Berat benar mata syafa. Malas nak bangun subuh. Ops.. hehehe..
Syafa rasa macam lain macam je. 'Apasal berat sangat ni?' Dia teringat sesuatu. Oh my....!
Terbelalak mata syafa melihat Errie tidur di sebelahnya. Tangan dia Ya Allah, senang-senang je peluk syafa. Eratnya!
Tadi bukan main lagi malas nak bangun solat subuh, sekarang fresh sangat dah mata syafa. Rasanya, bukan setakat boleh solat subuh dengan sepenuh hati, exercise pun syafa sanggup. Rapatnya dia dengan Errie. Kalau syafa pusing je muka dia, memang bibir syafa yang terpelihara suci dan murni ini dah tercium pipi Errie yang putih gebu bak nur yang menghiasi wajah.... aiseh.... melebih-lebih pulak.. hahahaha...
Syafa mengangkat tangan Errie pelan-pelan. Takut dia tersedar nanti. Mampus!
'Apasal berat sangat tangan dia ni?' Gumam syafa. Tahulah tangan berotot, tapi ni baru tangan dah macam 5 kg, belum lagi kaki, perut... binatang apa dia makan ni?
Susah payah syafa meleraikan pelukan Errie yang maha erat itu. Ya Allah, susah benar nak lari dari dia ni! Syafa malas mahu bergelut sakan dengan lengan Errie lantas syafa bangun. Pedulilah Errie terbangun ke apa. Bagus juga solat subuh sama-sama. Ya tak?
Belum sampai tiga saat syafa bangun, jejak kaki kat lantai pun belum sempat, tangan si Errie bukan kuat lagi memeluk syafa. Terbaring terus syafa dibuatnya. Dia ni memang tidur macam ni ke? Ganas sungguh. Sengaja ke apa ni?
Errie berbisik. "Awal lagi."
Syafa sudah telan liur. 'Apa pasal dengan si Errie ni? Cukup-cukup la buat aku terseksa semalam sebab terpaksa dengar suara romantik kau.' Sekarang dah mula lagi. Jantung pun dah berdegup. Entah ikut rentak apa dah jantung aku menari ni. Haih! Parah... parah...
"Aku nak ambil air sembahyang. Tepilah!" Kata syafa sedikit keras. Errie masih membatu. Mengundang amarah sungguh.
"Buat apa?" Katanya pula dengan mata yang masih terpejam. Wajahnya pula kelihatan tenang.
"Nak solat subuh la. Tanya pulak" Sabar syafa... sabar... entah kenapa sekarang syafa macam tak ada mood. Soalan simple macam tu pun boleh marah. Aduhai....
Kini mata Errie terbuka luas. Errie menyembunyikan senyum lantas meleraikan pelukan perlahan-lahan. Ada udang di sebalik batu. Ye ke? Sesuai ke? Hahaha... tak la. Errie saja nak kenakan syafa. Tengok je la.
Baru sekarang syafa dapat bernafas. Cepat-cepat dia mengambil tuala, baju dan keperluan lain seperti biasa. Dia mahu membersihkan diri sebelum solat. Errie duduk menyandar di birai katil. Mulut masih menahan senyum.
Kedengaran syafa sudah pun mula mandi. Tak sampai sepuluh minit, syafa keluar sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala lalu duduk di sofa.
'Haih.. apa pasal la si Errie ni dari tadi duduk pandang aku je?' Bisik hati syafa. Sengaja syafa mengambil telefon bimbitnya untuk menghilangkan rasa kekoknya. Akhirnya, syafa terpaksa juga memandang Errie apabila sedar yang Errie tidak mengambil wudhu. Biasanya Errie yang kejutkan syafa untuk sembahyang, tapi sekarang? Hairan syafa dibuatnya.
"Yang awak ni, dari tadi duduk je pandang aku ni apasal? Lagi satu, tak nak solat ke? Tak baik melambat-lambatkan solat. Pergi sana ambil air wudhu. Solat!" Kata syafa tegas. Perasan kejap jadi ustazah. Hahaha!
"Yang awak tak solat ni apasal?" Tanya Errie pula. Dajjal sungguh. Malulah nak cakap yang aku ni period. Tadi bukan main lagi marah-marah nak solat bagai. Last-last duduk-duduk je hadap handphone.. aduhai...
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...