BAB 20

10.6K 309 1
                                    

Syafa duduk termenung. Apa la nasib kahwin dengan orang yang tidak dikenali ni. Tak ada tak ada ribut, tup tup dah kahwin. Dah jadi isteri orang dah. Kejap lagi mungkin akan jadi mak orang. Ya Allah...

Syafa menggeleng-geleng. Tak sanggup lagi fikirkan mengenai Errie. Dah la Errie nak tinggal berdua dengan isteri tercintanya konon. La sangat! Sudah terbayang-bayang di ruang mata apabila Errie membelai-belai rambutnya. Di ruang tamu? Hm.... yalah dah nama tinggal berdua, kat dapur pun boleh menggatal.

"Syafa!" Tegur Rina. Terangkat bahu syafa akibat terkejut. Jahanam betul si Rina ni..

"Dari tadi aku panggil, kau tak dengar rupa-rupanya termenung. Fikirkan pakwe ke?" Soal Rina sambil tersenyum-senyum. Syafa ketawa kecil. Bukan pakwe Rina oi.. fikirkan suami. Tak pasal-pasal berdosa fikirkan lelaki lain selain suami. Aisehmen... Dah boleh jadi isteri impian ke agak-agak? Haha

"Mana ada.. aku penat la.. Banyak sangat pelanggan." Ah.. buat alasan lagi. Syafa ni kalau bab cover line memang champion! Saya bagi 5 bintang.

Rina mengambil tempat di sebelah syafa. "Dari awal lagi aku dah tahu. Sejak pertama kali kau datang sini, kitorang dah tahu kau mesti akan berhenti kerja punya." Syafa mengerutkan dahi. Apa maksud dia?

"Maksud kau?" Soal syafa. Tak faham dengan kata-kata Rina tadi. Aku akan berhenti kerja?

"Dah ramai yang nak kerja kat sini. Ramai sangat. Itu pun sebab nak mengurat bos kita yang handsome tu. Tapi last-last berhenti jugak. Tak tahan banyak sangat kerja." Syafa mengangguk faham. Memang tidak dinafikan kerja kat Daebak House ni memang penat sangat. Ingat kerja restoran ni tak penat ke? Dah la kena berdiri setiap kali pelanggan datang. Kalau nak tahu, setiap minit eh no, setiap saat pelanggan datang. So, selama tu la juga kena berdiri. Nasib la hari ni setengah hari je kerja. Dan nasib baik la syafa ambil kerja dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang. Kalau nak sampai malam... Gila ke apa.

"Oh ya, cakap pasal bos ni, aku hampir terlupa pulak. Bos panggil kau tadi." Kata Rina. "Aku sambung kerja dulu la ya." Sambung Rina lagi lalu berlalu pergi.

Bos panggil aku? Buat apa?

Syafa mengatur langkah ke bilik Encik shahril. Tiba sahaja di depan biliknya, syafa menarik nafas panjang-panjang. Gila kau tak takut. Bilik bos ni wei... Dah la handsome, buat tambah dosa ja. Karang mata ni tak pandai kawal susah jugak.

Syafa mengetuk pintu bilik. Tak ada respon. 'Pelan sangat ke aku ketuk?' Getus syafa. Takut sangat tu sampai nak ketuk pintu pun, kuman pun tak dengar. Syafa mengetuk pintu sekali lagi. Kali ni agak kuat.

"Masuk!" Kedengaran suara Encik Shahril mengarahkan syafa masuk. Syafa mengemaskan pakaiannya sebelum masuk. Dia membuka tombol pintu.

"Assalamualaikum." Kita kenalah sopan dengan bos. Mana tahu gaji naik sikit. Hm.. ada ke macam tu?

"Waalaikumsalam. Duduk dulu." Kata Encik Shahril sambil tersenyum manis.

Syafa hanya tersenyum sumbing.
'Apa motif ni?' Hati syafa tertanya-tanya.

"Syafa kirana." Panggil Encik Shahril. Berdegup kencang jantung syafa apabila Encik Shahril memanggil nama penuh syafa.

"Yy.. ya.. saya." Tersekat-sekat syafa. Apa pulak motif Encik Shahril ni. Panggil full name pulak tu.

"Boleh saya tahu result spm awak? Kalau okay, saya letak awak bahagian office." Riak wajah syafa sudah berubah. Bukannya apa, spm pun takda.

"Er.. sebenarnya saya tak ambil spm." Jujur je la. Syafa menahan malu. Harap muka je bagus tapi akademik ke laut.

Nampak sangat ada riak terkejut di wajah Encik Shahril. "Oh ye ke? Tak apa la. Tapi saya perhatikan awak, awak ada kebolehan. Kenapa tak ambil spm?" Ini yang benci sangat soalan macam ni. Eh, dia perhatikan aku ke? Ekekeke...

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now