Hari ini merupakan hari terakhir syafa dan Errie tinggal di rumah bersama Datin Hamidah dan Datuk Irsyad. Lega rasanya akhirnya syafa tidak perlu lagi berlakon depan ibu dan bapa mentuanya. Gelilah!
Pulang sahaja dari kerja, syafa terus singgah ke hospital. Lama dia tidak melawat adam. Segala-galanya sudah diceritakan syafa kepada adam. Kasihan adam. Mesti dia sedih. Nampak sangat kekecewaan di wajah adam apabila syafa memberitahu yang dia terpaksa menolak untuk menduduki spm persendirian. Ini semua sebab Errie! Ergg!
Syafa tiba di pintu pagar rumah. Dari jauh lagi dia sudah mendengar suara orang teriak macam kena histeria saja. Syafa melajukan langkah menuju ke kawasan rumah. Kelihatan seorang perempuan yang seksi berdiri sambil teriak-teriak macam orang gila sedang memarahi Datin Hamidah. Mak Itah pula menyuruh Datin Hamidah masuk. Kelihatan wajah tuanya yang takut-takut.
"Aunty ni memang penipu!" Teriak perempuan itu. Syafa naik angin. Siapa pula yang ganggu ketenteraman awam ni? Berani sungguh dia meninggikan suara dengan mak mentua kesayangan aku? Nak kena ni. Detik hati syafa.
"Assalamualaikum, ma. Siapa perempuan gila ni?" Tanya syafa agak kasar. Wajah perempuan itu sudah bertukar riak. Lagi bengis dari sebelumnya.
"Oh.. ini rupanya perempuan sundal yang berani rampas Errie dari I." Kata perempuan itu sinis. Kening syafa bertaut.
"Stop it Dayana!" Terkejut Syafa mendengar teriakan Datin Hamidah. Ini pertama kali syafa melihat Datin Hamidah betul-betul marah.
Kejap. Siapa nama dia? Dayana? Siapa pula ni?
Mak Itah memaut tangan Datin Hamidah untuk menyuruhnya masuk.
Dayana ketawa sinis. "Salah ke saya cakap? Tak sangka rendah juga cita rasa Errie tu kan. Wanita bertudung? Euww." Syafa melopong. Cantik apa wanita bertudung ni. Sampai begitu sekali ke dia tak suka perempuan bertudung.
Sebelum ini memang syafa tidak bertudung. Tapi selepas berkahwin dengan Errie dia sudah mula bertudung. Lagi pula, dia tidak mahu perkara dulu berulang kembali. Dia diganggu sekumpulan lelaki. Masa tu dia belum memakai tudung. Eee.. tak sanggup nak ingat.
"Excuse me?" Syafa cuba bersabar. Nak kena penyepak ke perempuan ni?
"Sekurang-kurangnya saya tak macam awak. Tayang paha awak yang tak berapa nak putih tu." Hah rasakan. Ini Syafa Kirana lah.
Dayana semakin panas. "Mulut awak ni memang biadab. Awak ingat awak ni siapa?! " Marah Dayana. Tak sangka wanita di hadapannya ini berani memperlekehkan dia.
"Saya ialah isteri kepada Errie Ramadan. Ada masalah? Dan boleh saya tahu awak ni siapa?" Tenang sahaja syafa menjawab. Dia yakin Dayana mesti sedang menahan marah. Nampak sangat tangannya sedang mengepal penumbuk.
"Saya Dayana Marshanda. Bakal madu awak." Kini Dayana semakin tenang. Oh.. nak main api ya? Okay!
Hati syafa membara. Bakal madu? Nak ja syafa siat-siat mulut perempuan ini.
Dayana tersenyum sinis. Syafa pula mencebik. "Oh ya ke? Saya tak rasa Errie nak kahwin dengan awak." Kata syafa. Sabar syafa sabar!
"Sebabnya saya akan lahirkan anak Errie hasil dari cinta kami." Nak termuntah juga syafa dengar kata-katanya sendiri. Tak apalah demi menyakitkan hati perempuan di hadapannya ini. Ayat tu kenalah ada bunga-bunga sikit.
Syafa mengusap-usap perutnya. Biar tambah panas sikit perempuan ni. Nasib baik la Datin Hamidah sudah masuk, kalau tidak memang parah syafa dibuatnya. Mesti banyak soalan yang dilontarkan akibat pernyataan palsunya.
Mata Dayana sudah terbuntang. Dia mengepal penumbuk. Bergegar badannya menahan marah. Sampai begitu sekali.
"You!" Dayana menunjuk Syafa. Jarinya tepat berada di depan muka syafa.
"You akan terima balasannya. Kau tunggu." Kata Dayana lalu berlalu meninggalkan syafa yang kebingungan. Dia nak buat apa? Syafa hanya berfikiran
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...