"Selamat Hari Raya!"
Bising je budak-budak ni nak minta duit raya.
"Suka tengok pak cik Adan dan Kak Syafa." Kata Hani seraya duduk ni paha Syafa. Syafa malu sendiri. Dia melihat baju yang dipakainya sama dengan baju Errie. Mereka memakai baju berwarna krim.
"Bukan Kak syafa, Mak cik Syafa." Kata Errie pula.
Mak cik Syafa? Memandai je mamat ni.
"Tapi kak Syafa nampak muda sebab tu la Hani panggil kakak."
Kata Hani. Pandai budak seekor ni. Good girl Hani. Haha."Pak cik Adan tua sebab tu la Hani panggil Pak cik, kan Hani?" Tambah Syafa pula. Errie menjeling syafa tajam. Hani pula ketawa sambil terangguk-angguk. Syafa juga sudah ketawa mengekek.
"Pak cik yang comel kan Hani?" Balas Errie. Errie mengukir senyum menunjukkan lesung pipinya. Ya ampun, dugaan di pagi raya.
"Betul tu pak cik. Sebab tu la Kak Syafa suka. Kan pak cik?" Tiba-tiba Aiman bersuara.
Errie mengangguk sambil ketawa. "Betul!" Kata Errie.
"Kak Syafa pun comel juga. Hanif suka!" Tiba-tiba pula Hanif bersuara. Haih.. budak-budak ni macam aku nak smackdown.
"Hanif mana boleh suka kak Syafa. Tu pak cik punya." Kata Errie sambil buat-buat muka marah. Hanif tersengih manja. Kemudian dia duduk di paha Errie lalu memeluk leher Errie manja.
"Amboi, seronok je tengok budak-budak ni manja dengan kamu. Hah, bila nak ada anak sendiri. Abah dah tak sabar nak timang cucu ni." Kata Datuk Irsyad lalu duduk di sebelah Errie.
"Mama pun dah tak sabar dukung baby." Kata Datin Hamidah pula.
Merah muka syafa menahan malu. Aduh.. masalah betul la macam ni.
"InsyaAllah mama, Abah." Kata Errie membuatkan muka syafa bertambah merah. Syafa hanya mengukir senyum paksa.
Ingat nak anak senang ke? Kau cakap terus dapat anak. Macam tu? Aduh... Kalau saling mencintai tak apa juga.
**************************
Syafa sedang mencari handphonenya di katil. Tiada. Syafa menggaru kepala. Di mana pula pergi handphone aku ni?
"Cari ini ke?" Tanya Errie sambil menunjukkan handphone syafa.
Baru sahaja syafa mahu mengambil dari tangan Errie, Errie sudah menyembunyikan di belakang tubuhnya.
"Bagi la." Kata syafa sebal.
"Awak belum minta maaf pun kat saya." Kata Errie sambil mengangkat-angkat keningnya.
Syafa terdiam. Betul juga. Banyak sangat dosa syafa dengan Errie. Syafa berdehem.
"Perlu ke?"
Errie mengangguk kemudian dia menghulurkan tangannya.
Dalam terpaksa syafa menyambut juga huluran Errie.
"Selamat hari raya maaf zahir dan batin." Syafa mencium tangan Errie. Ah lantaklah!
Semasa syafa mengangkat kepalanya, Errie terus mencium dahi syafa.
What the....
"Jangan banyak songeh lagi." Kata Errie sambil tersengih nakal. Merah pedam muka syafa menahan malu.
"Kenapa muka awak merah?"
Syafa menyentuh pipinya. "Mana ada merah."
"Merahlah." Kata Errie sambil tersenyum nakal.
YOU ARE READING
Alamak! Tersuka Pulak..
RomanceDisebabkan paksaan orang tua dan satu insiden kecil telah menemukan kedua insan yang sama sekali tidak pernah bertemu. ERRIE RAMADAN berumur 30 tahun dan seorang lelaki yang kerja je memanjang sehingga tidak terlintas pun difikirannya untuk berumah...