BAB 6

11.7K 362 1
                                    

   SYAFA dalam perjalanan ke bilik Adam yang terletak di hujung bangunan hospital itu. Kelihatan suasana riuh di kawasan bilik sahabat baiknya. Syafa mempercepatkan langkahnya. Perasaan tidak sedap hati datang menyelubungi diri.

"Ada apa ni?" Tanya syafa risau kepada salah satu staff nurse di situ.

"Maaf cik. Cik tak boleh masuk." Kata nurse tersebut. Kelihatan mereka kelam kabut masuk ke dalam bilik adam ditempatkan.

"Kenapa ni? Ada apa-apa terjadi dengan kawan saya ke?" Tanya syafa cemas. Air matanya mula menitis satu persatu dan lama kelamaan air matanya laju merembes keluar. Staff nurse tersebut hanya menepuk bahu syafa lalu segera masuk ke dalam bilik adam.

"Ya Allah selamatkanlah adam Ya Allah." Syafa menangis di luar bilik adam. Tidak rela jika adam meninggalkannya. Dia tidak punya siapa-siapa lagi selepas ini.

"SYAFA menunjukkan muka masam.

"Kau ni kalau dah tahu allergic dengan makanan laut, jangan la makan. Tengok apa dah jadi. Kalau kau arwah macam mana?"
Marah syafa. Geram betul dia dengan sikap adam yang keras kepala. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis.

"Ish kau ni. Ada ke patut cakap macam tu. Bukan aku sengaja makan pun. Termakan." Jawab adam tenang.

"Termakan kepala otak kau." Kata syafa perlahan. Takut adam dengar nanti lain pula jadinya.

"Apa kau cakap?" Tanya adam. Matanya sengaja dibesarkan supaya nampak macam marah la kononnya.

Aik macam mana dia dengar. Syafa hanya senyum sumbing.
Tiba-tiba adam bersuara.

"Syafa."

"Hm?"

'Ish apa dia nak cakap ni. Tengok aku semacam je.'

"Nak pinjam handphone boleh?"

'Ceh ingatkan ape la tadi. Nak terberak ke apa. Uish tak boleh bayang aku nak tolong dia ke tandas.'

Syafa menggeleng-geleng kepalanya apabila memikirkan hal itu. Hehe nurse kan ada nak tolong dia. Jangan la macam hari tu aku yang kena teman dia pergi tandas sebab adam dah tak tahan nak tuttt. Syafa tersenyum teringat peristiwa lucu itu.

"Oi ko ni kenapa? Tergeleng-geleng tersenyum-senyum. Aku nak pinjam boleh ke tidak? Susah betul cakap ngan kau ni."
Hairan adam dibuatnya. 'Aku nak pinjam handphone geleng-geleng. Ingatkan tak nak bagi pinjam. Lepas tu tersenyum-senyum pulak' Bisik hati adam.

Syafa berdehem.

"Kau nak buat apa?" Tanya Syafa.

"Cepatlah." Jawab ada pula.

"Orang tanya lain. Lain yang dia jawab." Kata syafa perlahan sambil mengambil handphone miliknya di dalam beg.

"Merungut je kerja."

'Si adam ni telinga apa. Aku cakap perlahan pun dia dengar.'

"Nah." Syafa menghulurkan handphonenya kepada adam.

"Kau buat apa tu?" Tanya syafa. Dia memanjangkan lehernya untuk melihat screen handphonenya. Tertanya-tanya juga dia apa yang adam nak buat.

"Selfie jom."

Syafa buat muka menyampah. Ingatkan apa la tadi.

"Meh sini biar aku pegang handphone tu. Tangan kau pendek." Kata Syafa.

"Eleh, habis tangan kau tu panjang?" Balas adam sambil menjeling tajam.

Syafa yang sudah sedia untuk mengambil gambar terus ketawa mendengar kata-kata adam. Adam yang sedar dengan kata-katanya sendiri pun ketawa. Macam mana ayat tu boleh keluar.
 
  Sudahnya gambar mereka ketawa sempat digambar syafa apabila mereka berdua tidak dapat menahan tawa.




SYAFA yang baru hendak keluar dari hospital itu sempat dipanggil oleh nurse disitu.

"Cik Syafa Kirana?" Tanya nurse tersebut.

"Ya saya." Jawab Syafa tertanya-tanya.

"Penjaga encik Adam kan? Err doktor ada hal nak bincang dengan cik." Kata nurse tersebut. Syafa hanya mengangguk-angguk. Harapnya agar hal yang hendak dibincangkan itu ialah berita yang baik. TapI melihat riak wajah nurse itu menggundahkan perasaan syafa.

"Assalamualaikum cik syafa. Sila duduk." Pelawa doktor farah.

"Waalaikumsalam doktor. Ada apa ye doktor?" Tanya syafa.

Sebelum menjawab pertanyaan syafa, doktor farah sempat mengerling staff nurse di sebelahnya. Syafa semakin gundah.

"Saya sarankan cik syafa untuk membenarkan kami melakukan pembedahan keatas encik adam. Sebab..." Doktor farah tidak meneruskan ayatnya.

"Sebab?" Tanya syafa risau.

"Keadaan encik adam akan semakin teruk kalau tidak mengambil tindakan awal. Kami perlukan kebenaran dari cik syafa." Syafa menahan tangis. Ya allah selamatkan adam.

"Sebelum ini kami telah menanyakan hal yang sama tapi cik tidak benarkan. Sekarang encik adam masih boleh diselamatkan kalau cik benarkan." Sambung doktor farah.

"Berapa kos yang diperlukan? Tanya syafa. Sebenarnya itulah yang dia risaukan. Dulu pun dia tidak membenarkan kerana tidak mempunyai wang. Sekarang dia tidak kisah itu semua asalkan adam dapat diselamatkan.

"Dalam RM10 000." Kata doktor farah. Dia sudah sedia maklum dengan keadaan syafa.

Syafa mengeluh. Dia harus terima. Duit belakang kira.

"Baiklah."





Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now