BAB 11

10.7K 328 21
                                    

      Lelaki yang duduk disebelahnya kini akan menjadi suaminya dalam beberapa minit sahaja lagi. Syafa tidak percaya hari ini akan menjadi hari bersejarah buatnya. Dia pun sudah memaklumkan kepada adam.

Adam turut bergembira walau dalam hati sedikit terguris. Tentang pembedahannya pun sudah dia ketahui. Lagipun, errie sudah pun menunaikan janjinya tanpa curiga apa-apa mengenainya. Dia percaya syafa bukan seorang yang mata duitan.

AKU terima nikahnya................."

Syafa sudah memejam mata. Tidak sanggup mendengar ungkapan itu. Dia telah menjadi isteri kepada Errie Ramadan bin Datuk Irsyad. Lelaki yang tidak dia kenali secara mendalam. Yang dia tahu, setiap kali berjumpa dengan lelaki ini, pasti bergaduh. Dia mengeluh berat.

   Syafa memandang wajah suaminya. Tenang sahaja wajahnya.

'Tak nampak gelabah langsung. Macam dah biasa. Eh astagfirullahal'azim, apa aku fikir ni.' Syafa menggeleng-geleng.

Errie memandang isterinya.

'Dia ni dah kenapa tergeleng-geleng. Berzikir ke apa. Ke dia tak suka jadi isteri aku sampai tergeleng-geleng macam tu.'

Syafa dan Errie masing-masing melayan perasaan sendiri.

Syafa memandang datin hamidah yang sedang memberi isyarat menyuruh syafa untuk mencium tangan suaminya.
Syafa hanya menurut walau dalam hati ribut melanda.

Errie pun apa lagi. Laju betul menghulur tangannya. Syafa menjeling tajam. Namun, cepat cepat dia melemparkan senyuman manis. Kantoi pula dia terjeling. Harap-harap takda orang nampak la. Hehehe.

Perlahan-lahan dia mencium tangan errie. Berdegup laju jantung errie ketika bibir syafa menyentuh lembut kulitnya.

   Juru kamera pun apa lagi. Cahaya kamera sana sini. Semua pun sibuk nak ambil gambar.

Habis sahaja acara sebabak tadi. Syafa pun bersedia mahu berdiri. Yalah, dah akad nikah, salam suami pun dah nak tunggu apa lagi. Belum sempat syafa berdiri errie sudah memegang kepala syafa. Terbantut terus perbuatan syafa.

'eh dia nak buat apa ni. Takkan la.......'

Sangkaan syafa benar. Perlahan-lahan errie mendekatkan bibirnya ke dahi syafa. Syafa hanya mampu menutup matanya. Terasa hangat bibir errie menyentuh dahi syafa. Terasa getaran ketika errie mengucupnya.

    Sepantas kilat sahaja errie mencium dahi syafa.

"Eh belum sempat ambil gambar lagi ni." Kata juru kamera tersebut.

Syafa dan Errie berpandangan. Muka errie cool je. Muka syafa pula sudah merah menyala. Luaran je nampak cool tu~~~

Lagi sekali bibir Errie menyentuh dahi syafa. Lama.

'Ish apesal lama sangat mamat ni. Feeling betul la dia ni.'  Marah syafa dalam hati.

  Syafa mencubit paha errie. Namun tiada sebarang respon.

'aduhh sakit betul minah ni cubit aku. Kan cameraman tu masih ambil gambar lagi.' Mahu sahaja dia membalas balik cubitan itu tapi bila difikirkan semula 'takpa la bini aku juga yang cubit bukan orang lain.' Berbunga hati Errie tanpa dia sedari. Ego masih menguasai diri.

   Hancur berderai semua bayangan indah errie apabila secara spontan dia terbatuk kecil ketika syafa mencubit bagi kedua kali. Fuh~~ bukan calang-calang cubitan kali ini. Guna kuku doe. Yang syafa cubit kulit pula tu.

    Syafa seperti merasakan cecair mengalir di dahinya. Akibat cubitan syafa tadi menyebabkan errie terbatuk. Akhirnya, air liur errie melekat di dahinya syafa. Banyak pula tu. Kalau tak banyak macam mana boleh meleleh di dahi syafa. Ya tak? HAHA

  Errie hanya menahan geram. Sudahlah syafa mencubitnya. Cameraman pun satu, lambat betul. Nak gambar bahagian depan la, sisi la, atas la. Last-last, dia pula yang kena cubitan pedas syafa. Sakit woi!

   Perlahan-lahan Errie menjauhkan wajahnya. Lega syafa apabila Errie tidak lagi mengucup dahinya. Namun, masalahnya, air liur errie masih lagi mengalir di dahinya. Mahu sahaja dia cepat-cepat lap air liur errie tapi apa la tetamu fikir nanti kalau melihat syafa menggosok-gosok dahinya setelah dicium errie. Mesti diorang fikir syafa ni tidak suka dicium suami sendiri. Memang pun!

   Syafa hanya mampu menunggu air liur tersebut kering dengan sendirinya. Euwww~~

  

Alamak! Tersuka Pulak..Where stories live. Discover now