BAB 25

9.7K 295 7
                                    

Jam sudah menunjukkan jam 9:30 malam. Walaupun penat, mereka langsung tidak mengantuk malah fresh lagi untuk berjalan di kota Seoul ini.

Mereka berjalan beriringan di Namdaemun Market dimana antara pasar yang terbesar dan tertua di Korea. Di sana, pelbagai barangan di jual terutama sekali pelancong yang mahu membeli souvenir untuk kawan-kawan.

Syafa berhenti di salah sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Semua cantik-cantik.

Syafa membeli keychain untuk Adam. Lepas ni pula dia mahu membeli baju untuk Adam. Maklumlah cuma Adam yang syafa ada.

Errie hanya memandang syafa yang leka memilih sesuatu. Entah untuk siapa, Errie malas nak tahu.

"Mesti Adam suka." Kata syafa tiba-tiba. Errie yang dari tadi berada disebelahnya terus menoleh.

"Adam? Siapa tu?" Tanya Errie. So, barang-barang yang dibeli syafa tadi semuanya untuk Adam? Heih.. siapa lagi ni? Tapi macam pernah dengar ja nama tu.

Syafa menoleh kearah Errie. Sebenarnya dia cakap sorang-sorang, tak sangka pula Errie dengar kata-kata dia tadi.

"Tak ada apa-apa." Kata syafa malas. Lagipun tak penting untuk Errie tahu semua itu.

Errie memuncungkan bibir. Tak puas hati dengan jawapan syafa. Hisy! Suka berahsia betul la syafa ni!

"Yang kau beli banyak sangat ni untuk siapa? Kau bukan ada kawan pun." Kata Errie pula. Dia cuba mengumpan syafa. Mana tahu tiba-tiba syafa cakap pasal Adam. Hehehe

"Siapa kata aku tak ada kawan." Kali ini syafa menjeling Errie. Cakap ikut sedap mulut je.

"Cakap main lepas je mamat tua ni." Kata syafa perlahan. Takut nanti Errie dengar perkataan last tu, habis nanti ceramah-ceramah dia keluar.

"Apa?" Tanya Errie. Kurang jelas dengan kata-kata syafa.

"Tak ada apa-apalah. Kau ni sibuk je nak tahu." Kata syafa lalu meninggalkan Errie yang masih terkial-kial. Errie mengejar syafa yang jauh dihadapan. Laju betul la minah senget ni jalan. Getus Errie dalam hati.

Mereka berjalan beriringan semula. Semput Errie jadinya setelah mengejar syafa.

"Emm.. Syafa." Panggil Errie.

"Hmm.." Jawab syafa pendek sambil melihat sekeliling. Banyak barang yang menarik perhatian syafa yang dijual di Namdaemun Market ini.

"Kau suka lelaki yang macam mana?" Tanya Errie tiba-tiba membuatkan syafa memandangnya. Hairan.

Setelah itu syafa menjongket bahu. "Entah."

Errie tunjuk muka bosan. Syafa ni suka sangat layan Errie macam tu. Orang serius dia buat tak endah je. Malas hendak bercakap dengan syafa, Errie mengalihkan perhatian kearah penjual-penjual yang ada di situ. Semuanya peramah. Murah senyuman. Errie pun selesa nak membeli kat situ.

"Kau pula?" Setelah sekian lama berdiam, syafa mula bersuara.

"Hm?" Errie yang tadinya leka melayan perasaan terus mengalihkan perhatian kepada syafa. Errie kurang faham dengan pertanyaan syafa.

"Kau pula suka perempuan yang macam mana?" Ulang syafa. Syafa pun nak tahu juga cita rasa Errie terhadap perempuan ni macam mana. Maklumlah Errie ni pelik sikit. Dia bukannya suka sangat bergaul dengan perempuan. Entah apalah yang ditakutkan sangat.

"Aku suka perempuan yang boleh jaga aku dengan baik, jaga tingkah laku, jaga solat. Yang paling penting dia boleh jadi ibu yang baik kepada anak-anak aku." Seraya itu Errie memandang syafa.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now