Syafa menghempas tubuh ke atas katil kesayangannya. Teringat kejadian kelmarin. Dia tersenyum sendiri. Bukannya happy sebab dapat kahwin dengan Errie tapi happy sebab akhirnya dia dapat juga wang untuk membiayai kos pembedahan Errie bulan depan.
"Akhirnyaaaa~~~" Syafa berasa lega. Tiada lagi rasa bebanan yang harus dipikul. Tiada lagi masalah yang perlu difikirkan. Fikirannya tenang.
"Alah, setakat kahwin je apalah sangat. Bukan selama-lamanya pun duduk dengan dia. Paling-paling gaduh sikit terus cerai." Syafa bermonolog. Syafa tidak berasa kahwin itu perkara serius. Ingat kalau laki dah suka senang-senang nak lepaskan? Syafa harus bersedia menghadapi alam perkahwinan.
Menjaga rumah tangga bukannya senang.Syafa menutup mata. Melepaskan segala kepenatan yang selama ini dipikul. Eh berfikir pun penat tau!
"Perut laparr~~~"
"Uish, bunyi apa tu?" Bisik syafa. Syafa mencari-cari arah datang bunyi tersebut.
"Hm.. tv kot." Kata syafa lagi. Akhirnya dia menghempas tubuhnya semula di atas tilam empuknya. Baru sahaja dia ingin terlelap.....
"Perut lapar~~~~"
"Uish, apa bende tu?"
"Perut lapar~~~"
Syafa berjalan ke arah meja ditepi almari bajunya.
"Perut lapar~~~"
Syafa membuka beg sandangnya. Bunyi itu datang dari begnya.
"Perut lapar~~~"
Syafa mengeluh lega.
"Ingat apalah tadi. Sejak bila pula ringtone aku bertukar ni? Hah ni mesti kerja si adam ni. Ish budak ni." Geram syafa dibuatnya. Rupanya si adam ni sempat juga menukar ringtonenya semasa dia meminjam handphone syafa dulu.
Syafa membuka whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.
"Siapa pula whatsapp aku malam-malam ni. Banyak pula tu." Gumam syafa.
Message pertama
Assalamualaikum syafa, besok jumpa tempat hari tu.
***************
Takut juga Errie semasa menghantar text tersebut.
"Kalau dia bagi aku nombor yang salah macam mana?"
Errie melihat gambar whatsapp syafa.
"Hm dia la ni. Lambatnya dia balas." Errie berkata-kata sendirian.
Setelah lama menunggu Errie membuka text yang baru dihantarnya tadi.
"Laa dah deliver pun. Oh sengaja tak nak buka eh?" Kata errie lagi. Dia menghantar text lagi.
***************
Syafa membaca text errie yang kedua. Lima kali errie hantar text baru sekarang syafa membacanya sebab ringtone tu dah bertukar. Sebab adam la ni.
Teliti syafa memahami maksud text yang dihantar Errie.
Ohh, sja je taknak baca text aku kan? esok jgn lupa. Jgn bnyak alasan eh? Awas.
"Apa masalah kau ni? Orang baru baca la. Bukan sengaja. Eleh baru 15 minit tak balas pun dah nak kecoh." Sebal syafa tapi best juga. Bukan selalu dapat text dari lelaki. Handsome pula tu. Opss. Hehe.
*************
"Deliver lagi tapi tak baca-baca. Kau buat apa oii. Baca laa."
Errie menghantar text lagi.
***************
Syafa meneruskan pembacaan text dari Errie.
Kau tengah buat apa tu? Dah tidur ke? Awal lagi kut.
Syafa ketawa membaca text tersebut.
"Hampir tertidur sebenarnya. Kalau bukan sebab ringtone tu malas aku nak cek whatsapp kau ni." Kata syafa sambil tersenyum. Lucu betul errie ni.
*************
"Kenapa dia tak baca-baca ni. Last seen setengah jam yang lalu"
Errie bermonolog. Dia sudah duduk bersila di atas katil."Tak boleh jadi ni. Mesti nak lari la ni." Getus Errie lagi. Dia menghantar text lagi .
****************
Text seterusnya dibaca. Berkerut dahi syafa membaca text tersebut.
Kau jangan nak lari pulak. Kau dah janji.
"Eh apasal pula dia ni. Bila masa aku nak lari.
Syafa membaca text yang terakhir.
Kalau kau lari juga aku cari kau sampai dapat. Awas.
Gulp. Alamak salah pilih orang kau syafa. Apa yang dapat disimpulkan oleh syafa, errie seorang yang 'menakutkan'.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...