"Syafa, mari sini kejap." Panggil mak cik ita iaitu pembantu rumah di rumah agam tersebut.
Syafa mengatur langkah sambil tersenyum manis ke arah mak cik itah yang sedang duduk berehat di dapur. Syafa pula kebetulan lalu di situ untuk mengeringkan tekak yang basah.
"Ya, ada apa mak cik itah?" Tanya syafa sopan.
"Apa pula bermak cik-mak cik ni. Panggil je mak itah. Orang dalam rumah ni biasa panggil mak itah je." Kata mak itah ramah.
Syafa hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk faham.
"Mak itah nak tanya sikit boleh?" Tanya mak itah tiba-tiba.
"Boleh. Apa dia?" Tanya syafa pula.
"Syafa ni dah kenal lama ke dengan tuan Errie? Jangan salah faham pula, mak itah tanya ni sebab mak itah hairan. Errie ni kalau dulu tak suka perempuan sangat.." kata mak itah. Hairan juga dia. Setahu dia, errie ni bukan setakat tak pernah bercinta, tapi bergaul dengan perempuan pun jarang. Dengan pekerja di office itu biasalah itupun berkaitan kerja sahaja. Pasal yang lain-lain tu, huh! Jangan haraplah.
Syafa pula sudah mengerutkan kening. 'tak suka perempuan? Lain je bunyi dia tu.' Syafa bermonolog.
"Sebenarnya kitorang tak kenal sangat. Kita plan nak bercinta selepas nikah. Supaya berkat sikit mak itah." Konon je la. Syafa sendiri mual dengan kata-katanya sendiri. Geli. Tapi apa boleh buat, tu je alasan yang logik. Kalau cakap dah lama, nanti kena soal-soal pula. Hah tak pasal-pasal botak terus kepala berfikir.
Syafa meminta diri untuk naik ke bilik. Majlis akad nikah pagi tadi cuma dihadiri oleh kaum keluarga Errie sahaja. Syafa pula takda siapa-siapa sejak kedua orang tuanya meninggal. Kini keluarga errie adalah keluarganya juga.
Syafa berdiri di depan pintu bilik Errie. Dia menelan liurnya. Tadi semasa dia masuk, errie sedang mandi, so tak la dia takut nak masuk bilik. Dia cuma menukar pakaiannya sementara menunggu errie siap mandi.
Perlahan-lahan syafa memulas daun pintu. Baru dua tapak melangkah, dia melangkah keluar sepantas kilat. Berdegup jantungnya.
Rosak pemandangan betul. Dia berasa matanya telah tercemar apabila melihat Errie hanya bertuala. Syafa memejam matanya rapat. Baru sahaja dia ingin masuk semula, Errie sudah tercegat di depannya.
"Kau buat apa pejam-pejam mata kat depan pintu ni?" Tanya Errie hairan.
"Oh.. Aku baca doa tadi sebelum masuk bilik." Kata syafa confident. Lantak la dia nak fikir apa. Asalkan ada jawapan. Hahaha...
"Baca doa? Bukan ke tadi kau dah masuk bilik? Kenapa kau keluar balik?" Tanya errie. Sengaja. Bukan dia tak tahu yang syafa sempat melihatnya keluar dari bilik mandi. Syafa ja tak sedar. Bukan main laju lagi dia patah balik keluar. Errie sempat ketawa kecil melihat gelagat syafa tadi. Dah jadi suami isteri pun nak malu-malu lagi. Alahai...
"Aku.. aku... aku lupa baca doa masuk bilik tadi. Tulah keluar balik." Ya Allah alasan apa ni, syafa sendiri pun tak tahu. Inilah alasan paling tak logik setakat ini.
Errie hanya menahan tawa. Apa punya jawapan tu.
"Dah masuk. Kau belum mandi lagi kan?" Tanya Errie sambil tersenyum. Pelik syafa dibuatnya. Senyum-senyum macam kerang busuk.
Syafa hanya menggeleng laju. Bulat matanya memandang Errie yang sedang tersenyum itu.
'Alahai... apasal la handsome sangat mamat ni. Dia ni memang macho ke kalau lepas mandi? Rambut dia yang basah-basah ni... alahai.. astagfirullah apa aku fikir ni.' Syafa menggeleng-geleng."Dah la. Tepilah aku nak masuk." Kata syafa kasar. Dia menolak badan errie yang agak sasa itu. Kuat juga si syafa ni.
Setelah syafa berjaya membolos masuk, errie menutup pintu rapat. Syafa menelan liur. Cepat-cepat dia mencari tuala dan baju yang hendak dipakainya nanti.
Sempat juga syafa mendengar bunyi pintu dikunci. Makin kalut syafa dibuatnya. Syafa cepat-cepat mengatur langkah ke bilik mandi. Errie sudah ketawa terbahak-bahak.Disebabkan Errie yang jarang bergaul dengan perempuan menyebabkan dia mengenal sikap perempuan. Sekeras-keras syafa pun, terselit sikap penakutnya. Macam first time jumpa dulu, semasa Errie menyelamatkan syafa daripada lelaki-lelaki nakal yang menganggunya. Punyalah main pucat muka syafa waktu tu.
Setakat ini, Errie belum menyimpan perasaan terhadap syafa. Cuma dia menyenangi sikap syafa. Dia tidak seperti gadis lain yang sibuk mengejar, populariti, wang dan lain-lain. Syafa seperti hidup dengan dunianya sendiri.
Cuma apa yang menganggu fikirannnya kini adalah mengapa syafa beria-ia menyuruh Errie menunaikan janjinya untuk memberikan RM10 000 jika dia berkahwin dengannya. Tapi Errie malas nak fikir bukan-bukan lagipun syafa yatim piatu. Anggap je lah itu sedekah. Bertambah juga pahala.Syafa keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambut menggunakan tualanya. Errie hanya memandangnya. Akhirnya dia mengukir senyum.
"Kenapa pakai baju kat bilik mandi?" Tanya Errie sambil tersenyum. Senyuman itu cuma dia sahaja yang faham.
"Suka hati saya la nak pakai kat mana. Itupun salah ke?" Balas syafa. Terpaksa sebenarnya. Ingat senang ke nak pakai baju kat dalam tu. Dalam keadaan badan yang tidak kering sepenuhnya. Lepas itu rambut lagi basah. Susah dia nak pakai baju dalam keadaan seperti itu. Takkan la nak pakai baju depan Errie. Euw No way!
"Bukan itu masalahnya." Kata Errie. Dia berjalan ke arah syafa. Rapat.
"Ke kau sengaja nak goda aku?" Tambah Errie pula.
Gulp.
Syafa menelan liur. Terasa pahit pula kali ini.
"Buat apa aku nak goda kau. Buang masa aku je." Geli pula dia melihat Errie yang tersenyum-senyum itu. Apa masalahnya, dia sendiri pun tidak tahu.
Errie berlalu meninggalkan syafa sambil tersenyum nakal. Syafa pula sudah ditinggalkan dengan seribu tanda tanya. Syafa malas nak fikir pasal tu. Dia hanya melihat Errie keluar dari bilik sambil tersenyum-senyum."Jangan lupa kunci pintu. Nanti orang masuk, lain pulak yang dia nampak." Pesan Errie seraya menutup pintu. Syafa mengerutkan kening. Malas syafa nak fikir kata-kata Errie tu.
"Buat apa aku nak goda dia. Kalau aku nak goda, dah lama aku berkemban je depan dia. Tak payah susah-susah pakai baju kat bilik mandi tu. Mamat perasan." Kata syafa sambil mengeringkan rambutnya kembali. Dia berjalan menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya. .
Terbeliak mata syafa ketika melihat keadaan dirinya di cermin. Malunya!
Baru dia faham maksud Errie yang dia nak goda errie kononnya. Melihat keadaannya dicermin kala ini membuatkan muka syafa merah menyala.
Habis nampak tubuh badan syafa akibat badannya yang belum kering sepenuhnya, ditambah lagi rambutnya yang basah menyebabkan baju syafa juga turut basah. Dah la pakai baju warna putih. Habis nampak dah pakaian dalam syafa. Syafa menutup muka. Mesti Errie dah fikir bukan-bukan. Ya Allah, malunya!!
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...