Syafa sedang duduk termenung di Taman mini di halaman rumah. Entah kenapa dari tadi jantungnya berdegup kencang seperti ada yang tidak kena. Tangannya juga berpeluh. Keadaan yang menghairankan. Adakah kesan orang berpuasa? Entahlah. Syafa berfikir-fikir.
Terjongket sedikit bahu syafa mendengar enjin kereta Errie yang agak kuat. Kereta Errie meluncur laju dan kedengaran brek kereta ditekan secara mengejut.
Apahal pula si Errie ni? Syafa melihat jam dipergelangan tangan. Baru pukul 11:10. Awal pula Errie pulang hari ini.
Syafa berdiri melihat Errie yang keluar dari badan kereta. Syafa mengerutkan dahi ketika melihat wajah Errie yang masam mencuka. Errie berjalan menuju ke arah syafa dengan laju. Dia mengenggam tangannya. Amarah cuba ditahan. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak. Errie semakin mendekat.
Syafa telan liur melihat wajah Errie yang menakutkan itu. Anak mata Errie tajam menikam anak mata syafa. Syafa yang melihat pun gerun.
Sampai sahaja di hadapan syafa, Errie memandang syafa dengan pandangan yang penuh dengan amarah dan kebencian. Dia mengenggam tangannya kuat.
"Err.. ada apa ni?" Tanya syafa takut-takut. Pertama kali melihat Errie dalam keadaan begitu.
"Aku nak kau jawab dengan jujur." Errie berkata dengan serius. Syafa mengerutkan dahi. Kurang faham dengan kata-kata Errie.
"Kau ni kenapa serius semacam je. Kau ada masalah ke?" Syafa yang masih belum faham apa-apa terus bertanya.
"Kau tu yang bermasalah!" Syafa terperanjat dengan suara Errie yang kuat itu. Tidak pernah Errie meninggikan suaranya sebegitu sebelum ini. Errie menarik nafas panjang apabila keterlanjuran dia meninggikan suara kepada syafa. Dia cuba untuk menahan perasaan apatah lagi sekarang ini bulan Ramadan. Sebaiknya dia tidak mahu terlalu ikutkan perasaan. Tapi sukar untuk dia menerima berita daripada Dayana mengenai syafa.
"Kau ni kenapa? Datang-datang je nak marah-marah." Kini syafa juga turut beremosi dengan Errie. Sakit hatinya apabila Errie meninggikan suara kepadanya.
"Mana duit RM10 000 yang aku bagi kau dulu?" Tanya Errie terus. Dia tidak mahu tunggu lama-lama. Dia mahukan kepastian.
Syafa terkejut dengan pertanyaan Errie. Syafa mahu bersuara tapi tiada yang satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Melihat reaksi syafa, tahulah Errie perkara yang sebenarnya.
Syafa menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. Dia yakin sekarang adalah waktu yang sesuai since Errie sudah mula bertanya tentang duit tersebut.
"Aku... aku guna untuk biaya kos pembedahan Adam." Kata syafa agak takut. Takut melihat wajah Errie yang berubah garang. Kelihatan rahang Errie bergerak-gerak.
Syafa tersentak apabila Errie menendang pasu bunga dihadapannya sehingga pecah.
"Kau dah gila ke?" Syafa tidak dapat menahan marah apabila Errie bertindak di luar kawalan. Kalau nak marah sangat pun tak payah la tendang-tendang.
"Kau tu yang dah gila!" Jerit Errie. Dia tidak dapat lagi menahan amarahnya.
"Kau tak tahu kenapa aku buat macam tu!"
"Apa yang aku tak tahu hah! Apa lagi yang kau rahsiakan dari aku?!"
Nafas syafa turun naik. Begitu juga dengan Errie. Pandangan syafa pada Errie terus berubah. Dia sudah tidak kenal siapa Errie. Dimana suara Errie yang mencairkan tu? Mana senyuman Errie yang menggoyahkan hatinya? Mana pandangan Errie yang menggoda tu? Semuanya hilang serta merta kala ini.
"Syafa tu dah kotor. Perempuan jijik." Dayana muncul entah dari mana tiba-tiba sahaja menuturkan kata-kata yang buat syafa nak meletup.
"Betul ke?" Tanya Errie tiba-tiba. Suaranya semakin mengendur. Mungkin sedang mengawal perasaannya yang membara tadi.
"Betul apa?!" Syafa pula yang semakin membara mendengar soalan Errie. Apa maksudnya tanya soalan macam tu?
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...