"Sherry.. lama lagi ke you nak membeli sakan ni? I tak suka la supermarket ni. Dah la ramai orang. I tak suka."
"Dayana.. Boleh tak you sabar sikit. Sikit lagi ni. I sedang cari garam ni. Tak tahu kat mana." Kata sherry. Geram juga dengan sikap Dayana ni. Dayana merengus. Kalau bukan sebab boring duduk rumah, jangan harap dia nak jejak kedai ni. Huh!
"Cepatlah! Panas tahu tak?"
Sherry mula bengang dengan sikap Dayana. Nak je dia tunjal-tunjal kepala Dayana ni. Baru sahaja Sherry berniat mahu menuju ke rak seterusnya, dia melihat kelibat seseorang yang amat dia kenali.
"Yang you tercegat ni apahal?" Marah Dayana. Sherry masih melihat kearah orang tersebut. Hatinya masih tertanya-tanya.
Bingung dengan sikap sherry, Dayana turut melihat kearah orang yang dilihat sherry sedari tadi.
"Syafa?"
Sherry berpaling apabila mendengar nama itu disebut.
"Kau kenal?" Tanya Sherry kepada Dayana. Sejujurnya dia agak terkejut apabila Dayana juga mengenali syafa. Siapa syafa sehinggakan Dayana anak jutawan ni pun boleh kenal. Sherry tertanya-tanya sendiri.
Soalan Sherry dijawab dengan soalan. "You pun kenal juga?"
Sherry mengangguk. "Dia tu ex-classmate I."
Dayana hampir ternganga. Tidak sangka rupanya Sherry sudah kenal lama dengan perempuan yang telah merebut cinta hatinya.
"Tapi I tak rapat dengan dia. Dari dulu memang I benci sangat kat dia." Kata-kata Sherry itu membuat Dayana bingung. Sherry pula sedang memandang syafa dengan penuh kebencian. Dayana juga turut memandang syafa yang leka membeli barang bersama Adam. Sesekali mereka tergelak sakan. Entah apa la yang lawak sangat tu.
"Dia dengan siapa tu?" Tanya Dayana agak curiga. Takkan la dia curang kut? Tapi bagus juga. Ada la senjata dia untuk membuat rumah tangga Errie dan Syafa berantakan.
"Dia dengan Adam." Sherry masih memandang mereka. Cemburu menguasai diri. Sejujurnya dia sudah jatuh cinta dengan Adam sejak sekolah lagi tapi syafa selalu berada bersama-sama Adam membuatkan Sherry benci akan syafa.
"Adam?"
"Yeah."
"Dia la perempuan yang I cerita tu. Perampas." Kata Dayana penuh dendam. Sherry sudah ternganga. Biar betul? Tapi bukankah....
"How..?"
"Entah. I pun tak tahu. Yang penting sekarang ni I tak rela dan tak akan biarkan perempuan tu hidup bahagia walaupun terpaksa membunuh. I sanggup." Dayana tekad. Sherry pula sudah telan liur. Bukannya dia tidak kenal Dayana. Apa yang dia mahu mesti dan wajib dia dapat.
"Dayana." Panggil Sherry.
"I rasa I patut ceritakan kau sesuatu." Sherry sudah tersenyum jahat. Melihat sahaja Adam bersama syafa, siap gelak-gelak lagi, timbul perasaan mahu menghancurkan syafa. Dari dulu sampai sekarang cuma syafa sahaja musuhnya. Tapi syafa seringkali mendahuluinya sama ada dalam bidang akademik mahupun percintaan.
Haih... bulan Ramadan pun ada juga syaitan berkeliaran kat supermarket ni.
Dayana angkat kening. "Cerita apa?"
"Pasal syafa." Sherry sudah membisikkan sesuatu di telinga Dayana. Mahu jatuh rahang Dayana mendengar cerita Sherry. Sukar untuk dipercayai.
"Syafa pernah.... Are you serious?" Masih sukar untuk dipercayai. Melihat anggukan Sherry, Dayana bertambah yakin cerita itu adalah benar. Dia kembali memandang syafa. Lama-kelamaan bibirnya menguntum senyum. Ada lagi senjata yang lagi hebat untuk Syafa dan Errie.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...