BAB 31

8.4K 294 10
                                    

Sibuk ke?

Punat send ditekan. Jantung syafa berdegup kencang menunggu balasan Errie.

Hampir sejam syafa tunggu balasan Errie namun tiada. Sampai tertidur syafa dibuatnya.Tiba-tiba menyesal pulak. Malu berinci-inci menguasai diri.

Aduh.. kenapalah berani sangat nak chat dulu ni. Syafa melihat last seen Errie. 3 jam yang lalu. Syafa meletakkan handphone di sisi. Malunya....

Sedihnya kena tinggal berseorangan di rumah. Hari ini ialah hari ketiga dia berseorangan. Rasa macam nak nangis pun ada. Hati tertanya-tanya kenapa Errie tidak membalas chatnya.

Berjam-jam Errie tidak membalas, syafa jadi kecewa. Entah kenapa tiba-tiba pula nak kecewa. Selepas sahaja terjaga dari tidur, syafa turun ke dapur untuk menyediakan makanan berbuka.

Dia membuka google. Sejujurnya dia tidak tahu nak memasak kari ayam ni. Dia membaca cara-cara memasaknya. Syafa garu kepala yang tidak gatal. Sepatah haram pun dia tak faham. Ah! Lantaklah. Biar tak sedap asal dapat makan.

Selepas mengupas bawang dan mencuci ayam serta semua bahan yang diperlukan disediakan, syafa memulakan misinya iaitu memasak kari ayam.

Syafa bingung. Macam mana nak mula? Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memasak ikut gerak hati je.

Syafa memasukkan semua bahan kedalam kuali lalu digaul. Campak-campak, gaul. Siap. Senang. Tak payah nak fikir panjang.

Apabila dirasakan 'kari ayam' syafa sudah masak, syafa meletakkan ke piring. Sementara menunggu azan berkumandang, dia melihat handphonenya. Satu mesej dari Errie. Syafa membuka mesej tersebut.

Aku on the way balik dah ni.

Syafa terlopong. Biar betul? Bukan seminggu ke Errie kat Sarawak?

Rasa malu pula bila Errie tahu syafa memasak. Kalau sedap tak apa juga. Aduhai.. dah la puasa nak rasa masakannya pun tak dapat.

Kedengaran suara azan berkumandang. Setelah membaca doa berbuka puasa, syafa ingin mencuba masakannya. Takut pula nak rasa masakan sendiri. Dia mula menyuap kari ayam ke mulutnya.

Satu....

Dua....

Tiga....

"Bluerk!" Syafa memuntahkan semula kari ayam tersebut. Aku makan kari ayam ke makan kasut? Punyalah tak sedap. Nasib baiklah syafa ada membeli lauk. Terfikir juga kalau masakannya tak sedap dan..... memang pun.

"Assalamualaikum." Errie memberi salam. Syafa terperanjat dengan kedatangan Errie. Alamak! Nak sorok masakan syafa pun dah tak sempat. Malunya kalau Errie makan.

Errie memandang syafa yang sedang duduk di meja makan. Kepalanya yang dari tadi pening serta merta hilang apabila melihat wajah yang dirinduinya. Atau betul kata Izham yang dia memang merindui syafa sehingga demam. Hisy! Tak mungkinlah.

"Hmm.. sedapnya bau. Masak apa?" Errie berjalan menuju ke meja makan. Syafa telan liur. Kalau Errie makan kari ayam ni memang jatuh saham syafa sebagai seorang wanita. Huhu

"Hah? Err..."

"Kari ayam? Hmm.. macam sedap je." Errie sudah tiba di meja makan. Errie sudah mengambil sudu untuk merasa makanan syafa.

"Kejap." Terbantut terus tangan Errie untuk menyenduk masakan syafa. Aduh! Syafa kalut.

"Err.. kari ayam tu dah basi. Semalam punya lagi." Setakat itu sahaja yang mampu syafa katakan. Syafa berdoa semoga Errie tidak makan kari ayam tersebut. Buat malu je.

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now