seminggu berada di situ. Manakala Syafa dan Errie baru sahaja tiba kerana kerja Errie yang berlambak-lambak tu.
Ikut betul pun Errie bercadang pulang kampung minggu hadapan sahaja. Tapi oleh sebab mama mahu Errie balik seminggu lebih awal, terpaksa diturutkan sahaja.

"Cantiknya kampung kau." Kata syafa semasa mereka dalam perjalanan ke rumah nenek Errie, Nenek piah. Syafa ralit memandang sawah padi yang terbentang luas. Jarang dapat menikmati pemandangan begini. Mungkin dalam 20 tahun lagi, generasi akan datang tidak dapat merasakan betapa indahnya suasana kampung yang menghijau itu.

"Mesti seronok dapat tinggal kat sini." Sambung syafa lagi dengan perasaan teruja. Matanya tidak bosan memandang pemandangan indah di kampung tersebut.

"Dah la tu. Nanti saya bawa awak jalan-jalan keliling kampung ni." Kata Errie. Haih.. si syafa ni, sibuk nak tengok kat luar, aku yang kat sebelah tak pula dia nak layan.

Kereta Errie sudah masuk di perkarangan rumah Nek Piah. Kelihatan kanak-kanak yang bermain di situ berhenti bermain dan berlari ke arah Datin Hamidah dan seorang perempuan dalam lingkungan 60-an.

"Yang sebelah mama tu siapa?" Tanya syafa kepada Errie sambil memandang Datin Hamidah dan perempuan itu yang sedang duduk di pondok kecil di hadapan rumah.

"Nek Piah." Jawab Errie ringkas. Syafa mengangguk. Oh.. itu rupanya nenek Errie.

"Pak cik Adan!" Teriak kanak-kanak tersebut sambil berlari laju ke tempat Errie.

Pak cik Adan?

Errie memeluk ketiga-tiga budak tersebut. Sejuk mata syafa memandang. Nampak penyanyang. Macam manalah kalau dah ada anak sendiri. Eh, ke situ pulak.

"Dah besar dah." Kata Errie sambil mengusap kepala mereka satu persatu.

"Abang Errie!" Kedengaran suara perempuan memanggil Errie. Syafa dan Errie serentak menoleh ke arah suara tersebut.

"Abang Errie, lamanya tak jumpa."

"Eh, Ayu. Besar panjang dah." Kata Errie. Ayu tersenyum manis. Rindunya dengan abang sepupu tersayang dia ni.

"Rindunya dengan Abang. Lama tak pulang kampung." Kata Ayu dengan nada sedikit merajuk. Errie ketawa kecil.

"Bukan sengaja. Busy." Kata Errie. Ayu memandang syafa yang sedari tadi berdiri di sebelah Errie. Siapa ni?

Melihat pandangan Ayu seperti minta penjelasan, Errie cepat-cepat bersuara.

"Ini Syafa. Isteri abang." Ayu sedikit terperanjat. Terlupa pula abang sepupu kesayangan dia ni dah kahwin. Tiba-tiba hati terasa hiba.

"Hai. Pandai abang pilih isteri. Cantik." Puji ayu. Dia ikhlas memuji syafa. Syafa sangat cantik pada pandangannya. Terserlah keayuan syafa. Ayulah sangat. Cuma Errie sahaja yang memahami. Hahaha

Syafa kembang sekejap apabila dipuji begitu. Cantik ke? Huhu

"Kalau tak cantik abang tak kahwin." Seloroh Errie sambil ketawa kecil. Begitu juga dengan ayu.

Amboi, nak yang cantik je ke? Syafa mencebik. Mereka bersama-sama berjalan menuju ke tempat Datin Hamidah dan Nek Piah.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawab Datin Hamidah dan Nek piah serentak. Syafa dan Errie bersalaman dengan mereka berdua.

"Ini ke syafa?" Tanya Nek Piah. Sejuk je hati tengok wajah syafa.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now